Sunday, September 25, 2011

Perasaan?

masih dalam mood bertunang. hehe. sungguh tak sangka dah menjadi tunangan kepada si dia. yalah, kenal sejak umur 13 tahun. mengharung sedih, nangis, gembira sejak dari umur 18 tahun. segala benda dah harung. masih bersiap sedia dengan apa jua cabaran mendatang. akan lebih mencabar.


apa perasaan bergelar tunang orang? hehe. dah tak boleh bergambar dengan kawan-kawan ofis yang lelaki! hahaha. walau semuanya laki orang, tapi erm.. perasaan lain? entah? tapi en Tunang jadi extra extra extra care. bahagia~ oh, itu perasaan saya, rupanya.


perangai kena jaga lebih elok. lebih tertib.


saya lebih tenang dan lega. tapi en tunang pula pening nak mencari duit. haha. tau tak, budget untuk kedua-dua belah pihak kami estimate rm30k? gila banyak kan? so far dah ada 70%. kena cari lagi tu. plus, duit untuk kehidupan selepas kahwin kena prepare juga. pening kami.


awal-awal kami dah pesan antara satu sama lain, dugaan bertunang kita kena hadap dengan baik. jangan benda kecik jadi bahan bergaduh. sama-sama berdoa agar dipermudahkan urusan pernikahan kami. amin.

2 comments:

Miss Sunshine said...

Selamat menjalami alam pertunangan...
Tangani setiap dugaan dengan bijaksana... InsyaAllah, kita doakan yang tebaik untuk awak.. ^_^

hanys said...

Tq hana.. Bdebar nk tempuh ni. Apa la ujian mdtang agaknya. Moga Allah permudahkn.