Sunday, July 10, 2011

Apa guna adat di pegang andai menyusahkan

Serius, bukan mahu meng kondem adat negeri sendiri. Atau adat melayu. Cuma, setiap adat pasti ada significant ata tahap relevan nya. Yang penting urusan agama di pentingkan kan?



Adat orang Pahang, saya baru tahu. Masa bertunang, orang lelaki kena letak duit. Amaun, ikut tempat. Macam Raub dan Kuala Lipis, setengah dari hantaran. Jerantut pula, minimum RM1k. terfikir, buat apa duit ni? terasa macam down payment kereta. Thus, terasa diri ni, kereta ke? kalau dikata duit belanja, boleh sahaja diberi selepas masjlis bertunang, dalam tempoh bertunang, sebelum majlis nikah kan?



Kalau tak bawak duit tu, tak boleh bertunang kah? Kalau tukang adat meminta, dan orang lelaki tak membawa, memang memberi impak kepada keluarga lelaki. Memalukan mereka. Andai dah kahwin nanti, jangan marahlah kalau anak perempuan sendiri dimalukan. Saya tak nak perkaru tu berlaku.



Benda ni berlaku juga kat saya. Saya persoalkan tentang adat ini. Serius. Memanglah kena marah. Dan member tekanan kepada kami. Bukan tak ada duit seribu tu, tapi meminta duit dikhalayak ramai, ia nya satu perkara yang tak munasabah. Seolah menyelongkar perihal kewangan kami di tengah-tengah majlis. Macam lah kami orang perempuan ni kemaruk sangat duit untuk buat belanja nikah kahwin.



Namun, kerana adat, turutkan juga. Serius, saya tak akan pakai adat ini di masa hadapan.

4 comments:

eeda chan said...

yes, tidak diakui adat melayu kadang-kala agak tak munasabah.. urusan yg mudah di'complicated'kan.. anis kene laa berbincang dgn keluarga secara baik dulu, sebelum berlangsungnya majlis, supaya takda bende2 adhoc atau kejutan yg berlaku.. namun, mereka yg lebih tua masih perlu dihormati..

btw, congrats.. semoga Allah permudahkan 'pembinaan masjid' awak.. :)

hanys said...

Tula emilda.. Tp dah bincng. Alhamdulillah sume ok. Pheww. Susah gak men2 ngan adat ni..

anaztasias nora aira said...

dear, u orang pahang ker? samala kita !!

hurm masa tunang dulu mmg tunang i kena bawa separuh.. sian dia... huummm itulah adat ni mana yg baik xperlah..yang susah abaikan aje. hurm

nora
http://norapurplebridez.blogspot.com

hanys said...

Kan? Kesian tau kdg2 dorang termangu2. Tp mak dh ok. Ckp tkder afat tu time tunang nnti. Phewww.