Sunday, July 3, 2011

Barang sikit sikit

hari ni berjsalan satu hari suntuk mencari brangan untuk bertunang. Bukanya apa, next week ada majlis risik. Minggu kemudian nya, takut pulak dengan adengan Bersih membersih yang bila-bila je boleh jadi kat Masjid Jamek tu. Kemudian nya, plan nak ke NIlai, dan mak pulak nak dating minggu seterusnya. Lepas tu dah bulan puasa. Dan raya.







Fikir-fikir mahu buat hantaran guna pinggan sahaja. Macam yang dalam ni. Tapi tema biru firus la.






Tapi dengar-dengar IKEA sangat mahal sampai RM15. Isk. Jadi, hari ni mahu rambu satu Masjid jamek mencari yang murah. Pergilah KK Home deco, jumpalah pinggan yang cantik dan murah. Phew. Budget rm10 sahaja. Dapat pula, RM5 dan RM4. Pheww. Cari bahan-bahan hiasan, rm1.90 sahaja. Memang comel dan murah.






Jimat budget rm100, jadi rm80 sahaja, siap dapat barang hiasan dan hadiah untuk emak lagi.








Oh, untuk goodie, mahu bagi muffin buatan sendiri. Sebenarnya, tak lah buatan sendiri 100%. Hehe. Mahu guna yang segera dari Bake with Yen sahaja. Mudah, tambah telur dan minyak sahaja. Siap. Beli muffin cup yang sangat comel sukee sangat. Lagi teruja sebab harganya masih tak berubah walau adh lama sangat tak beli barang kat sini.





Kemudian mahu cari alas dulang. Puas cari yang lawa yang taklah mahal mencekik darah. Last jumpa kat kedai barang kahwin sebelah Maybank, dekat Jakel. Rm7.50. phew. Lega. Under budget.





Mahu cari bunga untuk hiasan pinggan tapi tak ada bunga biru yang cantik. Last-last ambik bunga rossete biru turquoise kat kat Bunga Ribbon. Harganya RM4.80, mahu letak dalam 3 bunga satu dulang. Tapi, ambil 25 shaja. Mas abayar, orang kedai bagi rm4 sahaja. Phew. Lega lagi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.







Mahu beli goodie bag yang murah? Kat Eddie Gift tengah sarat buat promotions. Goodie bag yang kat Masjid Jamek harga Rm6.90, boleh dapat RM3 sahaja. Memang untung sangat-sangat. Saya dah order dan buat payment pun. Dari nak buat pot porri sendiri, terus beli yang dah siap je. Lagi jimat kos dari buat sendiri. Tapi barang-barang kedai ni memang murah lah. Jimat kos lagi, phew.







KK Home deco tengah sale sekarang. Untuk member memang dapat sale baik punya. Tak jadi member pun, sekarang hanya beli Porselin Duck harga RM29.90, boleh jadi member percuma dan terus dapat diskaun. Best!



1 comment:

Anonymous said...

Dah seminggu saya cuba cari bahan untuk assigment ...
last2 dapat kat blog nie... terima kasih di atas artikel yang amat bermanfaat kepada saya nie...

:)

Also visit my website ... Rahsia Suami Isteri Hebat