Saturday, February 21, 2009

cinta.tunang.kahwin


.tentang cinta.Cinta dia sangat-sangat. Sayang dia sangat-sangat. Aku tunggu dia habis kerja kul 12 tiap malam supaya dapat dengar suara dia sebelum tido. Supaya pastikan dia dapat dengar “drive elok”. supaya aku dengar "gud nite, i love u"Dah masuk tahun ke tujuh.*senyum*Mudah-mudahan sampai ke jinjang pelamin. Semoga aku menjadi milik dia yang sah.Mudah mudahan. Doakan.Dan oh, ada orang yang macam mengejar cinta aku. Dan aku takut itu. Penat dah lari ni. .tentang tunang.O, ex housemate@roomate aku dulu dh anak Bertunang. Bukan dengan lelaki yang pendek akal itu. phewww..Nasib baik. Dengan lelaki yang lebih baik. Aku dah cakap ‘u deserve better. Let him go’.*short smile* teringat zaman kamu suka nangis-nangis dan mengamuk dulu.Ok,, aku akan ke rumah kamu nanti, insya Allah. Panjang nyawa, aku sampai, kita ketemu. Kalau nyawa aku tak panjang, semoga kamu berbahagia selamanya. Bukan hanya sampai anak cucu.Ya, kawan aku lagi sorang pun dah berura-ura nak bertunang. Ok, cepatkan la. Aku sahaja yang melambatkan. Kerna duit, kerna diri, kerna keluarga belum bersedia melepaskan aku..tentang kahwin.And oh, erm.. ex boyfriend ketika dia zaman sekolah dah nak kawin bulan 3 ni.. ok, dia bukan kekasih pertama, tapi antara 8 balak-balak aku, hanya dua yang aku betul2 sayang.*Mak aiih, banyaknya BF aku*Dia yang ex dan dia yang sekarang. Sekarang dah tak sayang. Sayang as friend. Sebab pernah jadi kawan dulu. Pas clash, jadi macam musuh. Macam kelakar. Sayang persahabatan yang diikat 5 tahun hancur sebab ‘bercinta’. Ceh. Ok, mungkin ke aku ke majlis ex itu?*muka confius, garu-garu kepala tak gatal*Entah. Rasa cam bongok lak kalau pergi. Tapi, aku tak leh abaikan orang jemput. Tak baik. Berdosa. Insya Allah, aku datang. Insya Allah. Benda lepas, lepaskan lah.*dah tak sayang, tapi geram jer..hehehe*
3

No comments: