Tuesday, September 27, 2011

Review: Oufit E-day

Assalamualaikum, B2B, followers and all silent readers..




Outfit saya tak lah gah pun. tak buat sendiri. tak beli kat butik. tak tempah khas. tak juga sewa kat butik.


beli kat kedai biasa. agak-agak kalau korang jalan kat Masjid Jamek, boleh lah nampak kot. macam yang pernah bagitau sebelum ni, kalau tengok kat tnet, memang mahal, boleh cecah RM200 seklai ngan delivery. jalan kat Masjid Jamek, tak sempat nak mintak kurang, terus bagi kurang. tak adalah sampai separuh dari RM200, tapi boleh lah buat benda lain dengan duit lebih tu. sebab saya nak pakai lagi lepas majlis, kalau sewa kena pulang. nak beli yang grand siap berlabuci, nanti tak terpakai. jadi, yang ini sudah memadai. saya simple sahaja. hihi.






Outfit secara keseluruhan




untuk tudung, saya penat gak mencari. akhirnya masa Ramadhan, opis ada buat bazar, ada yang jual tudung ni. saiz M, rm29. mula-mula macam tak masuk rasanya. dan ia agak besar, nanti tak nampak la bunga kat baju tu. huhu. tapi akhirnya pakai juga. dan saya tambah sulaman bunga di kepala sebab cuba avoid mak andam pakaikan kerawang besi tu. huhu. benda alah simple tu harganya RM20, ok. dapat la kurang rm2. jahit sendiri masa tengah tunggu pelamin siap pasang. gigih!




okey tak?



p/s: i love this pic candid so much. macam gambar Miss Universe yang sangat care ngan budak-budak. hahahahaha!




Untuk veil, saya beli masa beli baju nikah untuk hantaran. rm150 tapi dapat kurang rm100 sebab saya borrong banyak, ok. sangat suka sebab bentuknya cantik. kainnya jatuh dan lembut dan batunya sangat berat. memang worth rm100. nak pakai untuk nikah sekali nanti. senang. kan? ada sesapa nak sewa? hehe.



veil dari belakang.



abaikan figure yang tak berapa nak mantap macam America's Next Top Model tu. huhu.


2 comments:

Cik Puan Mimi said...

Alhamdulillah. cantik dah tu~

salam perkenalan :)

hanys said...

Salam perkenaln... Okeylah kn utk eday.. Hehe. Tq