Saturday, May 22, 2010

memenuhi jemputan, tak harap balasan pun

musim cuti sekolah bakal bermula lagi. macam biasa, musim kahwin akan tetap bermula juga la.. kad undangan kawin jangan cakapla bertimbun kat umah tu. cuma nak pergi atau tak je. hehe.

sebab banyak sangat yang luar KL. Luar KL= keluar banyak duit. hahaha.

ada juga kawan yang aku tolong siapkan barang goodie nya.

ada gak orang bertanya, ko rasa kawan yang ko tolong tu akan datang ke time ko bertunang atau kawin nanti?

aku jawab, tak rasa dia akan datang. sebab tak rasa dia akan keluar dari KL.

bukan nak merajuk atau menyindir, tapi biar on fact la. tak mengharap pun kengkawan yang aku tolong dan datang time kahwin akan datang juga ke majlis aku. its ok. aku tak kisah pun. bagi aku, cukupla hari bahagia aku wajib ada adik-adik aku dan keluarga aku. itu yang terbaik. dan sudah cukup. tukang bagi goodie, cousin aku ramai. kami kamceng. tak perlu risau. tak perlu susah panggil kawan aku ke jerantut tolong aku buat persiapan.

cuma yang aku (dan kawan lain) agak sedih bila mak nya cakap, ala kalau dah ada anak, takkan la datang jauh-jauh. suka hatila makcik. anak ko, cucu ko. tak heran pun.

bagi aku, bila dah kahwin ni, masing-masing akan bagi full attention pada keluarga. jadi, mestilah tidak akan kesah pada kengkawan yang belum berkahwin dan akan kahwin nanti. thats fact. sedangkan tengah bercinta pun dah tak hirau kawan. adalah aku jumpa seorang dua. yang masih utuh mengekalkan friendship biarpun dah berkahwin. congrats! keep your friendship grows.

No comments: