Tuesday, October 11, 2011

Nikah Favors:Plan A

Eh eh. Dalam-dalam kata tak buat preparation, saya pun sempat survey favors untuk kahwin. Bukan apa, boleh buat budget siap-siap. Kalau mak Tanya, saya dah boleh buat presentation dengan justifikasi sekali. Oh, sya memang sangat overplan orangnya. Haha.




Untuk nikah, saya sangat-sangat MAHU bagi sesuatu yang boleh menambahkan pahala untuk kami berdua nanti. Saya plan nak bagi Surah Yassin atau Surah Amalan atau 40 doa Rabbana. Letak dalam woven bag, dengan kek coklat. Buat dalam 100 sahaja sebab budget jemputan hanyalah keluarga terdekat kami dan sahabat tersayang.




Surah or Yassin tu, mungkin tidak akan di customizekan. Cuma ada cop mohor kami, insya Allah. Dah survey kat Mydin, rm8 boleh dapat sepuluh atau 12 surah. Dah murah dah. Tak pe, boleh survey lagi.

No comments: