Friday, September 30, 2011

Review: Cincin Pertunangan

Assalamualaikum all b2b, followers and silent readers..





Barakallah Friday..



Tiada apa yang gah atau menarik pasal cincin ini.



Tapi sangat bermakna sebab disarungkan oleh Bakal Mak Mertua saya, disaksikan oleh kaum keluarga yang lain. Tanda saya sudah menjadi tunangan orang. Tanda saya sudah tidak boleh dipinang oleh orang lain lagi.



Cincinnya simple sahaja. Bak kata ain, cincin pilihan orang tradisional macam kami. Haha.



Ada 7 batu, sama dengan cincin yang dia pernah bagi kepadasaya, tanda hubungan cinta kami, 9 tahun yang lepas. Batunya tenggelam. Saya tak suka batu timbul sebab saya ni kasar dan aktif orangnya. Takut tersagat, tergores, aduh sayangnya cincin pertunangan.


Dengan cincin risik dan cincin tunang. Pose yang tibia sahaja. Aslakan Nampak kedua-dua cincin. Orang cakap saya tak boleh duk diam. Tangan asik bergerak je. Haha.

No comments: