Friday, August 26, 2011

cerita cinta #9

ehem. nak sambung kisah budak bulat tu.




dia suka kacau saya. di KOOP , dewan selera. sumpah annoy!




last dia di Maktab, ada ddiner sebelum convo esoknya. class kami jadi organizer + waiters+ segala benda untuk malam dinner tu. memang happening.




bila saya nak basuh pinggan, kawan kelas datang kata si dia mahu bergambar. apa hal pulak budak bulat ni mahu gambar ngan aku, hiesh. okey, bergambar la. dia letak tangan atas bahu. eh, lebih-lebih pulak. saya alih. dia sengih. bila nak snap 1, 2 dan 3, terus die pegang bahu dan gamabr tercipta. malangnya, sampai sekarang saya tak pernah nampak gambar tu. katanya hilang bila dia pindah rumah. nasib baik. tapi malunya kalau FMIL pernah jumpa. isk.




esok, hari dia convo. lepas habis majlis boleh dia ajak saya bergambar sakan kat bilik darjah. tergamam budak junior tu amek gambar dia dengan pelbagai gaya tu. sabar je lah. dan malang juga, gambar tu saya tak pernah tengok pun :0




usai PMR, dia tak kembali lagi. dia tak nak. tapi dia ada suarakn nak jadikan saya adik angkat dia. siap tulis surat lagi. dengan ber selotape bagai dengan pena color pink striking. adeh. malu masa ambil surat kat opis. ces.




time raya dia ada pos duit raya. dalam masa beradik dan abang angkat ni, saya dah couple dengan 3 or empat orang, kot. sebab memang tak sangka kami akan berperasaan lebih.




sampailah masa saya kat UIA PJ, dengan berbagai masalah, dia banyak datang membantu. masih berstatus adik dan abang sebenarnya. cuma ada insiden yang buat kami tukar status. ^_^

Tuesday, August 23, 2011

Perihal Make Up

mari bercakap tentang make up. bertunang dengan ada pelamin, mestilah kena ada make up yang cantik juga kan? takkan ler nak make up sendiri. risau dengan make up sebenarnya. yala, saya ni pemakai kaca mata dari darjah empat. tapi tak la sampai 1000 power nya. both kanan dan kri 300. tak lah banyak. tapi, kalau nak dengar orang bercakap jelas dan fokus, kenalah pakai spek. kalau tak ,ke laut jugaklah butiran orang tu. tapi taklah samapi kena bawak spek masuk bilik air, kot takut tak nampak apa yang perlu nampak. haha. tak juga sampai kena pakai time tidur, takut tak nampak mimpi. haha. serius, ada kawan time sekolah pakai spek mata, reason: nanti bila mimpi tak nampak jelas. eh, betul juga. tapi saya nampak je mimpi jelas, mimpi Hyo yeon, siap peluk cium pipi lagi. ops, Hyo Yeon dari SNSD itu wanita cantik, ok.




macam pelamin semoga anganku tak musnah tu di taja secara berbayar dari Butik Ratu Sehari, Jerantut tanah tumpah air ketuban mak saya, make up pun bundle jugak la. takutnya lah kalau kalau hasil tak memuaskan hati. takuut sangat. kalau saya tak puas hati, nak buat macam mana? padam balik, tenyeh make up sendiri ke? boleh gitu? pastu pakai spek. wah, serupa macam nak pegi kerja je. beza, letak eye shadow color biru banyak-banyak sampai FMIL tekejut. ops.




please, semoga hasilnya tidak mengecewakan. kat bawah ni salah satu hasil make up. okey ke tak? honestly, kat Jerantut ni bukan senang nak cari make up sehandal yang kat KL. ada satu butik tu, memang semua mak-mak kata cantik. bila saya tengok gambar otw nak naik ke butik tu, ewww~ semua pakat letak bedak sama color. no shading. takder pun yg ikut tone color kulit pengantin tu. takut i~~ terus i lari pergi Butik Ratu Sehari.




berkenaan dengan hal mata dan spek. saya mahu cari lens yang boleh besarkan mata tu la.. okey tak? pakai coklat atau hazel? eceh, ceh.. over kau norhanis. pakai biru la, terus FMIL ragu-ragu nak sarung cincin tunang nanti. hah, padan muka.




Monday, August 22, 2011

Checklist: Majlis Pertunangan

1. MAKANAN
1.1 Menu makan - FINALIZE
1.2 Mak dan kawan-kawan masak
1.3 Beli barang - 16~17 September 2011

2. Hantaran
2.1 for Him
2.1.1 sireh - mak buat
2.1.2 cake - mak tempah, ain bayar, opss
2.1.3 chocolate - Ferero - belum beli
2.1.4 buah - beli kat umah
2.1.5 wallet & belt - done
2.1.6 skincare - done
2.1.7 kemeja - done
2.1.8 pot pori - erm~~
2.1.9 kain baju nikah + sampin - done
* buat hantaran kat rumah hari Jumaat, 16 sept, ok.

2.2 for Her + cincin tunang tak masuk dalam senarai kata FFIL
2.2.1 sireh - FMIL
2.2.2 cake - FMIL
2.2.3 chocolate - please, bukan ferero, i tak suka~~ cadburry, i likeee
2.2.4 kain baju nikah - done
2.2.5 Telekung sejadah
2.2.6 buah - FMIL
2.2.7 Tafsir/ Quran

3. Goodies
3.1 Bag goodie - done
3.2 pot porri - done
3,3 muffin- barang beli, done, buat? not done lorr

* buat muffin hari sabtu, 17 sept, masukkan waktu petang atau ahad pagi..

4. Canopy -sewa dari kawan mak - RM250~ alangkah best kalau ada penaja :)
5. Pelamin - butik Ratu sehari - done
6. Make up - butik Ratu sehari - done
7. OP - butik Ratu Sehari- done
8. baju tunang - done
9. veil - done
10. tudung - done
11. bunga pegang - fresh flower? fake? which one?
12. langsir bilik - done
13. kemas bilik - err time balik raya la
14. bagitahu saudara mara- tugas mak dan engku~~
15. bagitau kawan-kawan baik - done. datang? tak tahu~~

ada berapa hari lagi ye??

Saturday, August 20, 2011

cerita cinta #8

saya tak boleh nak kata en Bakal Tunang adalah jodoh exactly saya sebab saya tak tahu. Allah lagi tahu. kita tak tahu pun, dia yang akan kita nikahi adalah pasangan dunia dan akhirat kita. kita nak kahwin dengan dia, sebab kita nak kan? sebab instinct kita mahu kan nya. dan mudah- mudahan memang si dia adalah jodoh kita.



saya kenal en Bakal Tunang dah lama. sejak umur 13 tahun lagi. sejak saya masuk MRSM Muadzam Shah. dia senior setahun dari saya. badannya bulat. tembam. comel. nakal. sangat nakal. semua orang kenal dia yang nakal.



saya tak suka dia. suka kacau saya kat KOOP. suka masuk kelas saya sambil lari laju-laju lepas tu buat-buat terlanggar meja dan jatuh pengsan. bila semua orang dah panik, dan nak panggil warden sebab ada abang senior pengsan, barulah dia bangun dan tersengih keluar dari kelas. apakah??



macam mana saya boleh end up dengan budak tembam ni? nanti saya sambung ^_^

Thursday, August 18, 2011

27 tahun

18.08.1984

alhamdulillah dah cukup 27 tahun umur saya. dah lama bernafas di muka bumi ni. terima kasih Allah. terima kasih emak dan engku membesarkan Along selama ni.

lagi sebulan mahu menjadi tunangan orang.
moga dipermudahkan segalanya. Amen.

Tuesday, August 16, 2011

cerita cinta #7

En Bakal Tunang kemas-kemas rumah ayahnya, ehem, FFIL saya.. lepastu dia jumpa benda-benda comel ni. dia MMS ke saya.




" yang, ingat tak apa ni?"




honestly? saya lupa!




haha.




actually, ingat sikit-sikit. itu kad romatika saya bagi kepada dia. dan juga penanda buku Sagitarrius sebab dia berbintang Sagit. comel. dia masih simpan rapi. kata dia, banyak lagi dia nak tunjuk tapi tak ter MMS. hehe. sejarah cinta sungguh.




yang, i love you so much! mmmmmuah!

Sunday, August 14, 2011

Berbuka Puasa

semalam. pertama kali berbuka puasa dengan keluarga en. Bakal Tunang, his mom side. gelabah? sikit kot. sebab dah biasa datang sana. emak pun dah bising sebab kerap datang sana. bukanlah kerap pun sebab dah banyak kali tolak kot. tapi bila dah en. bakal tunang berkeras, nanti FMIL kecik hati, so, datang juga lah.


bersama diorang menyiapkan juadah berbuka. tak adalah tolong apa sangat pun. tolong tengok, tolong makan. hehe. makanan dah siap pukul 5.30. merasa makan Bubur Pedas Sarawak. Bubur Pedas Sarawak ni boleh dikatakan sama dengan Bubur Lambok la, kalau kat KL ni. semuanya sayur semata-mata, tiada nasi atau apa. cuma ada udang yang diipotong kecik. Okeylah, untuk first timer macam saya ni. eleh, makan kimchi seminggu boleh, takkan makan makanan Malaysia sendiri tak sanggup, kan? :)


well done, norhanis. penat juga melayan anak buah en. bakal tunang bercerita dan study untuk exam next week. budak zaman sekarang memang tanya soalan power-power ek? sampai tercekik juga nak mencari jawapan.


Friday, August 12, 2011

Hunting by him~

berbalik pada hal telekung yang di hunting oleh en Bakal Tunang. dia memang terer. hunting barang hantaran sendiri. kalau orang lain nak bawak juga si perempuan ni. tapi dia tak nak. dia nak cari sendiri. ah sudah. garbra juga bila ornag lelaki memilih telekung. entah macam mana la pilihan nya. tapi saya sudah pesan awal-awal. tak mahu kerawang yang heavy nanti segan nak pakai. yang simple. yang biasa sahaja. tapi tak tahulah macam mana biasa bagi dia.


bila ditanya, beli color apa. jawap dia putih. memanglah putih, en sayang oi. kerawang ada color ke. ada. jawap dia. warna warni. adoyai. dia kata, tunggu je lah bila dah dapat nanti.


antara Quran dan Tafsir, saya pilih tafsir sebab saya tak ada tafsir. Quran dah banyak hasil orang bagi balik Umrah dan Mekah. jadi dia pun hunting Tafsir. dah dapat, tanya pula nak yang ada Asbabul Nuzul tak? belum bagi jawapan, dia kata, u amek yang ada Asbabul Nuzul la ye. boleh baca banyak sikit. sebab ayat dna surah diturunkan. iyelah. bila tanya mahal ke. jawapnya, rahsia.


apa sahajalah en Bakal Tunang ni nak buat surprise. tapi sangat appreciate dia hunting barang sendiri:)

DIY: Alas dulang

Ukur alas dulang yang jarang tu. Gunting. hati-hati sebab kain nya satin lembut. senang terkoyak.




Siap! sebanyak 10 alas dulang. padahal nak pakai 9 je. tapi aapa salahnya, dari membazir kain. lepas ni, kena hantar jahit tepi la kat kedai jahit. janganlah tailor tu buat onar pi tekan ngan benang putih.








hasilnya?




TADAAA!!! okey tak?




sama tak dengan yang di angan-angankan?







Wednesday, August 10, 2011

Perihal alas Dulang





Ni namanya baki. Orang Jerantut panggil baki. Biasa juga dikenali sebagai dulang/ kaki dulang hantaran. Ada berbagai jenis, tembaga atau besi biasa. Ni saya ambil dari Uwan, nenek dari belah mak saya; orang kampong bharu, Jerantut. Ada Sembilan je. Kena cari lagi dua kalau Ain, si adik-kahwin-awal nak guna sebab dia kena balas sebelas. Alah. Kat Nilai, murah jugak lah. Dalam rm18 rasanya. Setakat beli dua, oklah kot. Nak beli sebelas, pheww, berpeluh nak keluar duit.





Baki ni kenalah ada alas dulangnya. Kata orang, alas dulang itu perlu. Menunjukkan adat dan adab orang Melayu yang sentiasa beralas dan berlapik cakapnya. Kalau barang hantaran digubah cantik, tapi tiada alas, kurang lah sikit. Tapi sekarang dah ramai yang tak pakai Baki. Ramai yang terus pakai bakul yang terus jadi kaki dulang tu. Yang tu, tak perlu pakai alas dulang la kan. Pelik pula rasanya.





Alas dulang, saya beli yang simple je. Simple pun rm7.50 juga satu tau. Kalau beli 9? Huh. Bankrap. Jadi, letak baki, inilah hasilnya.












Sungguh simple kan? Huhu. Tak cantik.









pura-pura letak pinggan hantaran pula. isk, tak lawa juga ni.









Jadi saya nak buat yang macam ni. Kasi umpph sikit. kasi SHINEE sikit. barulah GIRLS GENERATION~ aww





Jadi, mari metayau mencari kain biru yang saya harap harganya Cuma rm2 semeter. Dan, saya jumpa, namun harganya rm10.80 semeter. Hampeh. Beli jugak la. Dapat diskaun, jadi rm8.50 semeter. Ambik 3 meter memang cukup untuk buat 10 lapik dulang.











Next, DIY untuk alas dulang biru ku ye. Dan hasilnya.




Monday, August 8, 2011

Telekung hantaran saiz Syanie

Serius. Bukan nak mengutuk Syanie. Tapi en. Bakal Tunang sungguh buat lawak. Asalnya, telekung tidak ada dalam senarai hantaran ‘For Her’. Tapi dek kerana FFIL berhajat nak beri saya telekung dan Quran/ Tafsir dan sejadah, kenalah dia mencari.




Nak jadi cerita, dia tak reti nak beli telekung. Bagi dia telekung ni ada saiz S, M dan L. dia call tanya saya pakai saiz apa. Saya pelik la. Apa hal pulak telekung ada saiz ni. siap hold call, tanya kakak opis 'kak, kita punya telekung ada saiz ke selama ni?'




Saya kata, cakap je nak telekung untuk perempuan dewasa, sama je saiz nya. Dia kata, betul ke? Nanti dia bagi saiz syanie macam mana? Adeih, sayang. Kalau minta saiz besar, dia bagilah yang besar. Tapi bisa, saiz normal je. Semua permepuan boleh pakai saiz yang sama. Ajaib kan telekung ni?

Hantaran: Rencah + Remeh

macam yang saya pernah pukul canang dulu, saya nak buat hantaran tunang saya sesimple yang macam ni. Ini saya petik dari blog untuk hantaran kahwin tau. tapi saya ambil persona color biru. dan saya tak pakai la fresh flower. dan pinggan Ikea. hehe. nanti pinggan tu tak dapat jadi hak kami lagi. hehe lagi~ jahat.
ini pinggan dari KK Home Deco. kalau tak tengok harga, saya rasa pinggan ni harga RM12-RM15 sebab beratnya Ya Rabbi. tak macam pinggan harga err.. nak kena bagitau ke eh? RM7.90. hahaha. kan dah kantoi bukan RM15. murah je. budget RM10, tapi dapat murah, siap dapat diskaun. seronok!
ini hiasan pokok krismas, kata kakak opis saya. hehe. lantaklah, asalkan ada sedikit hiasan atas barang. kang mak bising suh tambah hiasan mengarut lain. phewww~~ tak mahu i.







oh, hantaran mahu tiru tu pakai fresh flower, i pakai Bunga Ribbon je lah. mahal tau sekuntum, RM4.80. huh. kalau letak dalam pinggan 3 kuntum, 9x3= 27 kuntumxrm5 =berapa? beratus tau.. isk, sayang duit i cari siang dan malam. nanti bukan pakai pun letak kat kepala. abih-abih buat hiasan. bila dah ada sawang, terus buang je. tak taulah kot en Bakal Tunang emosional terlebih letak dalam bilik untuk nikah pulak nanti~~ aww romatis nya u. huhu.





hasilnya? tunggulah lepas 18 sept 2011 nanti. malu plak nak letak gambar demo yang tak seberapa tu. kot gambar dari OP nanti nampak vogue dari kamera Galaxy S i ni..





Saturday, August 6, 2011

mahu kasi putih daa


lepas Majlis Risik hari tu, perasan tangan saya sangat hitam. eww~ adakah sebab cincin risik yang terover bersinar atau saya memang gelap? adus. dahlah tangan FMIL saya tu putih.
malu i~~~ jadi, untuk mengelakkan tangan saya tidak nampak sangat obivious hitamnya untuk majlis tunang nanti, saya mahu pakai losyen. losyen kasi putih. extra putih ok. biar tak nampak obvious sangat. huhu. mudah mudahan berkesan. puh.
yang paling kecik pun mahal, ok. RM9.90 Guardian jual. ces.

Thursday, August 4, 2011

Sederhana itu saya

lompat lompat ke blog majlis bertunang dan perkahwinan orang lain. berbagai gaya. mewah dan sederhana. berbagai pilihan.

gaya mewah? cantik sangat..

tapi saya nak majlis bertunang dan perkahwinan yang sederhana sahaja. yang sempurna, tapi sederhana. tidak berlebihan dan bermewahan. teringat kawan pernah cakap, perkahwinan bukan soalnya pada hari terebut, tapi kehidupan selepas majlis.

majlis saya nanti, biarlah semuanya sempurna dengan adanya semua ahli keluarga say, WAJIB! dan juga sahabat terhebat saya. janganlah kamu tak sihat bawak budak ye. saya nak sangat kamu ada.

hantaran saya tidaklah sehebat orang lain dengan jenama terkemuka sebab kami berdua tak pakai jenama mewah. apa yang selesa, kami pakai. yang penting kami serasi dengan jenama pilihan. design hantaran pun DIY sahaja. hantaran pertama untuk si dia, saya mahu buat sendiri. cantik atau tidak, terpulang pada selera masing-masing. sesungguhnya, saya tak nak berhabis untuk cantikkan dulang hantaran dengan bahan yang tak akan ada guna langsung lepas majlis. sayang duit saya kerja sungguh-sungguh. mahu simpan untuk gubahan yang cantik untuk BIG day nanti. ^_^

apa yang penting, majlis berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya oleh Allah. amen.

Wednesday, August 3, 2011

Perihal Official Photographer (OP)

mari bercakap hal Official Photographer pula. pergh. dah macam apa siap ada offical dan non official. non official tu adalah kamera sesaper yang nak ambik gambar saya yang belum tentu gojes tu. huh. tolonglah gojes nanti.




seperti mana pelamin dan make up yang ditaja secara berbayar oleh Butik Ratu Sehari, Jerantut, haruslah saya bundle kan semua. sebenarnya memang saya dah dari dulu (dari sebelum jadi ex uncle) saya dah memang confirm nak ambil Uncle Am (owner nya Butik ni) jadi photographer untuk bekahwin. awalnya, nak buat tunang tanpa pelamin dan jurugambar. tapi nak sangat glamer kan, memang ku cop awal-awal la uncle am ku ni. gambar dia sangat cantik. superb. banyak-banyak gamabr saya tengok unutk majlsi kahwin kat Jerantut, he's the best. sangat cantik. sangat kreatif. despite he's not so talkative.. but yes, he's good in this part. sangat suka kan hasil dia.




kat bawah contoh dia ambil gambar orang kahwin. eh, kalau nak bertunang nak pegang macam tu juga, boleh? haarramm, norhanis. mampus kena kejar ngan Uwan nanti. sampai beranak la tak hilang Uwan mencemuh nanti. huhu. ampuun!




Tuesday, August 2, 2011

Bakal Keluarga baru

masa hari merisik, saya menangis kat makcik tersayang. saya gementar sebenarnya. takut nak mengikat komitment yang lebih kukuh.


risau apa pandangan keluarga bakal mentua dengan perangai saya nanti. kot ada yang mereka tak berkenan dan tak suka. takutnya.


makcik tenteramkan saya, bukan mudah untuk orang datang menghantar tanda andai tidak betul-betul suka. diorang suka la tu, tu yang setuju nak hantar tanda. cuma along kena baiki diri kalau rasa ada yang tak sempurna. pandai-pandai bawak diri.


hubungan saya dan bakal keluarga mnetua dah lama baik. sementelah saya duduk menyewa rumah FMIL. ada masa, saya datang jenguk neneknya yang tak berapa sihat. dari cerita en Bakal Tunang, nenek lah orang pertama setuju bila tahu dia mahu bertunang dengan saya. bahagia ~~. saya tahu nenek suka saya. sebab tiap kali datang, nenek mesti senyum simpul dan borak sakan. sayang nenek.


bila duduk dekat-dekat ni, itu yang extra takut. bila-bila masa FMIL boleh datang buat spot check. hehe. kalau ada apa-apa majlis, kenalah hadirkan diri. tiada alasa, jauh dan busy sebab rumah memang dekat gila. en Bakal Tunang pun makin rajin bawak saya balik rumah dia dan lepak selama setengah hari. nasib baik la bakal tunang awak ni pandai bawak diri tau~~. sampai nak tolong bibik Su basuh pinggan. hehe.


hari Ahad lepas sebelum puasa, menghabiskan setengah hari bersama FFIL dan another setengah hari di rumah FMIL dengan ahli keluarga yang lain. penat tapi seronok dapat berkenalan dengan ahli keluarga lain. dan nasib FMIL approve baju nikah. pheww~~.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan.

kali pertama menyambut Ramadhan dengan title 'sudah dirisik'.

andai berezeki awal, mungkin ini Ramadhan terakhir sebagai solo. tapi saya mohon agar diberi lagi satu Ramadhan sebagai solo. untuk bonda, semoga dia tidak termenung bersendirian tanpa saya dan Ain di pagi raya nanti. plus, saya masih mahu belajar bangun awal untuk sediakan sahur. pengsan nanti kalau hari-hari tak bangun makan sahur. mahu dia nanti jadi sayur jeruk sepanjang hari. hehe.

p/s: malu saya bila Uwan menyebut dia sebagai Bakal Tunang. :) ~~ malu ke gatal, norhanis. huhu.