Monday, October 31, 2011

Fitrst Time tagged by Azilsah


So I have been tagged by Azilsah and I need to complete it!


TERMS & CONDITIONS:


1.You must post these rules.


2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.


3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.


4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post


5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER


6.No tag back!


7.No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people


11 Things About Me


1. I’m so addicted to Korean stuff. The Kdrama, Kpop. I even go to Korea, last June 2011. Sangat best dan sangat seronok. I wish I could go again~


2. I love So Nyuh Shi Dae (SNSD) a lot. So much. Boleh hafal hampir semua lagu diorang. Haih. Even my fiance tersenyum bila saya nyanyi sensorang. Nge~


3. Anak sulung dari empat adik beradik yang berbagai kerenah. And so proud to be their BIG sister.


4. Kenal fiance sejak umur 13 tahun, hari pertama mendaftar belajar. Dia jadi ajk, sebab dia tua setahun. Tapi get close bila dia dah keluar dari sekolah. Dan bercinta sejak masuk matrik UIA.lama kan?


5. saya nak family saya juga rasa tempat best yang saya pernah pergi. Jadi, saya suka pergi jalan berkali-kali.


6. Saya suka memasak benda yang saya suka makan. Yum yum.


7. Saya suka baca buku. Dan buku-buku kat rumah pahang dan KL ni boleh bukak kedai buku la.


8. I love my bestfriend whom I befriend since 13 years old. No word could describe it.


9. I love travel a lot. Tapi duit tak la mengizinkan sangat. Kalaulah boleh travel secara percuma. Ada sesape nak support? Hehe.


10. My sister akan kahwin duu. Wah. Langkah bendul ni. Tapi saya okey je walau at first rasa sedih juga. Tapi sangat happy dapat tolong persiapan dia yang sangat penat!


11. I love creative things. Tapi saya tak kreatip sangat.. ni tengah addict dengan bunga tissue. Owh! I owe reader the tutorial. Nge~


Dan soklan dari Host. malunya nak jawab soklan.



11 Questions for you;


1. When was your first date?


1 July 2002. Heeee~Lama tak?


2. What did you do on your date?.


Tunggu kawan kat PUDU yang sesat naik STAR. Then tengok makcik yang dah arwah kat HUKM.


3. Where is your dream vacation?


Jalan jalan dengan dengan si dia di tepian pantai. Cherating, Chenang or pantai di Sabah.


4. Will you go there for your honeymoon?


Definitely!


5. Why do you love him?


I don’t know. Haha. Respect is the keyword.


6. What makes your relationship stay strong?


Give and take. Sabar antara satu sama lain. Respect.


7. Tell about your best friend.


Dah kawan sejak umur 13 tahun. Sabar dan tabah dengan saya. Orang pertama yang saya agreed jadi Made of Honor untuk 3 hari 3 malam. Love her damn a lot.


8. Will you cry on your akad nikah or have you cried?


I will~. Hahaha.. definitely.


9. What color suits you most?


Merah belacan, I guess. Rasa cun je.


10. Do you like junk-food?


Errm. Suka kot.


11. What is different between you and your partner (other than gender)


I love Kpop, he definetly NOT.


Saya anak sulung, dia bongsu.



Finally done!



11 soklan untuk di tagged. Mixed Bahasa melayu boleh? Memperkasakan bahasa Melayu~



1. Kat mana jumpa BF/tunang/suami?


2. Macam mana perasaan first time jumpa bakal mentua?


3. Cincin kahwin pilihan; emas putih atau kuning?


4. Pernah ada orang cuba masuk line lepas ada ikatan pertunangan/ perkahwinan tak?


5. Apa komen pasal Kpop?


6. Will/ have you ever invite your enemy on your wedding?


7. Pernah pergi travel dengan partner tak?


8. Will you ever go for backpack travelling?


9. Hantaran tunang/ perkahwinan buat sendiri atau tempah?


10. Sepanjang bercinta pernah ada ujian terhebat tak?


11. Is he your mr right?



saya nak tag ; Haida, cikceciter, ciksitihajar, ratuzazaa, cukyangb, ciknia, ciknaa, fira, Yaty, tiqahmisdarLink dan Hana.


tau semua B2B ni busy sangat... kala-kala rilex, jawablah ek..

Saturday, October 29, 2011

Hectic mectic

Aigoo.. sekarang super duper busy. Dengan kerja kat office yang semakin banyak sebab dah move to department baru.



Dah tak sempat nak pikir persiapan kahwin sendiri. Segalanya untuk adik. Kalau sempat pun, jenguk-jenguk sikit tengok warna dan harga yang jadi impian. Simpan kemas-kemas. Nanti dah habis majlis adik, boleh cari. Kalau ada lagilah kot. Sobs.



Checklist untuk adik:



Barang-barang hantaran: semua dah siap, kecuali kain pasang. Ni satu hal, satu hari meneman mencari kemeja, seluar, kasut, perfume, tie untuk hantaran nya. Alasan dia; taste along best.



Saya sanggup ke Masjid Jamek semata-mata cari Tafsir yang dia Cuma budget rm50, sejadah rm20. Adoyai adik ku. Nasib kakak ni gigih meredah, menebalkan muka dapatlah yang cantik dengan harga budget dia tu. Cari alas dulang tambahan lagi dua.



Potong kain untuk alas dulang purple nya. Tunggang tebalik memotong kain satin tu.



Kad Kahwin: DONE.



ni best. Pilihan saya. Bukan paksa pun. Saya Cuma kata, kad tu cantik. Dia pun ok, along cakap cantik, ambik yang tu. Dah siap, saya ambilkan dalam hujan lebat. Sikit pun orang Amazon Shah Alam tak tolong. Hampeh. Nasib kad nya lawa. Saya balik, lipatkan. Sebab tau dia tak ada masa.



Nikah Favors:half DONE.



dah siap saya design untuk isi dalam Yassin. Print, potong dan tampal. Dan siap letak dalam woven bag pun. Tinggal untuk potong kek dan letak dalam plastik dan tambah dalam woven bag.. kalaulah kek tu boleh tahan lama, saya dah buat pun kot. Huhu.



Sanding Favor: Marshmallow tunggu sampai, baru boleh pack. Telur tunggu rebus la kan. Bekas telur dah setel. Beg kertas setel juga. Barang-barang muffin selesai juga. Tunggu masa untuk baked, wrap and packed sahaja.



Favors budak-budak: DONE. Berpeluh ketiak packed sweets untuk budak-budak. Huhu.



Bunga Pahar: OTW. Gigih gila buat bunga tissu. Nanti nak bagi tutorial pulak. Hehe.



Cadar pengantin saya belikan kat SOGO time S Card Sale. Dari RM999 (sila jangan percaya harga asal SOGO), dapat rm250. Tapi serius, harga seb enar dalam rm700 kot. Sebab sangat cantik dengan ada bunga putih timbul-tmbul. Heart it so much! Saya angkut dari SOGO ke Wisma bank naik teksi. Gigih! Dengan dapat free bantal nya. Demi adik, gigih!



Rumah sewa: DONE after few weeks hunting. Saya tak larat nak ikut dia cari rumah. Biar dia cari sendiri. Pastu, dah selamat juga beli barang elektrik kat Subang Perdana ni. Ada offer, dapat bar-barang free. Dia beli TV, mesin basuh dan peti ais. Nak jugak saya temankan dan bagi idea mana yang elok. Haih, macam la saya terrer sangat.



Barang rumah juga dah beli tadi; set katil dan tilam, sofa + free cover, set meja makan dan set TV.



Haih~ nak sampai ke tarikh kahwin, penat den.



Oh, nak ke SPA juga, terima kasih Groupon, saya dapat SPA RM55 worth RM240 untuk Ain. Chua hae ^_^. Eh, esok ada makeover free kat Cosway, hasil dari kawan Ain bagi hadiah. Yeay, macam mana la rupanya pas makeover. Teruja!



Penat juga nak pastikan dia sentiasa ingat nak buat apa, kena cari barang apa, appointment lagi.. dah jadi PA tak rasmi dah. Tak bergaji juga. Huhu..



Wednesday, October 26, 2011

bunga pahar

Recently sangat obses dengan bunga tisu. Dah banyak praktis, akhirnya dpt juga cari saiz dan helaian yg seswai. Dan dengan berani nya ubah bunga pahar ir bunga yelur; pilih mana yg best bg korang, yg ain beli dr nilai sebab dia beli yg tak lawa dan sangat cheapskate itu budak. So okey tak? Color purple dan pink..
Sekarang tengah gigih memotong kertas crepe yang harganya cuma 50 sen dpt 5 bunga. Murah!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 22, 2011

Off for holiday

Assalamualaikum, all B2B, followers and silent readers..

on holiday at Langkawi dengan family..

mungkin holiday terakhir sebelum my lil sis get married this Dec. huhu..

Tuesday, October 18, 2011

sebulan

Genap sebulan menjadi tunangan orang.
Sebulan jugakla tak jumpa si tunang. Ni memang menjaga tatatertib tak hingat ni.
En. Tunang ni sibuk mencari duit nak kawin. Walau tak jumpa, alhamdulillah tak ada masalah. Hp kan ada. I love you everyday. Huhu.
So far tiada dugaan berat. Dugaan ringan adalah masing masing sibuk duk risau apa dugaan kami. Boleh gitu? Haih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 16, 2011

henna


Sabtu ke jusco wangsa maju. Ada pamearan wedding. Ala. Biasa punya kot. Kad kawin semurah rm0.29 dari kadkahwin. Cantik juga.
Jalan lagi. Ada booth indian untuk henna and pantis kening. Biasa dengar india pantis kening guna benang. First time tengok dia buat. Memang kagum la. Dan cantik. Tapi tak sempat ambik gambar sbb teruja sangat. Kami try buat henna. Gatal.
Ram10 satu tangan. Untuk wedding mahal sket kot sbb banyak. Tp nk simple pun boleh. Heart ema punya corak. Cantik!
Well, mula2 macam tak kuat. Kaler oren je bila basuh before tengok SLON. tapi hari ni agak coklat gelap dn makin pekat. Huh.
Ok. Untuk yang nak try boleh call
012 6463464~ Reta Manuel.
Or ke web ritzbridal.com
Or ke kedai terus di;
No 10-1-1 jln megan setapak, tmn megan sri rampai kl.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 12, 2011

Resepsi Favors: Plan A

Assalamualaikum, all B2B, followers and silent readers..





Fikir-fikir untuk Favors hari resepsi (pergh, dah macam artis buat resepsi) pula. Haih. Pening juga sebab guest mak asik bertambah je. Tapi tak pe. Tunggu sampai majlsi adik nanti baru nak decide berapa estimate guest. Huhu. Boleh macma tu plak kan?





Tapi Favors untuk majlis saya, kenala bahagikan untuk VIP dan biasa juga. VIP untuk kawan-kawan ayah, pihak lelaki, dan bestfriends yang dating jauh nun dari KL. Untuk biasa, families dan orang kampong la. Have too.



By hook or by crook, mak kata mesti ada bunga telur sebab itu adatnya. Haih.



Jadi, untk VIP saya plan nak bagi :



· Bunga telur yang cantik + telur



· Bahulu pecah 8



· Marshmallow





Untuk orang biasa, saya plan nak bagi:



· Bekas telur (dawai or mengkuang)+ telur



· Bahulu pecah 8 or bahulu cermai





Untuk budak-budak:



Saya nak pack kan lollipop dan marshmallow/ sweets





Tapi majlis lama lagi.. huhu. Plan ni mungkin akan jadi Plan B atau C atau D. J





Tuesday, October 11, 2011

Nikah Favors:Plan A

Eh eh. Dalam-dalam kata tak buat preparation, saya pun sempat survey favors untuk kahwin. Bukan apa, boleh buat budget siap-siap. Kalau mak Tanya, saya dah boleh buat presentation dengan justifikasi sekali. Oh, sya memang sangat overplan orangnya. Haha.




Untuk nikah, saya sangat-sangat MAHU bagi sesuatu yang boleh menambahkan pahala untuk kami berdua nanti. Saya plan nak bagi Surah Yassin atau Surah Amalan atau 40 doa Rabbana. Letak dalam woven bag, dengan kek coklat. Buat dalam 100 sahaja sebab budget jemputan hanyalah keluarga terdekat kami dan sahabat tersayang.




Surah or Yassin tu, mungkin tidak akan di customizekan. Cuma ada cop mohor kami, insya Allah. Dah survey kat Mydin, rm8 boleh dapat sepuluh atau 12 surah. Dah murah dah. Tak pe, boleh survey lagi.

Friday, October 7, 2011

dah sampai!

Apa yg dah sampai? Barang order dr eddiegifts. Satu box smpai pagi tadi kat opis. Berat tau.
Apa isi dlm?
Paper bag harga rm3 dpt 10pcs.
Woven bag for akad favors rm3.90 dpt 10pcs.
Organza bag for sweets rm19.90 dpt 100pcs.
Syok deal ngan eddie ni. Cepat je balas. Bayar hari rabu tghari, jumaat pagi dh dapt. Bravo!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 6, 2011

Tarikh nikah


Assalamualaikum, all B2B, followers and silent readers..




Ramai sangat yang Tanya tentang majlis kami ni. Huhu.



Mood untuk buat persiapan kahwin belum ada.. tarikh nikah pun kami tak bincang lagi. bagi penat buat preparation bertunang lega dulu. Huhu.



Eh, sebut tarikh nikah, tengah berkira –kira juga, nak lepas raya atau sebelum bulan puasa?



Kalau sebelum bulan puasa, nanti kena gaduh dah nak raya mana. Haha. Which i’m sure 100% will be at his home. Huhu. Kena prepare duit raya untuk semua anak buah dan sepupu sepapat yang layak dapat duit raya. Phew. Dan dapat juga pakai baju sutera hadiah hantaran unutk raya. Hehe. Jimat kos saya. Dah boleh beraya sakan dan happy sebab dah bersuami bila berpuasa dan beraya. Tapi sian mak saya sensorang nanti bila na buat kuih raya. Huhu. Tapi mak pun nak saya kahwin sebelum puasa.




Kalau selepas raya, off course raya saya tak meriah sebab pening nak settlekan hal kahwin yang belum setel. Meroyan dah kot. Tapi boleh bagi kad kahwin masa raya. Ngeh. Ada banyak masa sikit unutk kuruskan badan lagi. hohoho. Dan banyak masa untuk kumpul duit lagi. tapi kata mak, barang-barang mesti naik harga lepas raya. Huhu.







Ottoke?




Tunggulah orang-orang tua buat keputusan.




Sekarang tengah sibuk pula nak buat persiapan kahwin adik (please read, my liltle sis kawin dulu before i tau, but i tak kesah). Sibuk jugak nak mengendeng hal kad kahwin dia. Haha. Saja nak survey. Tapi malas pula hari ni nak ikut. Biaq dia pi ngan bakal suami dia (pleas read again, dia tak bertunang, jadi tiada istilah tunang untuk BF dia, haha).

Wednesday, October 5, 2011

worldless wednesday; tq tag

Done!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 4, 2011

Review: OP










gambar semua dari OP Butik Ratu Sehari, Jerantut. belum edit. habis majlis pukul 3, saya dah dapat CD unedited pukul 6. lega dapat pulun tengok gambar puas-puas. sedang menanti yang edited dan printed.

Monday, October 3, 2011

The BFF


Assalamualaikum, all B2B, followers and silent readers..


sekarang sudah takut nak menggelar orang BFF. sebab takut syok sendiri, padahal orang tak anggap pun kita BFF dia. heh.
tapi, truthly, saya sangat bahagia bila mereka di atas sanggup datang dari jauh untuk majlis pertunangan saya. its such a overwhelming. macam Hyo Yeon yang disayangi semua orang.
yang berbaju merah saya dah kenal sejak umur 13 tahun. kahwin tahun lepas, saya lah made of honor nya. sekarang dah pregnant 5 bulan. happy sangat. datang dari JB dengan suami. tak diam buat kerja walau dah pesan berkali-kali suh duk diam-diam. makan. tapi dia mana reti diam.
tudung purple, myza, tudung hijau, Nuha dan tudung biru sebelah saya, Sue. semuanya saya kenal masa kat UIAM. Nuha roomate. Myza roomate classmate, dan sue kawan Nuha. yang bebaju biru depan, adalah adik Nurul, Oyin. sama macam Nurul, tak duk diam buat kerja sebab saya angkut dia balik dari hari Jumaat.
serius, kehadiran mereka sangat membahagiakan. tak kisah datang bila dan buat kerja atau tidak. saya sungguh tak terbalas budi mereka. Bahagia~

p/s: masa baked muffin choc, saya tak telepas teringat hajat hati saya nak buatkan ex kawan muffin choc untuk majlisnya~