Sunday, July 24, 2011

Perihal Baju Tunang






Mak ada tanya, kenapa tak nak pakai baju warna putih masa bertunang?




Jawapan saya, along nak reserve warna putih untuk majlis nikah. walau sekarang semua dah trend pakai bermacam color time nikah, kuning (err. adik saya pilih kuning diraja untuk nikah dia, huhu), pink atau purple light, tapi saya nak sangat warna putih tu.




sebab?








err.. pernah tak tengok cerita omputih, yang pakai baju wedding mak diorang sebab rasa terharu sangat dengan baju tersebut dan nak menghargai mak diorang?








ok, saya tak la sampai nak pakai baju mak. sebab mestilah sangat tak muatnya. bukan sebab saya kecik dari mak, oh no, tidak, ok. mak saya sangatlah kecik orangnya berbanding kami. slim dan cantik time mudanya. berbanding kami adik beradik yang berbagai bentuk epal, pear dan buah naga ni. isk. jadi, baju mak mestilah sangat tak muat, ops, dah terulang cakap. plus, baju mak seksi sikit, ala-ala off shoulder.. (eh, alasan jek tu, padahal sah-sah tak muat).










mak pakai baju nikah warna putih. sangat pure dan sangat cantik. jadi, saya mahu PUTIH untuk nikah!








oh, norhanis memang jiwang dan touching, bak kata Ema, adik sarangae..





dah lah tipu en. Bakal Tunang. haha. janji dalam phone nak cari color silver. alih-alih warna putih. ala yang, bukan putih sangat untuk U. ada kemilau silver. apa kah?? haha. pastu gabra sendiri bila FMIL nak tengok baju nikah yang dibeli, padan muka. huhu.





mulanya, dulu teringin nak buat color pink untuk majlis bertunang. tergambar-gambar di fikiran theme pink ni. almaklumlah, i'm not so into pink. so, bila pakai pink, mesti jadi gadis comel dan ayu. huh! gedik, norhanis!








tapi biru turqoise cantik juga. ni gara-gara mak mimpi la ni. mak mimpi biru+pink. no, no, no, mak. majlsi bertunang tak boleh buat dwi color. sangat over. dwi color time kahwin, ye bonda sayang? eh, time kahwin nak pakai satu color jugak boleh tak?--> jauh lagi..





baju tunang saya memang dah decide dari awal tak nak pakai yang kat butik. sebab macam sangat orang yang nak kahwin, over! dengan labuci sarat. oh, tidak! saya tak mahu nanti orang salah sangka majlis tunang itu adalah majlis kahwin, keh keh keh. plus, dari menyewa rm200, boleh beli baju hak milik sendiri, buat pergi dinner, gorjes i nanti. ntah bila masa na pegi dinner ntah..





jadi, saya plan nak beli online. mak aii. dekat 200. tapi pikir balik, beli online tak boleh rasa, test dna tukar, kot tipu, terbanglah 200 tu melayang meninggalkan daku yang nak bertunang ni. terus jalan pi masjid jamek. nampak la kakak-kakak tu tengah menyidai (err.. menyangkut) baju biru turquise cantik dan simple. sejibik yang dalam online tu. rm179 dik, akak bagi rm150 la. pergh. ok kak, saya nak size 40. dan, dan tukar size. biasa pakai sizee 42 sebab lebih suka baju loose. tapi err, nak tunang kenalah nampak curve sikit, (astagfirullah, norhanis..) ambiklah size 40. nasib tak ambik size 38. hahaha. eh, mana tau bila puasa terus boleh pakai size 36.. cun i tau.. huhu.
sneak peak--> kawan-kwan yang nak datang, jangan beli baju ni tau.. nanti sama ngan orang yang bertunang, mana i nak cari baju baru, terpaksalah i bagi u baju kurung i.. hahaha





jadi, baju tunang settle. beli tudung sekali. tapi sebenarnya tudung agak tidak puas hati sebab tersangat la masuknya dengan baju.. eh, bukan baju dan tudung kena cocok colornya? tapi sangat masuk. nanti tenggelam, kot? takpe, nanti nak cari lagi. mahu tudung Ekin bukan Ariani mahal, boleh? tapi adik-adik cakap saya namapk tua pakai tudung tu. tapi orang opis kata, tak lah. cantik je, berseri pakai tudung Ekin bukan ariani mahal tu.. tapi nak cari size s, boleh bagi nampak manik dan bunga-bungaan kat leher tu, (sekali lagi astagfirullah norhanis, isk).. err. syaitan pun berbisik, tak pela anis, nanti nikah pakai la tudung labuh sikit, opss. isk.





No comments: