Tuesday, May 10, 2011

Tema

saya pilih tema biru firus untuk majlis bertunang. kagum dengan mimpi mak. memang menjadi nyata. cuma, mak kata dia mimpi saya pilih biru dan pink. tapi saya cuma nak biru dan putih. sebab saya tak rasa lawa dalam pink biru. ye, saya mahu langsir biru. cadar biru. bunga hiasan biru yang comel ala-ala bola di bilik dan di rumah nanti. baju saya sudah usha kat blogspot, tapi mahal sangat la. mungkin sebab sangat lawa, sampai rm200. kalau pergi je jengah kedai kat masjid jamek, boleh dapat lagi kurang tak? pengalaman membeli di internet ni tak berapa baik la. kadang-kadang harga di luar jauh lagi murah berbanding di internet. konon internet murah sebab tidak memerlukan bayar sewa kedai, hampeh semata-mata. beli baju biarlah boleh dipegang dan di cuba. mana tau, boleh dapat kurang lagi.



hantaran juga silver dan biru. untuk lelaki ambil biru gelap. hehe. tak jauh sangat larinya. atau warna pink. termakbul pulak doa mak biru pink.



dan tolonglah hanya 5 berbalas 7. janganlah lebih dari itu. pengsan pula kat kami nak bagi extra lagi dua secara tetiba. isk.

Wednesday, May 4, 2011

mohon permudahkan

hati agak berlibang libu sekarang.. mahu segerakan, masalah kesihatan orang tua juga perlu diutamakan.



mahu di tangguhkan, hati orang tua yang lagi satu perlu juga dijaga. diminta buat sebelum adinda mendahui. risau di kata dek orang. tak manis dihulur cincin untuk kekanda.



aduhai adat.



perkara yang harus diutamakan, di ketepikan.



perkara yang kecil, remeh, di utamakan.



tuhan.



tolong lah permudahkan segalanya.