Saturday, June 18, 2011

Budget

Persiapan untuk Majlis Pertunangan sudah di buat beransur-ansur.


budget?






  • Cincin - risik dan tunang = RM600



  • Makan - masak sendiri, nasi tomato = RM300



  • Hantaran - 5 balas 7 , buat sendiri = RM1000



  • Goodie - bunga rampai & Muffin, buat sendiri = RM200



  • Pelamin, gambar & make up- ex pakcik (hehe~) =RM1000



  • Baju tunang - beli kat Masjid Jamek je, sebab tak nak sarat macam baju orang kahwin tu = RM150

Total = dekat RM3500 juga lah kami bakal habis. isk. nampak sikit je kan. tapi bila total, alahai duit senangnya mengalir..


tapi bila beli sikit-sikit dan buat sendiri, tak lah rasa sangat sedebuk duit tu keluar.



moga semuanya di permudahkan.

Risik: coming soon

Mak freaking out right now. haha.


Majlis Risik jadi buat bulan Julai, insya Allah. sepatutnya hanya lah melibatkan parents je. tapi, since keluarganya unik, akan jadi tiga buah kereta. wah. satu kereta untuk ayah dan kawannya. satu lagi untuk mak, atuk dan nenek. dan yang ketiga, mak su dan maklong dan mungkin cousins yang nak ikut. meriah lah gamaknya.


bagitau mak tadi, mak siap tanya, ni nak buat majlis apa ni Long? haha. kenalah bertungkus lumus membantu mak di dapur nanti.


baju yang beli dari Korea sudah di hantar buat baju. nasib baik Tailor sanggup awalkan seminggu dari tarikh yang agreed. bolehlah pakai time merisik nanti. tak adalah kena pakai baju pergi kerja kan.


semoga mudah semuanya. amin.

Friday, June 17, 2011

satu anak tangga lagi

alhamdullilah. semua sudah sihat, dan minta di permudahkan sampai majlis kami nanti.

keluarganya sudah berkumpul.
berbincang tentang hal kami.
aduhai, hati risau sangat.
alih-alih ahad esoknya ayah dan dia datang bertandang untuk berkenalan.

wah mak dan engku cuak. serious, saya pun sama.
pertama kali nak datang tengok rumah, kelam kabut kitorang mengemas rumah. :)

hari ahad, 12 June mereka datang. makan tengahari, mak masak ikan patin. kegemaran dia.

dari perbualan, keluarga decide nak tunangkan kami selepas raya, 16 September Insya Allah.

awal bulan 7 ni, mak nya akan datang pula. insya Allah, membawa sekali cincin risik. atau mungkin cincin risik sekali dengan time bertunang.

mohon semuanya dipermudahkan. amin.