Sunday, March 29, 2009

cerita cinta #3

saya suka pilihan kamu.




smalam dia datang. kami jalan. teman dia beli jam. tangan dia luka, kulit sensitif. jam pilihan aku. aku pilih design tu. ala, lupa jenama apa. color bronze. nice. rare. kulit getah. he asked which one yang aku suka. aku pilih bronze kulit getah dan biru metallic dengan tali besi. dua2 nice. tapi kalau kulit getah dia boleh pakai untuk kasual dan kerja. boleh bawak bersukan, kan sayang. dan dia suka pilihan aku. thanx.. erm, suka bila dia minta aku pilihkan barang dia. kasut sukan aku pilih. kemeja aku pilih. perfume aku pilih. bukan aku yang paksa. dia suka aku pilih. heeee.. thats make me feel better. feel happy :)

cerita cinta #2

dua tahun je..




he asked me for two years. dua tahun je yang.. bagi i dua tahun. itu maksimum. i janji. kalau rezeki ada, lagi cepat kita langsung. bagi kerja i stabil. i tak nak u kena tunggu i balik kerja jam 1 pagi. ok. tak lama 2 tahun, kan anis? 7 tahun tunggu, lagi 2 tahun, tak lama. macam yang kita plan dulu. umur dia 28, aku 27. nice. ok, anis sabar ek? ok.

Friday, March 27, 2009

hati berbunga? berputik baru...

ada satu perkara yang membuatkan hati aku berkuntum.. belum lagi berbunga.. cuma berputik, mungkin.


he called me. asking about loan. and i asked him back. for what? i nak buat loan, hujung tahun kita kawin sayang.




aku terdiam. aku tanya, betul? then dia kata, tapi kerja belum stabil. aku pon senyap.




lepas tu, aku terpikir semula. tahun ni? cepatnya. kalau bertunang jer dulu boleh? baru aku sedar, cuaknya perkara nikah kawin ni. alamak. yerk, aku cuak. tapi, insya Allah aku dah bersedia. sentiasa doakan dia dapat job yg lagi baik, so kami boleh menghalalkan hubungan kami. membina masjid, berjalan ke arah jalan yang diredhai Allah.


Sunday, March 15, 2009

cerita cinta #1

kamu pernah berada di persimpangan? antara hati dan akal? antara yang jelas dan yang kabur? aku rasa semua pernah.




aku pernah berada dalam situasi yang sangat menyakitkan. dia menyakitkan. cinta menyakitkan. aku penat. aku menangis lagi dan lagi. perkara biasa buat aku. tapi malam tu, aku buat keputusan berani. aku angkat wuduk dan bertemu dengan Nya.


aku minta betul-betul dengan Dia. minta cinta aku. minta pasangan aku. dan aku minta dengan serendah-rendah hati aku. jika dia bukan milik aku, dan aku bukan pasangan nya, lepaskan ingatan kau dari dia. jauhkan aku dari dia.


Allah Maha Besar, sejurus aku meraup muka dengan doa dan selawat, telefon aku berbunyi. dari dia. aku terdiam. selepas 3 kali dia mencuba, aku panggil dia semula; setelah haku tenang. aku berselawat panjang. istighfar panjang. sebenarnya bukan pertama kali aku diberi tanda ini. sudah banyak kali. sangat banyak. dan Allah masih mahu aku bersabar dengan dia. dan aku masih ok. :)

Wednesday, March 4, 2009

Renungkanlah Sedalam-dalamnya

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kitabenar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal sepertiitu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh² bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turutbanyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.


Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yanglama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Sunday, March 1, 2009

Majlis Pertunangan : aku okey!

okey, setelah aku bersolat tenangkan hati, aku decide untuk ke rumah kawan aku, menemani dia di hari pertunangan.




aku sesat, macam biasa. weh, Puchong is not my place. gila punya banyak highway yg aku baru discover. and just becoz f only one mistake (tersalah amek lane) aku terus totally lost sampai kena byk gila tol. berkali-kali. macam celaka. perghhh. sampai gak dalam kul 2.



oh. dia belum berpakaian tunang pon. majlis tahlil lom start. mak andam sesat. no frens with her. only me. i asked her to change. pakai siap2. then, mak andam datang, just terus make up. okey, make up dia teruk (sorry fren). mak andam tu buat shading over. last2, aku touch up dia balik.



3.30ptg, majlis tunang start. okey, siap ada pelamin. si lelaki siap pakai baju melayu. hantaran sangat2 cantik, cam org nak kawin. hihihi. nice. pas siap semua, sesi bergambar. lelaki pon kena disarungkan cincin oleh abg ipar kawan aku tuh. oh oh, kalau uwan aku, jangan harap lelaki boleh masuk umah. sila duk di luar umah yer. masuk hanya apabila ada hal yang memerlukan clarification dari empunya badan. lain-lain, out u go!



penatnya tunggu dia siap bergambar (sebab aku dah lapar bangat). so, aku makan dulu. huhuhu... then, kul 5, aku gerak balik. wah, balik senang plak. dalam sejam aku sampai umah.



note:

takder perasaan jeles yang timbul time tengok dia bertunang. alhmdulillah. rasa happy for her, sebab akhirnya dia dpat orang yang matang (kot) dan menyayangi dia (so obvious). rasa sedih, sebab mak dia takder, akak dia kat kampung. kalau aku, aku perlukan semua ahli keluarga aku. harus! kalau tak, aku tak mau bertunang! Allah Maha Besar, ada sebab dia lambatkan jodoh aku, kan??