Saturday, July 30, 2011

Perihal Bunga Tangan

Angan hati mahu bunga pegang guna fresh flower, warna biru. Mana nak cari bunga color biru, Norhanis oii? Serius susah nak cari, sebeanrnya. Even untuk cari yang plastic color biru yang sedap mata memandang pun susah.




Jadi, pikir mahu pikir, sampai saya potong rambut sendiri, oh disaster sungguh, abaikan. Saya mahu beli bunga fake sahaja. Tapi yang not so fake la, oh apakah ayat ni?




Mahu bunga macam ni. Sebab mahu pegang macam tu juga. Rasa lovely sangat. Aww~~~




Beli bunga kat KK HOME DECo, Nilai~oh, dalam mahal nya Nilai, sempat lagi menapak ke Nilai hari ni. Teman adik beli barangnya lagi. saya beli bunga LILY yan gsangat fresh dan cantik. Mahu buat bunga tangan sendiri. Ops, harga 5 kuntum, satu tangkai adalah RM9.90, tapi pakai kad member, terus dapat RM6.++! jadi, beli 3 tangkai, dapat RM20. seronok!




Habis DIY la kononnya. Entah macam mana akan jadinya. Hasilnya?




Aww~ jari saya tercucuk dawai. Kena dalam kuku rasanya. Darah menyembur, menakutkan. Sakit~~ isk. Bahana DIY, ces.









Tapi dah siap! Yeay! Rupanya, ala-ala macam ni kot~~ tahniah, atas DIY pertama anda.

Thursday, July 28, 2011

Off topic - lirik lirih

off topic kejap.



sebut tentang cincin, suka dengan MV lagu Park Bom - Dont Cry.







liriknya lirih dan ikhlas. tentang melepaskan kekasih yang sudah meninggal dunia. dia reda. andai itu yang terbaik untuk sang kekasih. dia pasti mereka akan berjumpa lagi.


suka part sang perempuan dan lelaki tunjukkan cincin masing. menunjukkan, i'm still wearing the ring. sedih.

Tuesday, July 26, 2011

Perihal Pelamin Tunang

Bila cerita kat kawan opis yang tak lagi menjadi kawan opis sebab dia dah pindah opis (huh, berbelit-belit la, norhanis) yang saya bertunang ada pelamin. ni reaksi dia? what? siap pelamin? awak suh la bakal tunang awak datang pakai baju melayu sekali boleh bersanding terus! --> hampeh kamu.




eh, skang trend semua dah ada pelamin la. isk. memula memang tak mahu ada pelamin, sebab rasa eh, over pulak nak bertunang siap ada pelamin macam orang nak nikah terus. haha. tapi mengenangkan, i bertunang lama tau, setahun. jadi, angan-angan nak nikah duk bersanding atas pelamin lagi setahun. jadi, kena realisasikan dulu masa bertunang. sorang pun sorang la. dapat gak menglamerkan diri. huhu. jadi kena la ambik pelamin yang tak la grand dan amat sederhana--> budget pelamin sebenarnya.




ok, biasanya orang bertunang tidak la duduk atas kerusi kan? biasanya, ok. biasanya si petunang (eh, ada ke perkataan ni) duk bersimpuh ayu kan. tapi saya tak mahu duk bersimpuh ayu atas pelamin. sya nak duduk atas kerusi. sebab terasa kalau saya duk bersimpuh, nanti kaki kebas. bila kaki dah semut-semut, ouch, nanti muka menggerenyet. isk. buruk. tambah lagi, untuk saya yang tak berapa nak ada perut kempis ala Hanis Zulaika atau Fatin Liyana yang comel tu, saya risau nanti kelemakan saya ternampak walau dah pakai girdle. huhu. risau ni. risau. walau dah ber sit up, dapatla surut sikit je. adeih. benci plak. takkan nak buat sit up 600 sehari macam Yuri SNSD kot.








oleh itu, kenalah duduk atas kerusi, agar sopan dan nampak slim. eceh ceh. plus, senang sikit FMIL nak duduk sebelah sarung cincin~~senyum gatal. hahaha...








pelamin saya mendapat tajaan berbayar dari Butik Ratu Sehari, Jerantut. klik la untuk ke FB empunya butik. actually, tuan punya butik lelaki, ok. sian plak tengok ada yang ber 'sis' dan ber 'kakak' ngan owner nya. empunya butik tu bekas pakcik saya. pelamin nya cantik-cantik dan affordable. saya ambil pelamin bertunang yang macam di bawah. tapi tema biru. saya pun tak sure kat mana yang akan dibirukan nanti. saya minta bunga pun tukar biru. dan juga kertas panel kat belakang. ok lah tu. minimal biru. sebab saya akan berbaju biru. kang hilang pula si petunang di sebalik pelamin sendiri. hehe.








ok tak?

Sunday, July 24, 2011

Perihal Baju Tunang






Mak ada tanya, kenapa tak nak pakai baju warna putih masa bertunang?




Jawapan saya, along nak reserve warna putih untuk majlis nikah. walau sekarang semua dah trend pakai bermacam color time nikah, kuning (err. adik saya pilih kuning diraja untuk nikah dia, huhu), pink atau purple light, tapi saya nak sangat warna putih tu.




sebab?








err.. pernah tak tengok cerita omputih, yang pakai baju wedding mak diorang sebab rasa terharu sangat dengan baju tersebut dan nak menghargai mak diorang?








ok, saya tak la sampai nak pakai baju mak. sebab mestilah sangat tak muatnya. bukan sebab saya kecik dari mak, oh no, tidak, ok. mak saya sangatlah kecik orangnya berbanding kami. slim dan cantik time mudanya. berbanding kami adik beradik yang berbagai bentuk epal, pear dan buah naga ni. isk. jadi, baju mak mestilah sangat tak muat, ops, dah terulang cakap. plus, baju mak seksi sikit, ala-ala off shoulder.. (eh, alasan jek tu, padahal sah-sah tak muat).










mak pakai baju nikah warna putih. sangat pure dan sangat cantik. jadi, saya mahu PUTIH untuk nikah!








oh, norhanis memang jiwang dan touching, bak kata Ema, adik sarangae..





dah lah tipu en. Bakal Tunang. haha. janji dalam phone nak cari color silver. alih-alih warna putih. ala yang, bukan putih sangat untuk U. ada kemilau silver. apa kah?? haha. pastu gabra sendiri bila FMIL nak tengok baju nikah yang dibeli, padan muka. huhu.





mulanya, dulu teringin nak buat color pink untuk majlis bertunang. tergambar-gambar di fikiran theme pink ni. almaklumlah, i'm not so into pink. so, bila pakai pink, mesti jadi gadis comel dan ayu. huh! gedik, norhanis!








tapi biru turqoise cantik juga. ni gara-gara mak mimpi la ni. mak mimpi biru+pink. no, no, no, mak. majlsi bertunang tak boleh buat dwi color. sangat over. dwi color time kahwin, ye bonda sayang? eh, time kahwin nak pakai satu color jugak boleh tak?--> jauh lagi..





baju tunang saya memang dah decide dari awal tak nak pakai yang kat butik. sebab macam sangat orang yang nak kahwin, over! dengan labuci sarat. oh, tidak! saya tak mahu nanti orang salah sangka majlis tunang itu adalah majlis kahwin, keh keh keh. plus, dari menyewa rm200, boleh beli baju hak milik sendiri, buat pergi dinner, gorjes i nanti. ntah bila masa na pegi dinner ntah..





jadi, saya plan nak beli online. mak aii. dekat 200. tapi pikir balik, beli online tak boleh rasa, test dna tukar, kot tipu, terbanglah 200 tu melayang meninggalkan daku yang nak bertunang ni. terus jalan pi masjid jamek. nampak la kakak-kakak tu tengah menyidai (err.. menyangkut) baju biru turquise cantik dan simple. sejibik yang dalam online tu. rm179 dik, akak bagi rm150 la. pergh. ok kak, saya nak size 40. dan, dan tukar size. biasa pakai sizee 42 sebab lebih suka baju loose. tapi err, nak tunang kenalah nampak curve sikit, (astagfirullah, norhanis..) ambiklah size 40. nasib tak ambik size 38. hahaha. eh, mana tau bila puasa terus boleh pakai size 36.. cun i tau.. huhu.
sneak peak--> kawan-kwan yang nak datang, jangan beli baju ni tau.. nanti sama ngan orang yang bertunang, mana i nak cari baju baru, terpaksalah i bagi u baju kurung i.. hahaha





jadi, baju tunang settle. beli tudung sekali. tapi sebenarnya tudung agak tidak puas hati sebab tersangat la masuknya dengan baju.. eh, bukan baju dan tudung kena cocok colornya? tapi sangat masuk. nanti tenggelam, kot? takpe, nanti nak cari lagi. mahu tudung Ekin bukan Ariani mahal, boleh? tapi adik-adik cakap saya namapk tua pakai tudung tu. tapi orang opis kata, tak lah. cantik je, berseri pakai tudung Ekin bukan ariani mahal tu.. tapi nak cari size s, boleh bagi nampak manik dan bunga-bungaan kat leher tu, (sekali lagi astagfirullah norhanis, isk).. err. syaitan pun berbisik, tak pela anis, nanti nikah pakai la tudung labuh sikit, opss. isk.





Sunday, July 17, 2011

Nilai ~ hunting

Hari Sabtu berjalan hampir satu hari di Nilai.



buat langsir untuk bilik bertunang.



buat langsir untuk bilik adik yang akan berkahwin dulu bulan 12 ni.



buat langsir untuk hall rumah, juga khas untuk adik yang akan berkahwin dulu bulan 12 ni.



huhu.



langsir bertunang, simple je, bunga vantage biru, siap dalam 2 jam RM170.



langsir hall dan bilik adik yang nak kahwin tu yang RM1670. pheww. berpeluh ketiak.







kemudian ke Nilai 3, teman adik tu mencari barang kahwin nya.



sungguh, mahal jugak kat Nilai 3 ni. banyak yang lagi murah kalau beli kat Eddiegifts tu.







nasihat saya, pastikan tahu apa nak dibeli, baru datang Nilai. bandingkan harga, baru beli, kalau berbaloi. kalau tidak, cubalah beli online. lagiiiiiiii murah.

Review: Cincin risik

Jujurnya, saya masih janggal ada cincin di jari manis kanan atau kiri saya. Err. Mama En. Bakal Tunang sarung di jari manis kanan. Tapi saya tak selesa sebab kena buka time makan. Jadi saya letak di sebelah kiri. Senang sikit.




Janggal bercincin emas ni. Pertama kali dapat cincin emas. Cincin risik ni cincin belah rotan. Kata Uwan yang menelek dan membelek, kukuh cincinnya walau belah rotan sahaja. Baguslah maknanya tu. Moga hubungan kami kukuh juga.




Rekaan nya simple. Saya yang mahu simple agar tiada orang perasan kehadirannya yang bling bling. Tapi saya tahu, ada mata yang memandang, Cuma tak berani menegur. Almaklumlah, saya dari mentah umur 23 tahun masuk kerja, sampai dah nak kahwin, mestilah mereka tertanya-tanya.




Cincin ni kat belah kanan macam muat-muat. Tapi belah kiri longgar sikit. Lagi-lagi bila kat Office yang sejuk, lagilah senang melorot. Hehe. Banyak saya kena belajar bila pakai cincin. Pertamanya, saya kena longgarkan bila nak ambil wuduk. Risau airnya tak mencelah. Kadang-kadang saya letak atas para tempat wuduk. Risau juga tertinggal. Walau belah rotan sahaja, itulah cincin tanda permulaan hubungan yang formal kami.




Semoga ia nya kekal dijari sampai bila-bila. Amin.

Wednesday, July 13, 2011

safely arrived

Okey. Hari tu ada cerita pasal EddieGifts tenga buat promotions dan diskaun. Jadi, tak mahu menyesal kemudian hari, terus Tanya sebut harga dan availability barang pada 30 Jun. 1 July dan 2 July Jalan satu Masjid Jamek, survey harga. Barang yang sama, kat Mydin harganya RM7.00. pheww.



Terus pergi Maybank dan bayar.



Potpourri RM0.80 x 100 = RM80.



Paper Beg (10 pcs) RM3.00 x10 = RM30



Courier charge = RM10



Total = RM120.



Hari Ahad EddiGift pos sebab Padang Besar dah kerja hari Ahad. Hari Selasa, 5 July yang hening, barang pun sampai kat Office.



LoveFlip Bag – Blue Turquoise





Potpourri – Silver.





Tuesday, July 12, 2011

Majlis Risik

Besar kesyukuran yang kami panjatkan seusai Majlis Risik, pada 9 Julai 2011. Walau ada cabarannya, tersekat dari Kuala Lumpur sejak pukul 9 pagi, tiba di Jerantut pukul 2 petang, dek kerna BERSIH yang menyusahkan. Namun, semua sempurna. Lega sangat-sangat.







Sebenarnya, dari awal juga kami diduga untuk majlis risik ni. Bayangkan, kerana pertaruhkan adat, kami berdua berperang dingin dari hari Selasa sehingga menjelang majlis. Memang haru. Memang sedih. Tapi, akhirnya, semua selesai dengan mudah. Syukur Allah mudahkan segalanya bagi kami.




Rumah yang di kemas mengalahkan nak hari raya. Okey, ini kali pertama rumah ni nak menyambut bakal besan, bakal menantu dan all the ‘bakal’.. saya anak sulung, dan debaran nya terasa. Gemuruh dan gelabah semua orang.






Makanan untuk hari risik tersebut. Kami berdua suka makan Gulai Tempoyak Ikan Patin a.k.a Gulai Masam Patin, kata orang Jerantut. Jadi itulah menu Utama. Seperiuk mak masak. Dua ekor ikan patin besar. Dekat RM30 habis. Sambal udang. Sayur campur dan ayam goreng. Mak order kek coklat dan buat kuih buah Melaka. Meriah, ok. Macam nak kenduri.






Mak prepare Kek Coklat cantik untuk buat balasan orang hantar cincin. Namun, pihak lelaki siap hantar Kek Lapis Sarawak, Muffin 3 perasa, dan Buah siap bergubahan. Adoi. Nasib baik En. Kekasih dah bagitau siap-siap supaya tak gelabah. Saya memang gelabah. Pepagi hari Sabtu tu, bergegas cari Coklat dan buah dan bakul. Plan nak bagi juga gulai ipakn patin tu. Yalah, itukan specialize kami orang Jerantut.


Memandangkan semua dah penat dengan perjalanan yang jauh dan lama, mereka makan tengahari dulu. Gelabah nak hiding makanan, nak bukak wrapper. Lepas tu, mama En.Kekasih ajak makan sekali. Aduhai. Bersimpuh la makan depan diorang. Nak makan pun, terlekat kat anak tekak. Nasib baik la, ada masalah teknikal, terus angkat pinggan ke dapur, cari cawan ekstra untuk tetamu. Phew.




Lepas makan, angkat semua pinggan. Walau berat pinggan Vantage mak tu, gagahkan juga angkat ke dapur.




Bila sahaja upacara risik nak bermula, En.Kekasih pun keluar meminta diri duduk diluar dengan abangnya. Saya pun kena duduk diam-diam dalam bilik. Siap buat air baru kat dapur. Baru nak kacau air gula, aicik panggil untuk sarung cincin. Ces, muka dah serabut ni. Mana sempat nak tengok cermin dah.







Saya sangat pemalu ketika disarungkan cincin. Sungguh! Mak En. Kekasih pun gugup nak sarung cincin belah mana.























Jadi, tarikhnya 18 September 2011. Dulang hantaran, kami tentukan sendiri. 7 berbalas 9. Tiada adat menerima duit belanja di hari bertunang. Lega~







Oh, sekarang kena panggil En. Bakal Tunang. J







ALHAMDULILLAH. Terima kasih Ya Allah.




Sunday, July 10, 2011

Apa guna adat di pegang andai menyusahkan

Serius, bukan mahu meng kondem adat negeri sendiri. Atau adat melayu. Cuma, setiap adat pasti ada significant ata tahap relevan nya. Yang penting urusan agama di pentingkan kan?



Adat orang Pahang, saya baru tahu. Masa bertunang, orang lelaki kena letak duit. Amaun, ikut tempat. Macam Raub dan Kuala Lipis, setengah dari hantaran. Jerantut pula, minimum RM1k. terfikir, buat apa duit ni? terasa macam down payment kereta. Thus, terasa diri ni, kereta ke? kalau dikata duit belanja, boleh sahaja diberi selepas masjlis bertunang, dalam tempoh bertunang, sebelum majlis nikah kan?



Kalau tak bawak duit tu, tak boleh bertunang kah? Kalau tukang adat meminta, dan orang lelaki tak membawa, memang memberi impak kepada keluarga lelaki. Memalukan mereka. Andai dah kahwin nanti, jangan marahlah kalau anak perempuan sendiri dimalukan. Saya tak nak perkaru tu berlaku.



Benda ni berlaku juga kat saya. Saya persoalkan tentang adat ini. Serius. Memanglah kena marah. Dan member tekanan kepada kami. Bukan tak ada duit seribu tu, tapi meminta duit dikhalayak ramai, ia nya satu perkara yang tak munasabah. Seolah menyelongkar perihal kewangan kami di tengah-tengah majlis. Macam lah kami orang perempuan ni kemaruk sangat duit untuk buat belanja nikah kahwin.



Namun, kerana adat, turutkan juga. Serius, saya tak akan pakai adat ini di masa hadapan.

Sunday, July 3, 2011

Barang sikit sikit

hari ni berjsalan satu hari suntuk mencari brangan untuk bertunang. Bukanya apa, next week ada majlis risik. Minggu kemudian nya, takut pulak dengan adengan Bersih membersih yang bila-bila je boleh jadi kat Masjid Jamek tu. Kemudian nya, plan nak ke NIlai, dan mak pulak nak dating minggu seterusnya. Lepas tu dah bulan puasa. Dan raya.







Fikir-fikir mahu buat hantaran guna pinggan sahaja. Macam yang dalam ni. Tapi tema biru firus la.






Tapi dengar-dengar IKEA sangat mahal sampai RM15. Isk. Jadi, hari ni mahu rambu satu Masjid jamek mencari yang murah. Pergilah KK Home deco, jumpalah pinggan yang cantik dan murah. Phew. Budget rm10 sahaja. Dapat pula, RM5 dan RM4. Pheww. Cari bahan-bahan hiasan, rm1.90 sahaja. Memang comel dan murah.






Jimat budget rm100, jadi rm80 sahaja, siap dapat barang hiasan dan hadiah untuk emak lagi.








Oh, untuk goodie, mahu bagi muffin buatan sendiri. Sebenarnya, tak lah buatan sendiri 100%. Hehe. Mahu guna yang segera dari Bake with Yen sahaja. Mudah, tambah telur dan minyak sahaja. Siap. Beli muffin cup yang sangat comel sukee sangat. Lagi teruja sebab harganya masih tak berubah walau adh lama sangat tak beli barang kat sini.





Kemudian mahu cari alas dulang. Puas cari yang lawa yang taklah mahal mencekik darah. Last jumpa kat kedai barang kahwin sebelah Maybank, dekat Jakel. Rm7.50. phew. Lega. Under budget.





Mahu cari bunga untuk hiasan pinggan tapi tak ada bunga biru yang cantik. Last-last ambik bunga rossete biru turquoise kat kat Bunga Ribbon. Harganya RM4.80, mahu letak dalam 3 bunga satu dulang. Tapi, ambil 25 shaja. Mas abayar, orang kedai bagi rm4 sahaja. Phew. Lega lagi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.







Mahu beli goodie bag yang murah? Kat Eddie Gift tengah sarat buat promotions. Goodie bag yang kat Masjid Jamek harga Rm6.90, boleh dapat RM3 sahaja. Memang untung sangat-sangat. Saya dah order dan buat payment pun. Dari nak buat pot porri sendiri, terus beli yang dah siap je. Lagi jimat kos dari buat sendiri. Tapi barang-barang kedai ni memang murah lah. Jimat kos lagi, phew.







KK Home deco tengah sale sekarang. Untuk member memang dapat sale baik punya. Tak jadi member pun, sekarang hanya beli Porselin Duck harga RM29.90, boleh jadi member percuma dan terus dapat diskaun. Best!



Saturday, July 2, 2011

9th Anniversary

1 Julai 2002.



.



.



.



.



.



.



1 Julai 2011.



Sembilan tahun bersama.



Sembilan tahun menyulam kasih.



Sembilan tahun yang ada pasang surutnya.



Sembilan tahun yang membentuk diri pada hari ini.



Sembilan tahun yang membentuk hubungan yang matang.



Terima kasih untuk sembilan tahun ini.



Terima kasih keran sentiasa ada disisi; saat sedih dan ketawa.



Terima kasih kerana setia bersama mengharung hidup dengan saya.



Semoga tahun mendatang kita sentiasa begini. Tenang dan bahagia.



Sarangae