Sunday, March 15, 2009

cerita cinta #1

kamu pernah berada di persimpangan? antara hati dan akal? antara yang jelas dan yang kabur? aku rasa semua pernah.




aku pernah berada dalam situasi yang sangat menyakitkan. dia menyakitkan. cinta menyakitkan. aku penat. aku menangis lagi dan lagi. perkara biasa buat aku. tapi malam tu, aku buat keputusan berani. aku angkat wuduk dan bertemu dengan Nya.


aku minta betul-betul dengan Dia. minta cinta aku. minta pasangan aku. dan aku minta dengan serendah-rendah hati aku. jika dia bukan milik aku, dan aku bukan pasangan nya, lepaskan ingatan kau dari dia. jauhkan aku dari dia.


Allah Maha Besar, sejurus aku meraup muka dengan doa dan selawat, telefon aku berbunyi. dari dia. aku terdiam. selepas 3 kali dia mencuba, aku panggil dia semula; setelah haku tenang. aku berselawat panjang. istighfar panjang. sebenarnya bukan pertama kali aku diberi tanda ini. sudah banyak kali. sangat banyak. dan Allah masih mahu aku bersabar dengan dia. dan aku masih ok. :)

No comments: