Sunday, July 17, 2011

Review: Cincin risik

Jujurnya, saya masih janggal ada cincin di jari manis kanan atau kiri saya. Err. Mama En. Bakal Tunang sarung di jari manis kanan. Tapi saya tak selesa sebab kena buka time makan. Jadi saya letak di sebelah kiri. Senang sikit.




Janggal bercincin emas ni. Pertama kali dapat cincin emas. Cincin risik ni cincin belah rotan. Kata Uwan yang menelek dan membelek, kukuh cincinnya walau belah rotan sahaja. Baguslah maknanya tu. Moga hubungan kami kukuh juga.




Rekaan nya simple. Saya yang mahu simple agar tiada orang perasan kehadirannya yang bling bling. Tapi saya tahu, ada mata yang memandang, Cuma tak berani menegur. Almaklumlah, saya dari mentah umur 23 tahun masuk kerja, sampai dah nak kahwin, mestilah mereka tertanya-tanya.




Cincin ni kat belah kanan macam muat-muat. Tapi belah kiri longgar sikit. Lagi-lagi bila kat Office yang sejuk, lagilah senang melorot. Hehe. Banyak saya kena belajar bila pakai cincin. Pertamanya, saya kena longgarkan bila nak ambil wuduk. Risau airnya tak mencelah. Kadang-kadang saya letak atas para tempat wuduk. Risau juga tertinggal. Walau belah rotan sahaja, itulah cincin tanda permulaan hubungan yang formal kami.




Semoga ia nya kekal dijari sampai bila-bila. Amin.

2 comments:

Miss Sunshine said...

cincin risik kita pun belah rotan je.. bukan 916 pulak tu.. dahlah beli time sale.. memang bajet, tapi berhaga kan... tanda permulaan cinta yang direstui secara sah oleh kedua belah keluarga.. ^_^

hanys said...

eh, tak pe.. cincin risik memang belah rotan je.. nasib dapat. haha. :) yang penting diberi oleh yang merestui kita. amin.