Monday, March 8, 2010

air tangan itu penting

biasa dengar perempuan tak reti masak?

normal kan. aku pun bukan reti sangat. setakat ayam masak cili padi, udang masak lemak dengan tomato, ayam masak merah, ayamm amsak kicap, tomyam campur, kek choc, puding caramel (eh, banyak siot aku pandai masak), boleh la nak besarkan badan ni.. tu pun bila aku masak untuk en keksaih, macam-macam plak komen nyer. ceh.


biasa dengar lelaki tak kisah aweknya tak reti masak?

biasa juga.

ayatnya macam ni.

'saya tak kisah si polan tak reti masak. nanti awal-awal kawin saya masak la. pastu saya ajar la dia sikit-sikit'

huh? nak masak untuk bini kamu? nak ajar pulak?

dey, kalau dah pompuan tu tak reti masak jer, aku tak heran la. aku pun belajar2 sendiri. atleast kenal la bahan -bahan asas. tumis menumis asas. kaalu dha jenis yang nak goreng telur oun wonder kena pakai minyak ke tak, parah beb.

bukan nak menyibuk atau tidak percaya dengan 'niat murni' bakal suami tu tadi. tapi, sampai bila kamu akan bertahan dengan bini yang tak reti apa pun di dapur? waktu tengah hangat bercinta, boleh la kamu janji sebegitu. bila dah balik kerja penat-penat, mengaharapkan ada lauk di dapur, tapi bila bukak je tudung saji, hapa pun tak dak, lama-lama biikin hangat gak kan?

even si kekasih ku pernah cakap macam ni, kalau tak pandai belajar la. makanan itu yang akan ikat i nanti. makanan u tak sedap i balik umah mama. atau i cari lain.

nampak bergurau, tapi itulah hakikat nya.

so, bakal pengatin yang dah tak sabar nak kawin, sila-sila la lengkaakan diri ya. jangan nanti mak mentua pun terkejut tengok air tangan korang. huhhuhu...

No comments: