Thursday, October 29, 2009

love this

love this pic alot.. and oh! jeles nya ngan mereka, so deep in love : Tablo and Hye-jeong ..

Sunday, October 25, 2009

cerita cinta #6

he meets my family finally.




weekend yang pack. wah! Thanx Allah, finally you granted my pray. my pray to make BF meet my mom, sincerely. alhamdulilah. and my mom also meet his mom and his whole family, except his dad la, and my mom meet them without engku. isk.isk. eh, engku kat umah, ada kursus, thats why la.




mom's opinion?


mukanya manis, ala-ala hindustan sket. (hahahaha)


orang cermat-based on lipatan baju dalam almari.


orangnya jenis pandai sangat 'cara'kan orang (means pandai layan org)


pandai masuk topik, ajak mak berbual


prihatin sangat orangnya.




komen ain:


dia kelakar la, garang pun ada gak.




komen ema:


best abg nan bawak kete, cucuk orang pun ada gaya, brek tak la mengejut pun


abg nan ni, selalu salah nama ema, amalia la, bukan emalia.. (hehehe)


Thursday, October 15, 2009

rentetan

rentetan dari hal yang lepas, aku baru tau dari ain yang mak cakap usah pedulikan kata-kata saudara mara (belah ayah) since diorang mana pernah amik tau hal aku. naper dah besar perlu amik tau bila aku nak kawin plak? okes.
and okes, he speak out. dia tak kisah (kisah sebenarnya) untuk jumpa family aku. tapi dia kata, dia tak nak my parents freak out about 'when will their daughter fet married?' bila dah jumpa dia nanti.. ok. admit that. ok. lantakla. in my thoughts " Allah always gave the best for His hamba (i cant translate hamba to slave: its sent wrong message)..

Wednesday, September 23, 2009

cerita cinta #5

erm. tahun ke tujuh raya as his awek. dan sedihnya masih belum nampak batang hidung dia untuk menjenguk ke kg aku. sebelum2 ni tak sedih pun. tapi thn ni rasa sangat. entahla. balik kg, bukan tak biasa di aju dengan pertanyaan 'tak bawak balik si dia ke?'.. tapi thn ni kerap sgt. dan bertambah tersayat bila mak n engku sendiri tanya. mak ckp, tak minta kawin skang pun, sekadar jumpa berkenalan, apa salahnya. aku dah tak tau nak cover apa. dan aku tak tau apa sebab dia liat sagt nak dtg. mak dah bagi kata putus sebenarnya.'jodoh anak-anak mak ayah boleh tentukan tanpa persetujuan anak2'. mak aii. memangla betul. tapi mak tak pernah cakap macam tu. and its make me scary. ayat 'selagi tak jumpa mak ayah, mak masih boleh terima orang lain'betul2 buat aku gabra.'kalau betul2 serius, dtg jumpa mak n engku'..
aku text dia. dia senyap. aduhai. apa nak jadi ni. entahla. aku dah jumpa family dia banyak kali. dia? tlongla jangan main tarik tali mcm ni. aku pon dah malas nak paksa. silence is the best rite now. pandai2 la fikir. aku decide, kalau dia berkeras jugak tak nak dtg jumpa mak engku lagi, thought it should end here. titik. noktah.
'kalau tak datang, means tak serius. kalau tak serius buat apa tunggu lagi..'

Tuesday, May 5, 2009

cinta tak boleh paksa, kan?

last weekend balik kampung. ada orang kawin. muda. 23 tahun. sebaya ain. kawan2 kami zaman kecik2 dulu gak. sabtu malam aku dan mak bercakap hal kawin. aku cakap, dia belum ada duit la mak. keja pon tak stabil lagi (padahal org tu dah tak kerja). mak cakap, cari yang lain je la. aku bagitau secara serius, bukan tak nak. tapi hati yang tak nak. bukan tak da orang melamar, siap nak bagi berapa je hantaran yang aku minta. tapi hati ni tak nak. memang tak nak. aku tak boleh bayangkan hidup dengan lelaki yang aku tak cinta. suka, boleh suka sesapa sahaja. boleh paksa hati sayang sesapa sahaja. tapi cinta? nope. aku cakap bebetul ngan mak, along tak boleh hidup dengan lelaki yang along tak cinta. biarlah. tak kisah tunggu berapa lama pon. kalau memnag jodoh dengan dia. kalau bukan, along terima. mak aku cakap, yalah. mak paham.

Thursday, April 23, 2009

a new phase of life

i miss her. thats make me hate her. just realize a new phase of life will make she lefted me out. its hurt. she wasnt best buddies. but 4 years with her make me care about her, as much as i care about my other best buddies. hapy to see her happy. finally she make her love real. thats my pray. so, its ok. its ok if she dismiss me for her love. may Allah bless her. forever.
one friend asked me, why i've being so harshed with her lately? i said, i cant to see her face. sorry. thats not true. i'm scared sometimes. i'll lost her. soon. no. already. already lost her. all the best for her.
good for her. now she is a good daughter to her mom. thanx Allah for make our pray become real.

Saturday, April 11, 2009

penatnya cari barangan kahwin...

hari ni bangun lambat sebab mimpi yang errrrr..cam best atau cam hampeh ek?? ok, let me story.

dalam mimpi tu, aku sepatutnya bertunang. tiba-tiba jadi huru hara sebab pihak lelaki kata nak nikah terus. terus wat majlis kahwin. sangat la huru hara nya majlis. aku dengan tangan berinai nyer, pi panggil adik aku suh orang pasang kanopi. mak cik Li (member mak aku) duk sibok mengelap pinggan kat dapur. tiba-tiba aku teringat dengan door gifts tak der nyer. berkejar aku naik scooter biru ( yang konon-kononnya dalam mimpi tu aku punya).. ntah time bila aku ada scoot kaler biru.. kete saga aku biru, ada la.. tengah duk berkejar naik scoot cari kedai alat perkahwinan tu aku sempat call dnan, tanya tentang mama dia. dengan penat lelah nya, aku terjaga. sungguh mamai. sebab kepala aku biung setelah penat mencari alatan kahwin. adoihhh. nasib mimpi je. eh, aku tak pikir pasal kawin pon sebelum tido semalam. skang dah tak pikir sangat dah.

Sunday, March 29, 2009

cerita cinta #3

saya suka pilihan kamu.




smalam dia datang. kami jalan. teman dia beli jam. tangan dia luka, kulit sensitif. jam pilihan aku. aku pilih design tu. ala, lupa jenama apa. color bronze. nice. rare. kulit getah. he asked which one yang aku suka. aku pilih bronze kulit getah dan biru metallic dengan tali besi. dua2 nice. tapi kalau kulit getah dia boleh pakai untuk kasual dan kerja. boleh bawak bersukan, kan sayang. dan dia suka pilihan aku. thanx.. erm, suka bila dia minta aku pilihkan barang dia. kasut sukan aku pilih. kemeja aku pilih. perfume aku pilih. bukan aku yang paksa. dia suka aku pilih. heeee.. thats make me feel better. feel happy :)

cerita cinta #2

dua tahun je..




he asked me for two years. dua tahun je yang.. bagi i dua tahun. itu maksimum. i janji. kalau rezeki ada, lagi cepat kita langsung. bagi kerja i stabil. i tak nak u kena tunggu i balik kerja jam 1 pagi. ok. tak lama 2 tahun, kan anis? 7 tahun tunggu, lagi 2 tahun, tak lama. macam yang kita plan dulu. umur dia 28, aku 27. nice. ok, anis sabar ek? ok.

Friday, March 27, 2009

hati berbunga? berputik baru...

ada satu perkara yang membuatkan hati aku berkuntum.. belum lagi berbunga.. cuma berputik, mungkin.


he called me. asking about loan. and i asked him back. for what? i nak buat loan, hujung tahun kita kawin sayang.




aku terdiam. aku tanya, betul? then dia kata, tapi kerja belum stabil. aku pon senyap.




lepas tu, aku terpikir semula. tahun ni? cepatnya. kalau bertunang jer dulu boleh? baru aku sedar, cuaknya perkara nikah kawin ni. alamak. yerk, aku cuak. tapi, insya Allah aku dah bersedia. sentiasa doakan dia dapat job yg lagi baik, so kami boleh menghalalkan hubungan kami. membina masjid, berjalan ke arah jalan yang diredhai Allah.


Sunday, March 15, 2009

cerita cinta #1

kamu pernah berada di persimpangan? antara hati dan akal? antara yang jelas dan yang kabur? aku rasa semua pernah.




aku pernah berada dalam situasi yang sangat menyakitkan. dia menyakitkan. cinta menyakitkan. aku penat. aku menangis lagi dan lagi. perkara biasa buat aku. tapi malam tu, aku buat keputusan berani. aku angkat wuduk dan bertemu dengan Nya.


aku minta betul-betul dengan Dia. minta cinta aku. minta pasangan aku. dan aku minta dengan serendah-rendah hati aku. jika dia bukan milik aku, dan aku bukan pasangan nya, lepaskan ingatan kau dari dia. jauhkan aku dari dia.


Allah Maha Besar, sejurus aku meraup muka dengan doa dan selawat, telefon aku berbunyi. dari dia. aku terdiam. selepas 3 kali dia mencuba, aku panggil dia semula; setelah haku tenang. aku berselawat panjang. istighfar panjang. sebenarnya bukan pertama kali aku diberi tanda ini. sudah banyak kali. sangat banyak. dan Allah masih mahu aku bersabar dengan dia. dan aku masih ok. :)

Wednesday, March 4, 2009

Renungkanlah Sedalam-dalamnya

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kitabenar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal sepertiitu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh² bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turutbanyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.


Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yanglama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Sunday, March 1, 2009

Majlis Pertunangan : aku okey!

okey, setelah aku bersolat tenangkan hati, aku decide untuk ke rumah kawan aku, menemani dia di hari pertunangan.




aku sesat, macam biasa. weh, Puchong is not my place. gila punya banyak highway yg aku baru discover. and just becoz f only one mistake (tersalah amek lane) aku terus totally lost sampai kena byk gila tol. berkali-kali. macam celaka. perghhh. sampai gak dalam kul 2.



oh. dia belum berpakaian tunang pon. majlis tahlil lom start. mak andam sesat. no frens with her. only me. i asked her to change. pakai siap2. then, mak andam datang, just terus make up. okey, make up dia teruk (sorry fren). mak andam tu buat shading over. last2, aku touch up dia balik.



3.30ptg, majlis tunang start. okey, siap ada pelamin. si lelaki siap pakai baju melayu. hantaran sangat2 cantik, cam org nak kawin. hihihi. nice. pas siap semua, sesi bergambar. lelaki pon kena disarungkan cincin oleh abg ipar kawan aku tuh. oh oh, kalau uwan aku, jangan harap lelaki boleh masuk umah. sila duk di luar umah yer. masuk hanya apabila ada hal yang memerlukan clarification dari empunya badan. lain-lain, out u go!



penatnya tunggu dia siap bergambar (sebab aku dah lapar bangat). so, aku makan dulu. huhuhu... then, kul 5, aku gerak balik. wah, balik senang plak. dalam sejam aku sampai umah.



note:

takder perasaan jeles yang timbul time tengok dia bertunang. alhmdulillah. rasa happy for her, sebab akhirnya dia dpat orang yang matang (kot) dan menyayangi dia (so obvious). rasa sedih, sebab mak dia takder, akak dia kat kampung. kalau aku, aku perlukan semua ahli keluarga aku. harus! kalau tak, aku tak mau bertunang! Allah Maha Besar, ada sebab dia lambatkan jodoh aku, kan??

Thursday, February 26, 2009

ego aku

Aku dalam dilemma sekarang.
Dulu aku suka sangat majlis Bertunang, pernikahan dan perkahwinan. Sangat-sangat. Sebab suka tengok. Suka tolong.
Lately aku ada perasaan sangat jahat. Dengki pada orang yang akan Bertunang. Lagi-lagi kalau yang nak Bertunang tu orangg yang aku kenal dan jangka perkenalan mereka kagi singkat dari hubungan aku dan BF. Sangat sedih. Kecewa. Ornag yang baru berhubungan sudah terdetik untuk mengikat hubungan. Tapi aku?
Masih ingat kawan aku yang akan Bertunang? Aku buat keputusan untuk tidak pergi. Sebab malas melayan perasaan kecewa dan angan2 nanti. Nanti aku akan msg BF minta untuk ikat hubungan. Nanti dia akan minta bagi dia masa. Dan aku akan kecewa lagi. Tapi belum sempat aku cakap, dia call. Minta aku datang. Kawan kawan lain semua tak dapt pergi. Dia sedih. Kawan lain semua ada hal. Aku? Aku pun ada hal. Tapi boleh adjust sebenarnya.
Antara jahat dan baik. Antara pentingkan hati sendiri dan pentingkan hati kawan. Antara ego aku dan kegembiraan teman nak Bertunang. Aku rasa aku makin kejam lately. Dia mestilah nak berkongsi kegembiraan dengan kawan kan? tegarkah aku buat bodoh dengan permintaan dia? Membiarkah dia keseorangan di hari pertunangan.bayangkan aku juga kena macam tu? Sedih dan pedih.
Minta sangat-sangat aku dibuangkan perasaan dengki dan irihati ini.

Saturday, February 21, 2009

cinta.tunang.kahwin


.tentang cinta.Cinta dia sangat-sangat. Sayang dia sangat-sangat. Aku tunggu dia habis kerja kul 12 tiap malam supaya dapat dengar suara dia sebelum tido. Supaya pastikan dia dapat dengar “drive elok”. supaya aku dengar "gud nite, i love u"Dah masuk tahun ke tujuh.*senyum*Mudah-mudahan sampai ke jinjang pelamin. Semoga aku menjadi milik dia yang sah.Mudah mudahan. Doakan.Dan oh, ada orang yang macam mengejar cinta aku. Dan aku takut itu. Penat dah lari ni. .tentang tunang.O, ex housemate@roomate aku dulu dh anak Bertunang. Bukan dengan lelaki yang pendek akal itu. phewww..Nasib baik. Dengan lelaki yang lebih baik. Aku dah cakap ‘u deserve better. Let him go’.*short smile* teringat zaman kamu suka nangis-nangis dan mengamuk dulu.Ok,, aku akan ke rumah kamu nanti, insya Allah. Panjang nyawa, aku sampai, kita ketemu. Kalau nyawa aku tak panjang, semoga kamu berbahagia selamanya. Bukan hanya sampai anak cucu.Ya, kawan aku lagi sorang pun dah berura-ura nak bertunang. Ok, cepatkan la. Aku sahaja yang melambatkan. Kerna duit, kerna diri, kerna keluarga belum bersedia melepaskan aku..tentang kahwin.And oh, erm.. ex boyfriend ketika dia zaman sekolah dah nak kawin bulan 3 ni.. ok, dia bukan kekasih pertama, tapi antara 8 balak-balak aku, hanya dua yang aku betul2 sayang.*Mak aiih, banyaknya BF aku*Dia yang ex dan dia yang sekarang. Sekarang dah tak sayang. Sayang as friend. Sebab pernah jadi kawan dulu. Pas clash, jadi macam musuh. Macam kelakar. Sayang persahabatan yang diikat 5 tahun hancur sebab ‘bercinta’. Ceh. Ok, mungkin ke aku ke majlis ex itu?*muka confius, garu-garu kepala tak gatal*Entah. Rasa cam bongok lak kalau pergi. Tapi, aku tak leh abaikan orang jemput. Tak baik. Berdosa. Insya Allah, aku datang. Insya Allah. Benda lepas, lepaskan lah.*dah tak sayang, tapi geram jer..hehehe*
3

aku nak


Note:
entry ni tak berkenaan dengan sesapa. serius. hanya tentangku. bukan dengan sesaper. even bukan berkenaan dengan dia pun. hanya nukilan aku sendiri.



lately aku macam nak sangat2 get married. damn. tak suka la macam ni. ntah kenapa ntah. suka plak blog hoppingg ke blog-blog orang yang nak melangsungkan perkahwinan http://misi5april2009.blogspot.com/
ada hari tu, aku bangkit tido sampai aku nak lelap semula, aku asyik terpikir hal ni. dia tak sayng aku ker? dia belumbersedia ker? pasal duit? pasal kerjaya dia belum stabil?
aku dah sediakan semua jawapn positif ntuk semua soalan di atas. tunggu masa jer dibentangkan di Dewan Hubungan kami. aku tanya opismate aku lak. kalau gaji laki bini rm4000 jer, boleh survive tak? dia kata boleh. aku pon rasa boleh.
aku tanya kawan aku, kaalu aku jer pi meminang dia boleh? jangan jatuhkan maruah ko. ok.
aku sms dia ckp pasal kawin. senyap. alamak, dia tak suka atau dia marah?
balik kampung. mak beli almari baru. set Vantage dia semua dalm tu. mak cakap, semua set Vantage dia dah lengkap, cuma tunggu masa nak pakai time aku kawin je. okey. mak, along lambat lagi nak kawin. dalam ati jer la.
aku bagitau mak pasal dia. pasal kerjaya dia. mak aku paham. aku cakap, ok je kan maka kalau gaji kami byk tu? mak aku senyap je la. erm.
malam tadi tanya dia lagi. dia jawab, bagi i time ek. okey, jgn lama sangat.
oleh itu, aku dah buat keputusan untuk tidak menghadirkan diri ke mana-mana majlis orang bertunang atau pernikahan kawan kawan sepermainan atau sekatil aku. jeles. huh, childish nyer aku. sehingga rasa jeles itu hilang, baru aku ok. ok tak? tak ok? pedulik hapa aku. perasaan aku.