Friday, September 30, 2011

Review: Cincin Pertunangan

Assalamualaikum all b2b, followers and silent readers..





Barakallah Friday..



Tiada apa yang gah atau menarik pasal cincin ini.



Tapi sangat bermakna sebab disarungkan oleh Bakal Mak Mertua saya, disaksikan oleh kaum keluarga yang lain. Tanda saya sudah menjadi tunangan orang. Tanda saya sudah tidak boleh dipinang oleh orang lain lagi.



Cincinnya simple sahaja. Bak kata ain, cincin pilihan orang tradisional macam kami. Haha.



Ada 7 batu, sama dengan cincin yang dia pernah bagi kepadasaya, tanda hubungan cinta kami, 9 tahun yang lepas. Batunya tenggelam. Saya tak suka batu timbul sebab saya ni kasar dan aktif orangnya. Takut tersagat, tergores, aduh sayangnya cincin pertunangan.


Dengan cincin risik dan cincin tunang. Pose yang tibia sahaja. Aslakan Nampak kedua-dua cincin. Orang cakap saya tak boleh duk diam. Tangan asik bergerak je. Haha.

Tuesday, September 27, 2011

Review: Oufit E-day

Assalamualaikum, B2B, followers and all silent readers..




Outfit saya tak lah gah pun. tak buat sendiri. tak beli kat butik. tak tempah khas. tak juga sewa kat butik.


beli kat kedai biasa. agak-agak kalau korang jalan kat Masjid Jamek, boleh lah nampak kot. macam yang pernah bagitau sebelum ni, kalau tengok kat tnet, memang mahal, boleh cecah RM200 seklai ngan delivery. jalan kat Masjid Jamek, tak sempat nak mintak kurang, terus bagi kurang. tak adalah sampai separuh dari RM200, tapi boleh lah buat benda lain dengan duit lebih tu. sebab saya nak pakai lagi lepas majlis, kalau sewa kena pulang. nak beli yang grand siap berlabuci, nanti tak terpakai. jadi, yang ini sudah memadai. saya simple sahaja. hihi.






Outfit secara keseluruhan




untuk tudung, saya penat gak mencari. akhirnya masa Ramadhan, opis ada buat bazar, ada yang jual tudung ni. saiz M, rm29. mula-mula macam tak masuk rasanya. dan ia agak besar, nanti tak nampak la bunga kat baju tu. huhu. tapi akhirnya pakai juga. dan saya tambah sulaman bunga di kepala sebab cuba avoid mak andam pakaikan kerawang besi tu. huhu. benda alah simple tu harganya RM20, ok. dapat la kurang rm2. jahit sendiri masa tengah tunggu pelamin siap pasang. gigih!




okey tak?



p/s: i love this pic candid so much. macam gambar Miss Universe yang sangat care ngan budak-budak. hahahahaha!




Untuk veil, saya beli masa beli baju nikah untuk hantaran. rm150 tapi dapat kurang rm100 sebab saya borrong banyak, ok. sangat suka sebab bentuknya cantik. kainnya jatuh dan lembut dan batunya sangat berat. memang worth rm100. nak pakai untuk nikah sekali nanti. senang. kan? ada sesapa nak sewa? hehe.



veil dari belakang.



abaikan figure yang tak berapa nak mantap macam America's Next Top Model tu. huhu.


Monday, September 26, 2011

Review: Make up E-day



Assalamualaikum, all B2B, followers and silent readers..



Nak review Make Up masa e-day pula.



Serius, saya tak pernah make up se heavy ni. Rasa ,macam sangat takut untuk meninggalkan spekmata. Sebab saya rasa sangat cun dengan spek. Haha. Jangan muntah, please.




Dah lah tak pernah jumpa dengan MUA tu. Okey, MUA tersebut namanya Kak Ana. Macam yang saya pernah cakap, saya ambil package sekali dari Butik Ratu Sehari, Jerantut. Senang cerita, all under in one roof.



Saya pesan siap-siap, saya pakai spek, mata saya kecik. Kak Ana, tolonglah bagi Nampak elok. Haha.



Alhamdulillah, from this Anis yang not so gorgeous..

















To this,











Alhamdulillah. Make up nya sangat tahan lama, dari pukul 11 sampai pukul 3 baru saya buang. Tak berpeluh dan cantik. Cuma pakai bulu mata palsu tu, saya rasa tak selesa, rasa macam ada kanopi kat mata. Haha.

Sunday, September 25, 2011

Perasaan?

masih dalam mood bertunang. hehe. sungguh tak sangka dah menjadi tunangan kepada si dia. yalah, kenal sejak umur 13 tahun. mengharung sedih, nangis, gembira sejak dari umur 18 tahun. segala benda dah harung. masih bersiap sedia dengan apa jua cabaran mendatang. akan lebih mencabar.


apa perasaan bergelar tunang orang? hehe. dah tak boleh bergambar dengan kawan-kawan ofis yang lelaki! hahaha. walau semuanya laki orang, tapi erm.. perasaan lain? entah? tapi en Tunang jadi extra extra extra care. bahagia~ oh, itu perasaan saya, rupanya.


perangai kena jaga lebih elok. lebih tertib.


saya lebih tenang dan lega. tapi en tunang pula pening nak mencari duit. haha. tau tak, budget untuk kedua-dua belah pihak kami estimate rm30k? gila banyak kan? so far dah ada 70%. kena cari lagi tu. plus, duit untuk kehidupan selepas kahwin kena prepare juga. pening kami.


awal-awal kami dah pesan antara satu sama lain, dugaan bertunang kita kena hadap dengan baik. jangan benda kecik jadi bahan bergaduh. sama-sama berdoa agar dipermudahkan urusan pernikahan kami. amin.

Saturday, September 24, 2011

Review: Hantaran

Overall hantaran







........................................................................................................................................................





for him: 9 dulang



Sejadah+ tasbih,



sireh junjung,



kemeja + t-shirt,



wallet + belt,



kek,



coklat,



buahan,



nivea set,



baju nikah+ sampin





for her: 3+7


Tepak sireh as pembuka bicara,



Cincin tunang,



duit tanda,Baju nikah + silk shawl embroied



sejadah+Tafsir + telekung,,



Coklat,



home made cookies,



cake,



sepersalinan baju sutera+tudung + brooch,



buahan










yeah, lelaki hantar lebih. sabar je lah. en. Tunang pun senyap je sebab tak mau saya gelabah cari barang tambahan. akhirnya saya yang kena bambu dengan family sebab tak tahu dorang nak bagi lebih. sobs. tapi saya sangat best sebab dapat banyak barang. dan silk shawl yang sangat cantik dan mahal tu, i likeee~.

Friday, September 23, 2011

1808

buka je blog, eh, 1808! my birthday. oh! ada dua 18 sempat di capture. :)

Thursday, September 22, 2011

blogging via droid?

Saje gatal nak test.. Huhuhu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

The Majlis Pertunangan ~ adat & protokol

serius, adat Pahang agak berat dan ketat dan menakutkan. huhu. Ustaz Mustafa yang berbaju kelabu sebagai Ketua adat. please take note, dalam line ni tak ada pun ahli keluarga saya macam pakcik atau tuk sedara. semua adalah orang kuat perumahan kami. orang yang akan menjadi saksi pertunangan kami. jejaka berbaju biru tu ayahanda tercinta saya.
jejaka berbaju melayu ungu adalah FFIL saya. sangat baik orangnya. cakap berhalus je. ni sedang buka bicara dengan menghulur tepak sireh.



siap tayang cincin tunjuk kat semua orang. pastikan mak si gadis nampak cincinnya. nasib tak minta resit. ada sesetengah tempat di Pahang siap minta resit, ok. takut ditipu bukan cincin emas kot.




adat di pahang ada duit tanda. tapi kami sepakat untuk tidak beri. tapi tentative still akan sebut pasal duit tanda, yang diberi dalam album. andai tidak disebut berapa yang diberi, tidaklah dikira. tapi memandangkan pihak lelaki bagi juga duit, terpaksa la ustaz mengira bersaksikan dengan empat orang yang lain.






usai segala penerangan andai ingkar, siapa kena bayar. andai tercacat cela semasa bertunang, mesti langsung juga. tidak boleh ingkar. andai berbuat tidak elok, harus dinikahkan secepat mungkin. janjinya setahun mati. lebih dari 18 sept 2012, akan kena denda. entahlah macam mana dendanya.


sungguh ketat adatnya. jenuh juga bila mak terangkan semula. seharusnya, kami berdua ada dalam majlis ni agar kami boleh dengar pasal menjaga budi pekerti ketika bertunang dan apa kesan andai ingkar.
doa di baca memohon agar kami dipermudahkan jodohnya. amin.

urusan sarung cincin hanya bersaksikan orang perempuan sahaja. itu adat tempat kami. orang lelaki sila santap ye.






Tuesday, September 20, 2011

Review: Pelamin Mini Cooper

Pelamin yang dipasang Sabtu malam. sambil tekun menjahit sulaman tudung. hasilnya di waktu majlis?



.



.



.



.



.



.



.



.



tadaaaa!!






Pelamin mini cooper yang ditukar agak last minute sebab ni yang latest dari Butik Ratu Sehari, Jerantut. Sangat gorjes. Thanx a lot my dear Uncle Am sebab bagitau ada yang baru dengan harga tetap yang lama. well, saya dapat harga lain dari customer lain.. sorry ye. hehe. saya sangat suka. rasa nak tidur je atas pelamin mini cooper ni.

Monday, September 19, 2011

Alhamdulillah

selamat menjadi tunangan orang..

nanti lah review segala ye. penat. hehe.

Sunday, September 18, 2011

Majlis Pertunangan~ is happening


mohon doa agar majlis kami dipermudahkan. amin.

Sunday, September 11, 2011

Sweet goodies

Masa raya hari tu, ada beli Marshmallow Halal dari rakan opis. saja je nak merasa. tapi sedap pula. pastu bebudak sangat suka. jadi terpikir, nak buat sweet goodies untuk kanak-kanak. sebab tak ada plan pun nak bagi sweets kat budak-budak. then, order la sekilo dari kawan opis tu. rm25 untuk setengah kilo. tak la murah sangat sebab kat internet boleh dapat rm35 sekilo. ada juga yang rm29 sekilo. cukup murah dah. tapi malas nak tunggu, nak delivery lagi, nak bank in, so order je ngan kawan tu.
Sekilo boleh dapat dalam 80 pack kecik-kecik. 20 untuk budak-budak. balance untuk masuk dalam goodie bag org besar. buaat penambah barang. huhu.
lagi 7 hari. mohon allah permudahkan segalanya. amin.




Wednesday, September 7, 2011

bertukar

rata-rata B2B semua sedang sibuk dengan final list nikah kahwin diorang. saya je yang duk terhegeh hegeh buat persiapan tunang. haha.


pelamin bertunang bertukar pula. tapi lebih cute.. ada banyak bunga dan tiada kerusi. sebab saya dah kurus, dah tak ada lemak, kot. ahaha. final pelain tengok masa e-day je lah. malas dah nak upload kat sini. ada beberapa final list yang kena beli jugak. hantaran pun belum start buat. good. nak buat masa kat kampung nanti. baut kat sini, alahai rosaklah dalah kereta nanti..

Sunday, September 4, 2011

lagi 14 hari

lagi 14 hari untuk e-day.


rasanya checklist hantaran bertukar lagi. hehe. rasa macam nak bagi sejadah sebab ada terbaca dari B2B blog, bagi sejadah as a tanda untuk suami yang soleh. yalah, en Bakal Tunang siap bagi tafsir, telekung dan sejadah, tapi saya tak bagi apa pun as sign of 'akhirat'. isk. rasa macam nak eliminate skincare, ganti ngan sejadah. or just put both of it in the same dulang? tafsir untuk si dia, bagi time langsung nanti la.

kek tunang tak sempat nak pergi tengok design macam mana. just suruh emak decide je apa bentuk sekalipun. mak's decision is the best.

urusan khemah selesai. fuh. ada orang sponsor. alhamdulilah.

urusan jemputan masa raya mak dah jemput sedara mara. en bakal tunang plak cakap, FMIL jemput semua juga. haha. macam ramai je rombongan dari lelaki ni. tak pela, ni majlis sulung kami, majlsi terakhir family FFIL.

barang untuk buat buttercream dah selesai. tak sabar nak piping all the buttercream on the cake!

raya ke 4 sempat la menziarah rumahl FMIL. ada jugala bincang pasal hal pertunangan. ayak. malu plak saya. tapi best sebab hubungan dah makin erat..:)