Saturday, May 22, 2010

memenuhi jemputan, tak harap balasan pun

musim cuti sekolah bakal bermula lagi. macam biasa, musim kahwin akan tetap bermula juga la.. kad undangan kawin jangan cakapla bertimbun kat umah tu. cuma nak pergi atau tak je. hehe.

sebab banyak sangat yang luar KL. Luar KL= keluar banyak duit. hahaha.

ada juga kawan yang aku tolong siapkan barang goodie nya.

ada gak orang bertanya, ko rasa kawan yang ko tolong tu akan datang ke time ko bertunang atau kawin nanti?

aku jawab, tak rasa dia akan datang. sebab tak rasa dia akan keluar dari KL.

bukan nak merajuk atau menyindir, tapi biar on fact la. tak mengharap pun kengkawan yang aku tolong dan datang time kahwin akan datang juga ke majlis aku. its ok. aku tak kisah pun. bagi aku, cukupla hari bahagia aku wajib ada adik-adik aku dan keluarga aku. itu yang terbaik. dan sudah cukup. tukang bagi goodie, cousin aku ramai. kami kamceng. tak perlu risau. tak perlu susah panggil kawan aku ke jerantut tolong aku buat persiapan.

cuma yang aku (dan kawan lain) agak sedih bila mak nya cakap, ala kalau dah ada anak, takkan la datang jauh-jauh. suka hatila makcik. anak ko, cucu ko. tak heran pun.

bagi aku, bila dah kahwin ni, masing-masing akan bagi full attention pada keluarga. jadi, mestilah tidak akan kesah pada kengkawan yang belum berkahwin dan akan kahwin nanti. thats fact. sedangkan tengah bercinta pun dah tak hirau kawan. adalah aku jumpa seorang dua. yang masih utuh mengekalkan friendship biarpun dah berkahwin. congrats! keep your friendship grows.

Saturday, May 1, 2010

jodoh dan maut

Hai hidup. Hidup macam roda. Betul? Sekejap kita dibawah, kena gelek, sejak kita diatas, diagungkan. Hidup lagi best kalau sudah berkeluarga, bersuami. Betul? Maybe yes. Maybe no. tak semua yang berkeluarga gembira.


Kahwin satu perjudian? Sesetngah cakap, ya. Sebab tak tau apa nasib selepas kahwin nanti. Dapat suami jahat ke. Dapat isteri pemalas ke. Bagi aku, lelaki tak perlu risau (kot). Kalau hati tak suka, kamu boleh ceraikan. Perempuan? Untung dapat suami ringan tulang dan memahami. Tak untung? Sakit jiwa dapat suami baran dan cemburu buta. Sakitnya jiwa tahu peranga sebenar hanya selepas kawin. Walau kenal 10 tahun pun, mesti totally berlainan bila sudah hidup sekatil sebantal. Amsa tula, banyak sungguh perangai yang tersembunyi, tersorok keluar mencanak-canak. Hai.


Jodoh dan ajal ditangan Tuhan. Ditangan Allah. Walau sudah berusaha untuk kahwin dengan si dia, bergolok bergadai, tapi bila Allah kata, bukan jodohmu, done. Walau si ibu siang malam berdoa anak kahwin cepat, tapi bila Allah dah decide, bukan masanya lagi anakmu itu berkahwin, done. Doa ibu mujarab. insyaAllah mak, apa yang mak doakan itu akan termakbul bila sudah sampai masanya. Oh, kalaulah boleh ku khabarkan sebegitu rupa pada bonda tercinta. Siapa tak mahu bersuami dengan insane yang kita sayang. Saya mahu. Siapa yang tak mahu fulfill hasrat bonda dan juga nenda, lagi-lagi bila kedudukan saya sebagai cucu sulung.. mohon Allah perkenankan hasrat bonda..

Wednesday, March 17, 2010

mudahkan urusan perkahwinan?

mudah kah untuk bernikah dan berkahwin?

aku tengok sekarang macam terlalu mudah.

bercinta dengan A sangat lama. fed up. clash. ada orang nak. terima.

risik. bertunang. next month, nikah. kawin. sanding. sah suami isteri.

wah! senangnya. kalaulah semua manusia dipermudahkan sebegitu rupa untuk membina masjid, kan senang.


ini tak. bercinta 4 tahun. mak ayah suka. dah plan nak kawin. putus tengah jalan. berkawan plak dengan lain, mak ayah tak suka. kerja tak bagus. umur muda. bawak kereta tak setaraf anak perempuan mak ayah. gaji kurang dari anak perempuan mak ayah. adoi.


ini tak. bercinta bagai dekat sepuluh tahun. masih sabar menanti dipinang. tahun demi tahun. tak sedar umur menganjak ke angka 30.

apa ada pada umur? ye. betul. tapi bila umur meningkat, secara automatik, metabolisme badan turun=gemuk sangat senang=moody memanjang sebab gemuk. haih

pikir-pikir, kaalu takder orang nak, ambik anak angkat je boleh? kalau kawin pun, kalau laki tak guna, menyusahkan, menghabiskan duit tak guna juga. banyak sudah kes-kes laki tak guna. adoila. bukan seksis. tapi sekarang sangat sukar jumpa lelaki yangbaik. bukan memilih. tapi ye, kita kena memilih. aku tak mahu dek kerana desperado sangat nak kawin sampai main rembat sesapa sahaja. entah hormat ornag tua atu tak. entah hormat adik-adik aku ke tak. entah hormat pendirian aku ke tak. alim mungkin alim kucing. belakang kita ntah apa yang dia pernah buat. ewww! scary. lagi scary bila jumpa lelaki psiko atau gila seks. oh tidak!

Monday, March 8, 2010

air tangan itu penting

biasa dengar perempuan tak reti masak?

normal kan. aku pun bukan reti sangat. setakat ayam masak cili padi, udang masak lemak dengan tomato, ayam masak merah, ayamm amsak kicap, tomyam campur, kek choc, puding caramel (eh, banyak siot aku pandai masak), boleh la nak besarkan badan ni.. tu pun bila aku masak untuk en keksaih, macam-macam plak komen nyer. ceh.


biasa dengar lelaki tak kisah aweknya tak reti masak?

biasa juga.

ayatnya macam ni.

'saya tak kisah si polan tak reti masak. nanti awal-awal kawin saya masak la. pastu saya ajar la dia sikit-sikit'

huh? nak masak untuk bini kamu? nak ajar pulak?

dey, kalau dah pompuan tu tak reti masak jer, aku tak heran la. aku pun belajar2 sendiri. atleast kenal la bahan -bahan asas. tumis menumis asas. kaalu dha jenis yang nak goreng telur oun wonder kena pakai minyak ke tak, parah beb.

bukan nak menyibuk atau tidak percaya dengan 'niat murni' bakal suami tu tadi. tapi, sampai bila kamu akan bertahan dengan bini yang tak reti apa pun di dapur? waktu tengah hangat bercinta, boleh la kamu janji sebegitu. bila dah balik kerja penat-penat, mengaharapkan ada lauk di dapur, tapi bila bukak je tudung saji, hapa pun tak dak, lama-lama biikin hangat gak kan?

even si kekasih ku pernah cakap macam ni, kalau tak pandai belajar la. makanan itu yang akan ikat i nanti. makanan u tak sedap i balik umah mama. atau i cari lain.

nampak bergurau, tapi itulah hakikat nya.

so, bakal pengatin yang dah tak sabar nak kawin, sila-sila la lengkaakan diri ya. jangan nanti mak mentua pun terkejut tengok air tangan korang. huhhuhu...

Monday, February 15, 2010

cari la dia yang boleh...

bila cakap pasal apa kriteria untuk pilih pasangan, apa nasihat yang kamu akan terima?
pilih la orang sayang kamu lebih dari kamu sayang dia.

cliche.
bukan salah. tapi bila pikir semula, mesti lelaki itu nak jugak cari orangg yang sayang dia lebih.. kan? kata ema, ala, tak payah la bgtau dia.. o, thats mean kita kena tipu each other.
bagi aku, dari pembacaan, dari nasihat yang aku kutip, pilihla pasangan yang:
kita boleh berkomunikasi di hari tua nanti. sebab bila dah tua, semua orang akan sangat cerewet. bila kita boleh berkomunikasi dengan baik, terima nasihat dan memberi pandangan dengan baik, insya Allah kita boleh hiidup bahagia dengan si dia di hari tua nanti..
bila berjumapa dengan lelaki yang boleh buat kerja-kerja rencam mamcam bertukang, mengecat, pasang engsel, betulakn kipas, pilihla dia sebagai pasangan. insya Allah, dia adalah pasangan yang boleh hidup di kala susah dan senang..dan kamu tak perlu cari tukang rencam lagi.. wink. bonus tu beb.

Monday, January 25, 2010

miss him a lot..










hardly to say.. but hardly to breathe without him. miss him a lot. haaih.





tak kawin, tak bermakna..

Kawan baik aku mengkhabarkan berita pertunangan dia pada 14 Februari depan. Aku senyum. Membalas sms dia.
Tahniah. Insya Allah jika aku tak kena kerja, aku datang.’
‘Ala, takkan raya cina pun kena kerja.’
‘ye, N. skang kerja aku dah tunggang terbalik. Sabtu pun kerja. Kul 6 ptg, kul 4 pagi. Dah tak kira masa. Aku akan datang kalau takder apa aral. Don’t worry. Just pray for me.’

Happy for her. After a series of broken heart, wish all the best for her. Tapi ye, aku agak sedih sebab macam aku dah takda dalam hidup dia. Kemudian aku fikir2, biarlah.itu peralihan hidup masing2. Buat apa aku perlu masuk campur dalam apa jua keputusan hidup dia. Nak kawin dia. Nak hidup ngan laki tu dia. Aku tidak terkesan apa-apa.

Sedih juga mengenangkan diri yang masih belum ada ikatan pertunangan walau tempoh bercinta lebih lama. Bila difikir semula, tak da bezanya. Kami mengayam cinta dari seawall 19 tahun. Berbanding orang lain yang baru setahun dua.
Aku cerita ngan adik. Jawapan adik-adik aku mudah.
Ema: ‘rilex along. Awak kan ada plan sendiri. Ikut je plan tu. buat apa nak tukar plan semata-mata nak ikut orang’
Ain:'along, tak bertunang tak bermaksud tak da orang nak. Tak kawin tak bermakna awak tak bahagia. Belum tentu kawan awak yang dah kawin tu bahagia’

Yah. Betul tu. ada hikmah Allah buat semua ni. kenapa aku lambat berjodoh. Aku rasa-rasa, mana mungkin aku dapat bermalas-malas di hari minggu diatas katil sampai pukul 11 pagi jika aku sudah berlaki. J