Saturday, October 29, 2011

Hectic mectic

Aigoo.. sekarang super duper busy. Dengan kerja kat office yang semakin banyak sebab dah move to department baru.



Dah tak sempat nak pikir persiapan kahwin sendiri. Segalanya untuk adik. Kalau sempat pun, jenguk-jenguk sikit tengok warna dan harga yang jadi impian. Simpan kemas-kemas. Nanti dah habis majlis adik, boleh cari. Kalau ada lagilah kot. Sobs.



Checklist untuk adik:



Barang-barang hantaran: semua dah siap, kecuali kain pasang. Ni satu hal, satu hari meneman mencari kemeja, seluar, kasut, perfume, tie untuk hantaran nya. Alasan dia; taste along best.



Saya sanggup ke Masjid Jamek semata-mata cari Tafsir yang dia Cuma budget rm50, sejadah rm20. Adoyai adik ku. Nasib kakak ni gigih meredah, menebalkan muka dapatlah yang cantik dengan harga budget dia tu. Cari alas dulang tambahan lagi dua.



Potong kain untuk alas dulang purple nya. Tunggang tebalik memotong kain satin tu.



Kad Kahwin: DONE.



ni best. Pilihan saya. Bukan paksa pun. Saya Cuma kata, kad tu cantik. Dia pun ok, along cakap cantik, ambik yang tu. Dah siap, saya ambilkan dalam hujan lebat. Sikit pun orang Amazon Shah Alam tak tolong. Hampeh. Nasib kad nya lawa. Saya balik, lipatkan. Sebab tau dia tak ada masa.



Nikah Favors:half DONE.



dah siap saya design untuk isi dalam Yassin. Print, potong dan tampal. Dan siap letak dalam woven bag pun. Tinggal untuk potong kek dan letak dalam plastik dan tambah dalam woven bag.. kalaulah kek tu boleh tahan lama, saya dah buat pun kot. Huhu.



Sanding Favor: Marshmallow tunggu sampai, baru boleh pack. Telur tunggu rebus la kan. Bekas telur dah setel. Beg kertas setel juga. Barang-barang muffin selesai juga. Tunggu masa untuk baked, wrap and packed sahaja.



Favors budak-budak: DONE. Berpeluh ketiak packed sweets untuk budak-budak. Huhu.



Bunga Pahar: OTW. Gigih gila buat bunga tissu. Nanti nak bagi tutorial pulak. Hehe.



Cadar pengantin saya belikan kat SOGO time S Card Sale. Dari RM999 (sila jangan percaya harga asal SOGO), dapat rm250. Tapi serius, harga seb enar dalam rm700 kot. Sebab sangat cantik dengan ada bunga putih timbul-tmbul. Heart it so much! Saya angkut dari SOGO ke Wisma bank naik teksi. Gigih! Dengan dapat free bantal nya. Demi adik, gigih!



Rumah sewa: DONE after few weeks hunting. Saya tak larat nak ikut dia cari rumah. Biar dia cari sendiri. Pastu, dah selamat juga beli barang elektrik kat Subang Perdana ni. Ada offer, dapat bar-barang free. Dia beli TV, mesin basuh dan peti ais. Nak jugak saya temankan dan bagi idea mana yang elok. Haih, macam la saya terrer sangat.



Barang rumah juga dah beli tadi; set katil dan tilam, sofa + free cover, set meja makan dan set TV.



Haih~ nak sampai ke tarikh kahwin, penat den.



Oh, nak ke SPA juga, terima kasih Groupon, saya dapat SPA RM55 worth RM240 untuk Ain. Chua hae ^_^. Eh, esok ada makeover free kat Cosway, hasil dari kawan Ain bagi hadiah. Yeay, macam mana la rupanya pas makeover. Teruja!



Penat juga nak pastikan dia sentiasa ingat nak buat apa, kena cari barang apa, appointment lagi.. dah jadi PA tak rasmi dah. Tak bergaji juga. Huhu..



2 comments:

aZilsah said...

aaa rajinnya helping ur sister! :)

Anyway, you have been tagged! hehe
http://azilsahashim.blogspot.com/2011/10/tagged-11-things.html

hanys said...

kenalah rajin azilsah.. adik kan. huhu. ni practice utk majlis sendiri..