Wednesday, March 17, 2010

mudahkan urusan perkahwinan?

mudah kah untuk bernikah dan berkahwin?

aku tengok sekarang macam terlalu mudah.

bercinta dengan A sangat lama. fed up. clash. ada orang nak. terima.

risik. bertunang. next month, nikah. kawin. sanding. sah suami isteri.

wah! senangnya. kalaulah semua manusia dipermudahkan sebegitu rupa untuk membina masjid, kan senang.


ini tak. bercinta 4 tahun. mak ayah suka. dah plan nak kawin. putus tengah jalan. berkawan plak dengan lain, mak ayah tak suka. kerja tak bagus. umur muda. bawak kereta tak setaraf anak perempuan mak ayah. gaji kurang dari anak perempuan mak ayah. adoi.


ini tak. bercinta bagai dekat sepuluh tahun. masih sabar menanti dipinang. tahun demi tahun. tak sedar umur menganjak ke angka 30.

apa ada pada umur? ye. betul. tapi bila umur meningkat, secara automatik, metabolisme badan turun=gemuk sangat senang=moody memanjang sebab gemuk. haih

pikir-pikir, kaalu takder orang nak, ambik anak angkat je boleh? kalau kawin pun, kalau laki tak guna, menyusahkan, menghabiskan duit tak guna juga. banyak sudah kes-kes laki tak guna. adoila. bukan seksis. tapi sekarang sangat sukar jumpa lelaki yangbaik. bukan memilih. tapi ye, kita kena memilih. aku tak mahu dek kerana desperado sangat nak kawin sampai main rembat sesapa sahaja. entah hormat ornag tua atu tak. entah hormat adik-adik aku ke tak. entah hormat pendirian aku ke tak. alim mungkin alim kucing. belakang kita ntah apa yang dia pernah buat. ewww! scary. lagi scary bila jumpa lelaki psiko atau gila seks. oh tidak!

No comments: