Thursday, November 24, 2011

presenting...

Tadaaaaa.. The arrivals of photobook from Pixajoy. Serius suka gila dgn perkhidnatan dorang ni. Kualiti superb... Please Groupon buatlah lagi murah2 untuk Pixajoy.. Huhu..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 23, 2011

Mashmellow oh marshmellow murah

See mashmellow in the box? Sweet tak? Comel tak. Rasa nk baring je atas mashmellow2 ni.
Selamat sampai khamis lepas. Selamat juga di pack hari sabtunya. Kejang gak la tangan nk buat 800 pack. Huhu. Sampai rasa, alahai sabtu cepatbya berlalu...
Masmellow ni saya rasa saya dapat paling murah kat internet. RM30 se kilo. Murah tak? Murah kan. Kan? Kan? Ada sesapa jumpa yang kagi murah sila bgtau ok. Boleh order kalau lg murah. Huhu.. Mostly saya jumpa rm35 per kg.. Nak contact?.. Puan Yusniza, 019 6589729. Sgt baik dan prihatin orangnya...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, November 20, 2011

Photobook - Ours

Ingat lagi entry pasal Photobook ni?

Well, well, well, saya sempat rembat 2 Groupon untuk Holiday Family dan walla, tentang Ours: E-day and R-day. saya dapat RM78 instead of RM155, untuk setiap Photobook.

Delivery date expect on 25th Nov. cant wait for it!!

Pixajoy ni boleh share juga. so, saya sharekan link Mye-flip Photobook ye. kalau rajin, jengahlah. :)

Thursday, November 17, 2011

Design ur Own Tshirt

Assalamualaikum



ehem.. suka couple shirt tak? or design shirt sama dengan si dia? eh, ayat skema.. hikhik.



nah, ada promotion dari Groupon! Klik sini okey..


Tunang i tak suka couple shirt ni. so tak dapat den nak buat roantik -romantik dia dia. isk.

Tuesday, November 15, 2011

Checklist

Since my big day jauh lagi and our family tgh berhempas pulas (ganas gila description) menyetelkan hal wedding adik, let me menyebuk gak buat checklist. Huhu
Seratus bunga telur - done!
Tampal tq speech kt yassin utk nikah favors- done!
Pack nikah favors- done!
Sesi tampal tq tag utk non vip- done!
Amek kad, lipat kad n edar kad- done!
Bawak brg2 bekas telur blk kg- done!
Beli cadar weds, sewa rumah, beli barang rumah- all done
Brg hantaran pun done!
Apa yg belum kakak dia done kn?
Oh, masih menunggu ketibaan marshmellow sebnyk 11kg sampai. Dah smpai nnt bolehlah pack2 kan. Barulah boleh tmbah satu lagi done. Hehe
Sedihnya kot adik dah nk kawin. Nanti dah kureng sket nk gossip xoxo. Huhu. Dah susahler nk dtg merempat kt umah.. Isk2. Time i nanti mcm manalah nak prepared. Tinggal adik yg sorang lagi tu la jadi mangsanya.. Huhu

Published with Blogger-droid v1.7.4

Color Theme

Color theme untuk hari besar adalah HIJAU.


Dari zaman muda remaja memang selalu berangan color hijau. Tapi berubah-rubah. Kadang-kadang suka pink, then suka purple.


Tak pernah bayangkan pakai biru. Sebab memang tak suka biru. Alih-alih, bertunang pakai color biru. J


Pernah berangan nak pakai color purple sebab sangat cantik dan Nampak mewah.


Tapi, tapi, tapi, adik saya dah rembat dulu. Empat color sekali dia rembat, okey. Nikah dia pakai color kuning, resepsi color pink + purple dan rumah lelaki color hijau. Aduhai. Sabar je la.


Saya memang TAK SUKA kuning. Jadi, out it go. Tunang kata, pakailah biru. Ye, saya tahu saya cantik dalam color biru bertunang hari tu, tapi takkan color yang sama kan.


Jadi, saya pilih HIJAU.


Sweet tak? Suka hijau soft ni. Manis. Sweet.


Baju Nikah adalah sesuci putih dan temanya juga hijau putih. Baju resepsi belum pikir. Mugkin hijau juga. Jadi hulk Hogan. Heheh.


Hari resepsi, juga Hijau. Saya hanya mahu hijau. Hijau berbagai hijau.

Monday, November 14, 2011

Review: Budget Majlis Pertunangan

Ada juga orang Tanya budget majlis Pertunangan saya. Saya share kan unuk mereka yang sedang merangka-rangka untuk bertunang ye.


Saya siap ada buku khas untuk detailed out all the expenses. Dan juga simpan segala resit. Takut ada yang terlebih budget.



Mari tengok;


Makan masak sendiri dengan lauk ikan patin, ayam berempah, nanas ikan masin dan ulam. Kos dalam rm400.


Khemah – rm180 sekali kipas, kerusi dan meja.


Pakej untuk mini pelamin, make up dan gambar + cd+photobook – rm800


Outfit + veil – rm300


Hantaran + barang hiasan – lebih kurang rm1000


Goodies (muffin+potpori +beg kertas) – rm160


Total = RM2840


Alhamdulillah, tak la banyak sangat habisnya. Saya kalau boleh sehabis mungkin tak nak pakai duit orang tua. Sebab rasa, cukuplah selama saya dibesarkan, ke sekolah asrama, belajar Universiti, mak ayah saya bertungkus lumus belanja saya segala benda. Untuk pertunangan dan perkahwinan, saya tak mahu bebankan mereka lagi.


Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan saya untuk pakai duit saya semuanya. Allah murahkan rezeki di bahagian makanan sebab orang jual ikan patin bagi harga sangat murah siapa bagi extra lagi.



Budget ni untuk orang yang kedekut macam saya. Haha. Saya berkira sikit bab-bab menghabiskan duit. Sebab bukan senang nak kerja siang malam dapat duit. Kemudian laburkan pada benda yang hanya saya guna satu hari sahaja.


Sebagai contoh, fresh flowers. Mula-mula hajat hati bila tengok B2B lain dengan fresh flowers, memang nak sangat. Bila pikir pro and con, saya prefer bunga fake sahaja. Boleh guna untuk hiasan rumah. Macam hand bouquet saya, mak saya dah buat hiasan meja pun sekarang. Berbunga hati tengok tiap kali balik kampung.


Baju tunang pun kalau nak yang siap berlace dan kerawang, better sewa je. Sewa rm150, beli +buat dah makan rm800. Sebab saya pasti, korang takkan nak pakai pergi kerja atau majlis kahwin dengan baju berlace pula. Kalah pula pengantin nanti. Hehe.


Tapi, tapi kan. Terpulang la pada selera masing-masing. Ini pendapat dan pengalaman saya je. Saya edisi pengantin budget. Hehe.

Sunday, November 13, 2011

Hunting DIY's stuff

Akhirnya siap juga bunga telur untuk pahar ain ni. Dapat seratus. Puas hati. Pedih juga jari memegang dawai dan pegang kuat2 untuk bg kukuh.
Semalam ada juga cuba buat bunga telur ikut warna tema langsung. Pasal bagaimana color theme dibuat nnt sy cite. Huhu.
Pakai ketas crepe color hijau gelap.. Terasa malap pulak colornya.. Itu je hijau yg jumpa kt kedai kawin tu.
Jadi, jadi, jadi hari ni gerak seawal boleh ke masjid jamek untuk ke kedai bunga ribbon. Banyak nak hunting ni;
Mainly nak beli paper bag color idaman- hijau pastel. Suka sangat. Takutnya habis. Jadi nak beli cepat2. Hehe.
Kemudian nak je beli terus woven bag untuk akad dan juga beg bunjut untuk sweets.
Plus, nk beli ribbon hijau, crepe hijau or kuning cair, manik jurai, n kertas felt. Kat situ ketas felt besar saiznya rm2.80 je. Kedai kawin kat subang ni besar tapak tangan je dah rm 3.50. Adoi. Nk tengok juga ada button besar rak. Dan juga cari kain color2 pastel. Nak buat DIY next. Boleh teka apa? Hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 9, 2011

Customized Photobook


saya plan nak buat photobook lain, khas tentang kami. pics bercinta, merisik, dan bertunang. pics e-day yang dari non OP pun saya nak masukkan. kenangan! oleh itu, Groupon ada sales dari PIXAJOY. murah je RM78 instead RM155. saya siap ambik dua, sebab nak buat photobook pics holiday langkawi hari tu. :) tak sabar!
nak juga? klik sini untuk dapatkan photobook kamu juga :)

Tuesday, November 8, 2011

Bunga Telur a.k.a Bunga Pahar


Yes. Siap separuh bunga telur a.k.a bunga pahar untuk my sis wedding. Buat dua color. Pink n purple. Siapkan pink dulu. Purple to be continued. Buat benda ni memang syok.. Sampai tak boleh berenti. Lagi2 bila layan kpop or kdrama.. Huhu.. Tangan ligat. Mata tangkap feeling ngan kpop.. :-).
Well, klau ada yang nk tempah, email saja ok. Hehe. Harga boleh kasi cun punya~
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 4, 2011

DIY: Bunga Tissue

Assalamualaikum.




finally baru nak letak tutorial Bunga Tissu ni. harap membantu korang ek..


the main heroine.. Crepe paper. boleh dapat rm0.50 je kalau kat kedai alat kahwin Subang ni. saya kerat, tak ukur. rasa best, nak besar tu, saya buat la sedang-sedang je..
Dawai. suka hatilah nak pakai panjang mana. tapi saya kerat dua sebab kalau pakai satu panjang sangat dan membazir.



seratus Buna Tissu berbagai perisa.. strawberry dan angur ye. mana mau? harap-harap gambar membantu, ok.. kalau tak paham, just comment ok. tak reti nak explain satu-satu :)






Thursday, November 3, 2011

new look

Aiseh.. Habes ms berehat menggodam blog merubah reka bentuk.. Eceh. Padahal cari template free je.. Hopefully lg senang nk retrieve nlog org len n followers~ aww ada followers ke i ni. Huhu. Dah. Hari ni ada baaaaaaanyak kerja. Eh, memang bebetul november rain kn? Dr hari first nov smpai hr ni hujan petang. Banjir kilat kl.. Annyong!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 1, 2011

Bekas Telur

Saya sangat suka bekas telur dawai ni. Rasa macam cantik dan err cantik la.









So far jenjalan kat tnet ni, paling murah saya boleh dapat RM1 kalau beli 500. Check Eddie Gifts.





Erm.. tapi kan, hari tu balik Jerantut yang indah permai tu, saya boleh dapat rm0.75 kalau beli 500. Wau! Murah tau. Kalau sesapa B2B nak pergi Jerantut, carilah kedai Ser Impian, kat area TF Value Mart. Kat Nilai pun saya tak jumpa yang semurah tu. Harap-harap by the time saya dah finalize nak beli yang mana satu, bekas telur tu ada lagi. huhuh.