Saturday, May 1, 2010

jodoh dan maut

Hai hidup. Hidup macam roda. Betul? Sekejap kita dibawah, kena gelek, sejak kita diatas, diagungkan. Hidup lagi best kalau sudah berkeluarga, bersuami. Betul? Maybe yes. Maybe no. tak semua yang berkeluarga gembira.


Kahwin satu perjudian? Sesetngah cakap, ya. Sebab tak tau apa nasib selepas kahwin nanti. Dapat suami jahat ke. Dapat isteri pemalas ke. Bagi aku, lelaki tak perlu risau (kot). Kalau hati tak suka, kamu boleh ceraikan. Perempuan? Untung dapat suami ringan tulang dan memahami. Tak untung? Sakit jiwa dapat suami baran dan cemburu buta. Sakitnya jiwa tahu peranga sebenar hanya selepas kawin. Walau kenal 10 tahun pun, mesti totally berlainan bila sudah hidup sekatil sebantal. Amsa tula, banyak sungguh perangai yang tersembunyi, tersorok keluar mencanak-canak. Hai.


Jodoh dan ajal ditangan Tuhan. Ditangan Allah. Walau sudah berusaha untuk kahwin dengan si dia, bergolok bergadai, tapi bila Allah kata, bukan jodohmu, done. Walau si ibu siang malam berdoa anak kahwin cepat, tapi bila Allah dah decide, bukan masanya lagi anakmu itu berkahwin, done. Doa ibu mujarab. insyaAllah mak, apa yang mak doakan itu akan termakbul bila sudah sampai masanya. Oh, kalaulah boleh ku khabarkan sebegitu rupa pada bonda tercinta. Siapa tak mahu bersuami dengan insane yang kita sayang. Saya mahu. Siapa yang tak mahu fulfill hasrat bonda dan juga nenda, lagi-lagi bila kedudukan saya sebagai cucu sulung.. mohon Allah perkenankan hasrat bonda..

No comments: