Monday, November 14, 2011

Review: Budget Majlis Pertunangan

Ada juga orang Tanya budget majlis Pertunangan saya. Saya share kan unuk mereka yang sedang merangka-rangka untuk bertunang ye.


Saya siap ada buku khas untuk detailed out all the expenses. Dan juga simpan segala resit. Takut ada yang terlebih budget.



Mari tengok;


Makan masak sendiri dengan lauk ikan patin, ayam berempah, nanas ikan masin dan ulam. Kos dalam rm400.


Khemah – rm180 sekali kipas, kerusi dan meja.


Pakej untuk mini pelamin, make up dan gambar + cd+photobook – rm800


Outfit + veil – rm300


Hantaran + barang hiasan – lebih kurang rm1000


Goodies (muffin+potpori +beg kertas) – rm160


Total = RM2840


Alhamdulillah, tak la banyak sangat habisnya. Saya kalau boleh sehabis mungkin tak nak pakai duit orang tua. Sebab rasa, cukuplah selama saya dibesarkan, ke sekolah asrama, belajar Universiti, mak ayah saya bertungkus lumus belanja saya segala benda. Untuk pertunangan dan perkahwinan, saya tak mahu bebankan mereka lagi.


Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan saya untuk pakai duit saya semuanya. Allah murahkan rezeki di bahagian makanan sebab orang jual ikan patin bagi harga sangat murah siapa bagi extra lagi.



Budget ni untuk orang yang kedekut macam saya. Haha. Saya berkira sikit bab-bab menghabiskan duit. Sebab bukan senang nak kerja siang malam dapat duit. Kemudian laburkan pada benda yang hanya saya guna satu hari sahaja.


Sebagai contoh, fresh flowers. Mula-mula hajat hati bila tengok B2B lain dengan fresh flowers, memang nak sangat. Bila pikir pro and con, saya prefer bunga fake sahaja. Boleh guna untuk hiasan rumah. Macam hand bouquet saya, mak saya dah buat hiasan meja pun sekarang. Berbunga hati tengok tiap kali balik kampung.


Baju tunang pun kalau nak yang siap berlace dan kerawang, better sewa je. Sewa rm150, beli +buat dah makan rm800. Sebab saya pasti, korang takkan nak pakai pergi kerja atau majlis kahwin dengan baju berlace pula. Kalah pula pengantin nanti. Hehe.


Tapi, tapi kan. Terpulang la pada selera masing-masing. Ini pendapat dan pengalaman saya je. Saya edisi pengantin budget. Hehe.

No comments: