Tuesday, July 12, 2011

Majlis Risik

Besar kesyukuran yang kami panjatkan seusai Majlis Risik, pada 9 Julai 2011. Walau ada cabarannya, tersekat dari Kuala Lumpur sejak pukul 9 pagi, tiba di Jerantut pukul 2 petang, dek kerna BERSIH yang menyusahkan. Namun, semua sempurna. Lega sangat-sangat.







Sebenarnya, dari awal juga kami diduga untuk majlis risik ni. Bayangkan, kerana pertaruhkan adat, kami berdua berperang dingin dari hari Selasa sehingga menjelang majlis. Memang haru. Memang sedih. Tapi, akhirnya, semua selesai dengan mudah. Syukur Allah mudahkan segalanya bagi kami.




Rumah yang di kemas mengalahkan nak hari raya. Okey, ini kali pertama rumah ni nak menyambut bakal besan, bakal menantu dan all the ‘bakal’.. saya anak sulung, dan debaran nya terasa. Gemuruh dan gelabah semua orang.






Makanan untuk hari risik tersebut. Kami berdua suka makan Gulai Tempoyak Ikan Patin a.k.a Gulai Masam Patin, kata orang Jerantut. Jadi itulah menu Utama. Seperiuk mak masak. Dua ekor ikan patin besar. Dekat RM30 habis. Sambal udang. Sayur campur dan ayam goreng. Mak order kek coklat dan buat kuih buah Melaka. Meriah, ok. Macam nak kenduri.






Mak prepare Kek Coklat cantik untuk buat balasan orang hantar cincin. Namun, pihak lelaki siap hantar Kek Lapis Sarawak, Muffin 3 perasa, dan Buah siap bergubahan. Adoi. Nasib baik En. Kekasih dah bagitau siap-siap supaya tak gelabah. Saya memang gelabah. Pepagi hari Sabtu tu, bergegas cari Coklat dan buah dan bakul. Plan nak bagi juga gulai ipakn patin tu. Yalah, itukan specialize kami orang Jerantut.


Memandangkan semua dah penat dengan perjalanan yang jauh dan lama, mereka makan tengahari dulu. Gelabah nak hiding makanan, nak bukak wrapper. Lepas tu, mama En.Kekasih ajak makan sekali. Aduhai. Bersimpuh la makan depan diorang. Nak makan pun, terlekat kat anak tekak. Nasib baik la, ada masalah teknikal, terus angkat pinggan ke dapur, cari cawan ekstra untuk tetamu. Phew.




Lepas makan, angkat semua pinggan. Walau berat pinggan Vantage mak tu, gagahkan juga angkat ke dapur.




Bila sahaja upacara risik nak bermula, En.Kekasih pun keluar meminta diri duduk diluar dengan abangnya. Saya pun kena duduk diam-diam dalam bilik. Siap buat air baru kat dapur. Baru nak kacau air gula, aicik panggil untuk sarung cincin. Ces, muka dah serabut ni. Mana sempat nak tengok cermin dah.







Saya sangat pemalu ketika disarungkan cincin. Sungguh! Mak En. Kekasih pun gugup nak sarung cincin belah mana.























Jadi, tarikhnya 18 September 2011. Dulang hantaran, kami tentukan sendiri. 7 berbalas 9. Tiada adat menerima duit belanja di hari bertunang. Lega~







Oh, sekarang kena panggil En. Bakal Tunang. J







ALHAMDULILLAH. Terima kasih Ya Allah.




2 comments:

Our Diaries said...

wah dah jadi tunangan org. congrat dear....i dah linked ur blog.

hanys said...

haha.. tak la dear. baru di risik.. :) i dah tgk link u.. u link kan i punya main page. hehe. hanyslovett. tak per.. thanx sgt..:)