Friday, June 17, 2016

Assalamualaikum!

Ramai betul bercita cita nak kurus, nak lose weight kan.

Mampukah kita lose weight di bulan Ramadhan ni?

Boleh je sebenarnya, tapi dengan beberapa syarat.

1. Jangan minum air manis berlebihan. Cukup satu cawan.

2. Jangan makan lupa dunia. Berhemah.

3. 1 main menu sehari. Bukan bermenu menu. Contoh mee kari dan murtabak. NO!
kalau hari ni mee kari, esok la pula murtabak. Insya Allah tak lari ke mana murtabak tu.

4. Jangan beli makanan di bazar macam esok dah raya. Berpada pada.

5. Jangan jadikan diri anda TONG SAMPAH atau ikan DBKL.. sapu semua makanan tak habis.

6. Jangan lupa SAHUR!

Saya dah hilang 2.6kg dalam 10 ramadhan ni. Anda? ❤

Love,
Hanys ❤


Thursday, June 16, 2016

Cara untuk minum 8 gelas air ketika Ramadhan

Alhamdulillah.

Ramadhan 11 sudah ๐Ÿ˜Š.
Still standing kan?

Jom kita kongsi tips macam mana nak pastikan badan kita dapat 8 gelas air setiap hari. Almaklumlah bulan puasa ni.. ramai prefer air manis instead of air kosong.





1 Gelas Selepas Bangun Sahur 
[ ni memang amalan biasa, bagus untuk digestion]
1 Gelas Selepas Sahur
1 Gelas Selepas Azan Magrib
1 Gelas Selepas Solat Magrib
1 Gelas Selepas Makan
1 Gelas SelepasSolat Isyak
1 Gelas SelepasSolat Terawikh
1 Gelas Sebelum Tidur



DONE!
Cukup 8 gelas sehari

Jangan lupa tau.

Nak kulit cantik dan sihat, kena minum cukup air.

Love, 
Hanys❤

Saturday, May 14, 2016

Kulit cantik pakai apa?

Assalamualaikum!

Hello!

Tinggal lagi 3 minggu nak puasa kan? Lepas tu nak raya. Eh tunggu ramadhan atau tunggu raya๐Ÿ™ˆ?

Raya nanti ramai nak kahwin eh? Nak kahwin mestilah nak kurus, nak kulit cantik kan?


Saya suka tengok kulit orang cantik. Make up pun tak perlu tebal tebal. Kalau make up pun tahan lama. Tak ber kerak.

Apa itu kulit cantik?

Ada yang cakap kulit cerah tu cantik. Ada yang cakap kulit sekata tu cantik. Ada yang cakap kulit flawless tanpa cela tu cantik.

Definasi orang berbeza. So, bila orang cakap kulit saya flawless (uhuk uhuk, perasan jap), saya confuse yanga mana? Haha.

Alhamdulillah, kulit ni susah nak naik jerawat. Kalau nak naik pun time stress, busy dan salah pakai product.

Orang tanya pakai apa?

Kalau bab skin care luaran kulit ni, saya percayakan produk Korea. Etude House as Bb cream dan pencuci muka, dan Laneige sebagai krim malam dan peeling.


Bagi saya, kulit yang sihat datang dari dalam diri kita. Apa yang kita makan determine kulit kita.

Kalau usus tak sihat, pun kulit tak sihat. So kadang kadang saya buat Detox. Makan DTX shaklee, dan Herb Lax untuk cuci usus.
Usus dah sihat, jangan lupa feed sel darah putih 'makanan' yang secukupnya. Saya amalkan Vitamin C 500mg sustained released Shaklee. 2 biji pagi atau malam.

Sebab apa dua biji? Sebab setiap jam, badan akan dapat 200mg vitamin C untuk 5 jam.. best kan?

Tapi, tak ada lah kulit terus elok esoknya. Mestilah TAK!  Its take time. Dalam dua minggu, sebulan. Insya Allah kulit yg kusam akan start glowing. Jerawat pasir berkurangan. Ada yang hilang terus. Parut pun start memudar.

Seban apa saya suka Vitamin C shaklee ni? Bukan lah sebab saya pengedar pun.. tapi sebab harganya berbaloi.

Mana nak dapat Vit C 500 mg yg released 100mg setiap jam, 180 biji ( kalau makan sebiji sehari, tahan 6 bulan), denfan harga RM94 sebotol?

Plus, Shaklee is well known brands. More than 50years in Malaysia n worldwide. Dengan reserach berjuta setahun. I put my trust in Shaklee, compares to other products.

So, saya cuma nak share sahaja. Kadang kadang saya rasa sayang sangat kulit muda muda dah rosak.. tak jaga elok elok. Saya pun mula lambat dengan Vit C ni.. umur 28 baru nak start. So, jeragat ada sikit la, hasil 28 tahun yang ignorance tu. Haha.

Hanys ๐Ÿ˜˜

Wednesday, May 11, 2016

Brownies Kedut Hanys Jehari

Brownies kedut versi Hanys Jehari

Brownies simple
==============
A***
1. 250 buttercup lite
2. 250 coklat masakan (saya guna choc compond dark Beryls)
(Buttercup + coklat dicairkan guna water boil)
B***
3. Telur 3 biji
4. Gula 1 cawan (nak manis, tambah la lagi)
5. Esen vanilla
(Pukul bahan atas sampai gula tak nampak berpasir, tapi kalau boleh elak pakai mixer nanti kembang sangat terus jadi kek choc)
C***
6. Tepung blue key self raising 2 cawan
7. 3 sudu serbuk koko (optional)
Campurkan A dan B. Just kaup kaup je. Jangan pe4gi beat pulak. dah sebati masukkan C sikit sikit. Tak perlu pakai mixer pun. Kaup balik je.
Sampai la mix bebetul.

Alas tray 9x9, (kalau rasa tebal sangat, pindah sikit ke tray 7x7)- sebab saya suka yang tak tebal, dengan kertas minyak. 

Tuang dan bakar 160 utk 10 minit pertama. Then 150 untuk 20 minit seterusnya.dah masak biaq dalam oven 20 minit ye. Jangan terus keluar.

Ada yang cakap jangan masuk peti ais, mine doesnt matter. Lepas bawak kuar dari peti ais, bagi masa dia back to normal temperature. 

Kalau nak letak badam pun boleh letak sebelum bakar. Choc chip saya suggest letak bila dah masak separuh. Or else akan tenggelam.

Tips: jangan over beat, jangan over baked. 

Selamat mencuba.