Thursday, February 26, 2009

ego aku

Aku dalam dilemma sekarang.
Dulu aku suka sangat majlis Bertunang, pernikahan dan perkahwinan. Sangat-sangat. Sebab suka tengok. Suka tolong.
Lately aku ada perasaan sangat jahat. Dengki pada orang yang akan Bertunang. Lagi-lagi kalau yang nak Bertunang tu orangg yang aku kenal dan jangka perkenalan mereka kagi singkat dari hubungan aku dan BF. Sangat sedih. Kecewa. Ornag yang baru berhubungan sudah terdetik untuk mengikat hubungan. Tapi aku?
Masih ingat kawan aku yang akan Bertunang? Aku buat keputusan untuk tidak pergi. Sebab malas melayan perasaan kecewa dan angan2 nanti. Nanti aku akan msg BF minta untuk ikat hubungan. Nanti dia akan minta bagi dia masa. Dan aku akan kecewa lagi. Tapi belum sempat aku cakap, dia call. Minta aku datang. Kawan kawan lain semua tak dapt pergi. Dia sedih. Kawan lain semua ada hal. Aku? Aku pun ada hal. Tapi boleh adjust sebenarnya.
Antara jahat dan baik. Antara pentingkan hati sendiri dan pentingkan hati kawan. Antara ego aku dan kegembiraan teman nak Bertunang. Aku rasa aku makin kejam lately. Dia mestilah nak berkongsi kegembiraan dengan kawan kan? tegarkah aku buat bodoh dengan permintaan dia? Membiarkah dia keseorangan di hari pertunangan.bayangkan aku juga kena macam tu? Sedih dan pedih.
Minta sangat-sangat aku dibuangkan perasaan dengki dan irihati ini.

Saturday, February 21, 2009

cinta.tunang.kahwin


.tentang cinta.Cinta dia sangat-sangat. Sayang dia sangat-sangat. Aku tunggu dia habis kerja kul 12 tiap malam supaya dapat dengar suara dia sebelum tido. Supaya pastikan dia dapat dengar “drive elok”. supaya aku dengar "gud nite, i love u"Dah masuk tahun ke tujuh.*senyum*Mudah-mudahan sampai ke jinjang pelamin. Semoga aku menjadi milik dia yang sah.Mudah mudahan. Doakan.Dan oh, ada orang yang macam mengejar cinta aku. Dan aku takut itu. Penat dah lari ni. .tentang tunang.O, ex housemate@roomate aku dulu dh anak Bertunang. Bukan dengan lelaki yang pendek akal itu. phewww..Nasib baik. Dengan lelaki yang lebih baik. Aku dah cakap ‘u deserve better. Let him go’.*short smile* teringat zaman kamu suka nangis-nangis dan mengamuk dulu.Ok,, aku akan ke rumah kamu nanti, insya Allah. Panjang nyawa, aku sampai, kita ketemu. Kalau nyawa aku tak panjang, semoga kamu berbahagia selamanya. Bukan hanya sampai anak cucu.Ya, kawan aku lagi sorang pun dah berura-ura nak bertunang. Ok, cepatkan la. Aku sahaja yang melambatkan. Kerna duit, kerna diri, kerna keluarga belum bersedia melepaskan aku..tentang kahwin.And oh, erm.. ex boyfriend ketika dia zaman sekolah dah nak kawin bulan 3 ni.. ok, dia bukan kekasih pertama, tapi antara 8 balak-balak aku, hanya dua yang aku betul2 sayang.*Mak aiih, banyaknya BF aku*Dia yang ex dan dia yang sekarang. Sekarang dah tak sayang. Sayang as friend. Sebab pernah jadi kawan dulu. Pas clash, jadi macam musuh. Macam kelakar. Sayang persahabatan yang diikat 5 tahun hancur sebab ‘bercinta’. Ceh. Ok, mungkin ke aku ke majlis ex itu?*muka confius, garu-garu kepala tak gatal*Entah. Rasa cam bongok lak kalau pergi. Tapi, aku tak leh abaikan orang jemput. Tak baik. Berdosa. Insya Allah, aku datang. Insya Allah. Benda lepas, lepaskan lah.*dah tak sayang, tapi geram jer..hehehe*
3

aku nak


Note:
entry ni tak berkenaan dengan sesapa. serius. hanya tentangku. bukan dengan sesaper. even bukan berkenaan dengan dia pun. hanya nukilan aku sendiri.



lately aku macam nak sangat2 get married. damn. tak suka la macam ni. ntah kenapa ntah. suka plak blog hoppingg ke blog-blog orang yang nak melangsungkan perkahwinan http://misi5april2009.blogspot.com/
ada hari tu, aku bangkit tido sampai aku nak lelap semula, aku asyik terpikir hal ni. dia tak sayng aku ker? dia belumbersedia ker? pasal duit? pasal kerjaya dia belum stabil?
aku dah sediakan semua jawapn positif ntuk semua soalan di atas. tunggu masa jer dibentangkan di Dewan Hubungan kami. aku tanya opismate aku lak. kalau gaji laki bini rm4000 jer, boleh survive tak? dia kata boleh. aku pon rasa boleh.
aku tanya kawan aku, kaalu aku jer pi meminang dia boleh? jangan jatuhkan maruah ko. ok.
aku sms dia ckp pasal kawin. senyap. alamak, dia tak suka atau dia marah?
balik kampung. mak beli almari baru. set Vantage dia semua dalm tu. mak cakap, semua set Vantage dia dah lengkap, cuma tunggu masa nak pakai time aku kawin je. okey. mak, along lambat lagi nak kawin. dalam ati jer la.
aku bagitau mak pasal dia. pasal kerjaya dia. mak aku paham. aku cakap, ok je kan maka kalau gaji kami byk tu? mak aku senyap je la. erm.
malam tadi tanya dia lagi. dia jawab, bagi i time ek. okey, jgn lama sangat.
oleh itu, aku dah buat keputusan untuk tidak menghadirkan diri ke mana-mana majlis orang bertunang atau pernikahan kawan kawan sepermainan atau sekatil aku. jeles. huh, childish nyer aku. sehingga rasa jeles itu hilang, baru aku ok. ok tak? tak ok? pedulik hapa aku. perasaan aku.