Friday, June 17, 2011

satu anak tangga lagi

alhamdullilah. semua sudah sihat, dan minta di permudahkan sampai majlis kami nanti.

keluarganya sudah berkumpul.
berbincang tentang hal kami.
aduhai, hati risau sangat.
alih-alih ahad esoknya ayah dan dia datang bertandang untuk berkenalan.

wah mak dan engku cuak. serious, saya pun sama.
pertama kali nak datang tengok rumah, kelam kabut kitorang mengemas rumah. :)

hari ahad, 12 June mereka datang. makan tengahari, mak masak ikan patin. kegemaran dia.

dari perbualan, keluarga decide nak tunangkan kami selepas raya, 16 September Insya Allah.

awal bulan 7 ni, mak nya akan datang pula. insya Allah, membawa sekali cincin risik. atau mungkin cincin risik sekali dengan time bertunang.

mohon semuanya dipermudahkan. amin.

No comments: