Thursday, February 26, 2009

ego aku

Aku dalam dilemma sekarang.
Dulu aku suka sangat majlis Bertunang, pernikahan dan perkahwinan. Sangat-sangat. Sebab suka tengok. Suka tolong.
Lately aku ada perasaan sangat jahat. Dengki pada orang yang akan Bertunang. Lagi-lagi kalau yang nak Bertunang tu orangg yang aku kenal dan jangka perkenalan mereka kagi singkat dari hubungan aku dan BF. Sangat sedih. Kecewa. Ornag yang baru berhubungan sudah terdetik untuk mengikat hubungan. Tapi aku?
Masih ingat kawan aku yang akan Bertunang? Aku buat keputusan untuk tidak pergi. Sebab malas melayan perasaan kecewa dan angan2 nanti. Nanti aku akan msg BF minta untuk ikat hubungan. Nanti dia akan minta bagi dia masa. Dan aku akan kecewa lagi. Tapi belum sempat aku cakap, dia call. Minta aku datang. Kawan kawan lain semua tak dapt pergi. Dia sedih. Kawan lain semua ada hal. Aku? Aku pun ada hal. Tapi boleh adjust sebenarnya.
Antara jahat dan baik. Antara pentingkan hati sendiri dan pentingkan hati kawan. Antara ego aku dan kegembiraan teman nak Bertunang. Aku rasa aku makin kejam lately. Dia mestilah nak berkongsi kegembiraan dengan kawan kan? tegarkah aku buat bodoh dengan permintaan dia? Membiarkah dia keseorangan di hari pertunangan.bayangkan aku juga kena macam tu? Sedih dan pedih.
Minta sangat-sangat aku dibuangkan perasaan dengki dan irihati ini.

No comments: