Saturday, December 31, 2011

2011 yang blessed

Assalamualaikum.
Blessed.
Word untuk 2011.
Tahun yang banyak ujian, tapi tersimpan hikmah yang tak ternilai.
Rezeki datang tak disangka-sangka. Rezeki orang mahu mendirikan masjid, insya Allah. Sungguh terharu.
Moga tahun 2012 membuka lembaran yang lagi luas. Amin.
Hari terakhir 2011 di rumah bakal family. Melawat FMIL baru balik dari aussie. N yeay, dapat handbag you! N makan lobster baik punya dari aussie. Hik hik.
Melayan bakal anak buah main game kat henpon. Terharu bila si jantan kenit sanggup nak temankan auntie anis nya tido kat umah. Huhu. Penat pulak en.tunang pujuk dia bawak balik. Haru betul.. Huhu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 30, 2011

Pelamin nikah



Sedang pening kepala tentang pelamin nikah.
Ermm.. Since planning nya hanya akad nikah dulu, majlis kemudian, terpikir nak ada pelamin nikah atau tak.
Tanya mak, mak kat tak perlu sebab baik buat majlis terus. Tapi nak la jugak tempat untuk bergambar. Kan? Kan?
Cumanya, posisi umah tak berapa seswai. Kat sini, jurunikahnya mahukan pengantin lelaki duduk menghadap kiblat ketika akad nikah.
Umah saya plak kiblatnya hadap hall utama. Jadi mana nak letak pelamin? Isk...
Hajat hati, dapat diy pelamin nikah macam yang kat atas tu... Simple je. Kan? Kan?
Kalau pilih yang last to over tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, December 29, 2011

1000 muffin


Assalamualaikum.
Masih terasa sengal badan mengerjakan 1000 biji muffin untuk goodie bag ain. Semuanya perasa vanilla ditabur colorful rice balls.
1000 pet muffin.
20 pack 500gram tepung muffin vanilla dari bake with yen.
80 biji telur.
3 liter minyak.
3 liter air.
3 oven pembakar.
5 jam operasi.
6 orang tenaga buruh dibayar makan muffin. Hehe.
Total kos bahan mentah hanya rm 200. jimat dekat rm800.
Alhamdullilah. Muffin jadi rebutan. Tapi penat.. Huhu..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 28, 2011

Baju Nikah Idaman

Baju nikah idaman. Heh. Idaman la sangat...
Takde la impian baju nikah berbagai gaya atau rekaan sendiri. Confirm jadi buruk nanti..disaster.
Tapi color impian harus putih suci. Ibaratnya kami mahu hidup baru lupakan kisah dan sejarah lama sekepas nikah. Fresh start. New sheet.
Pilihan saya baju kurung moden dengan kain payung sahaja. Ain pun ambik design ni.. Bezanya dia warna kuning.. Cantik kan? Kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, December 27, 2011

Ain: Pelamin

kerusi baru ok.. masih wrapped lagi.






yah... mari kerjakan pelamin!

pelamin di waktu malam akad nikah. yiputta, kan?
-- yiputta means cantik.





The Pelamin. by Butik Ratu Sehari, Jerantut. Ain request pelamin ni khas since the owner tu kan ex-pakcik yang honor untuk buat pelamin baru untuk ain.




for us, pelamin ni gorjes. simple tapi sweet. kena dengan rumah kami.

Doa

Assalamualaikum


kembali bekerja semula! penat juga hujung minggu. bawa family berjalan dan ke Merlimau hantar adik.


pasal Doa, alhamdulillah. Allah Maha Besar. Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. ingat saya pernah cakap mak saya freak out pasal hal akad dulu, majlis kemudian?

ramai suruh saya slow talk dengan mak. saya diam dulu. tapi dalam diam, saya sungguh2 mohon mak saya dan entire family, makcik, aicik both grandmothers, lembut hati.

dan, yeay. mereka setuju. happy:). sekarang cuma tunggu keputusan seorang lagi orang penting. MIL; masih di Aussie. mohon dia tidak freak out. dan mohon lembutkan hatinya.

kalau semua berjalan lancar, tarikh kelahiran nabi menjadi pilihan kami.

doakan kami. :)

Monday, December 26, 2011

Perihal Spanx


Masa ain nak kawin lagi dua minggu kami tercari-cari spanx yg boleh dapat secepat mungkin.
As semua tahu, kat dunia nlogger ni ada dua je yang fames. Yang satu dah full. Yang lagi satu kata boleh dpat 13.12 if saya bayar full pada 8.12. Saya mohon dia confirmkan betul- betul sebab ini hal duit dan wedding. Dia kata boleh. Saya minta saiz m sb dia kata ain tu blh pakai m.
Okey. Saya bayar penuh. Sebab memang percaya akan dapat 13.12.
On 13.12, saya emel tanya. Dia kata akan sampai kat dia pada 15.12. Dan akan sampai kat saya padaa 17.12.What? Ain nikah 16.12 di jerantut. Dan kami akan balik kg 14.12. Saya dah gelabah. Nak marah, saya kenangkan dah banyak b2b ambik dengan dia.
Pastu emel n keep emel. Dia kata ada saiz L. Pas fikir2. Saya amek je la saiz L tu since ain pun besar sikit orangnya. Saya amek sendiri di ofisnya.. Haih. Tak pela. Asalkan ada.
Tapi... Since ain dah kurus sebab sempat diet lagi, saiz L tu mcm tak fit enough. Tapi ok je la kot... Cuma kalau dapat fitter, the better.
Kat sini both side salah. Salah kami last minute order. Salah tokey jugak sebab tak menepati kata yang diberi...
Well, baru2 ni ada jumpa dalam AVON. macam spanx jugak. Tapi lagi murah. Wanna try?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 23, 2011

borang nikah; mohon bantuan

Assalamualaikum kawan kawan.
Ada persoalan sikit. Almaklumlah. Tak da pengalaman berkahwin
Ok.
Tunang saya alamat nya di mykad, alamat Kl. No tgh2 tu pun 14- kl maknanya. Tapi sekarang dia menetap di selangor denan keluarganya. Dan ingin menikahi saya, orang Pahang..
Jadi, jadi, jadi....
Borang manakah yg perlu digunakan.?
JAIS. Atau JAIWP? Ke JAIP?
confuse kami...
TOLONG KAMI.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Ain: Bunga Telur a.k.a Bunga Pahar


Bunga Telur a.k.a Bunga Pahar yang saya sempat kerjakan untuk Ain. hasilnya? semua keep asking siapa buat. hahaha. bahagia..
siap dapat tempahan, bermacam color lagi. adoyai. orang tua-tua cakap, cantiknya bunga telur. dah kembali zaman kita ye, gayanya.

Tuesday, December 20, 2011

Ain: Bilik Pengantin


The Bilik Pengantin. sesungguhnya bilik asal ni sangat sadis. haha. bilik parents kami. yang digunakan sejak dari Ema umur 1 tahun, sekarang dah 21 tahun.
bilik dicat semula dari putih ke peach. apahal peach? itu the only adik lelaki kami punya taste. haih.
katil satu set beli baru cost RM899 sekali dengan tilam. Langsir belakang tempah di Nilai 3, cost rm700. Bunga atas kepala langsir, tepi langsir, our makcik punya angkara. bebola bunga tu pun makcik punya angkara. haha.
Set cadar, mak beli cost rm350. her selera. hehe. jurai-jurai putih tu rm30 kot, boleh beli kat kamdar. panjang. boleh la muat satu dinding bilik sekangkang kera ni. hehe.
overall, pengantin puas hati. saya pun suka, eh apahal kakak pengantin kena suka? sebab pengantin akan tanya saya dulu. along suka, ain pun suka lah.

Monday, December 19, 2011

Ain: Sis's wedding






16.12.2011. My liltle sis selamat dinikakan oleh ayahanda tercinta sendiri. honestly kami freak aout ayahanda yang akan berkali-kali lafaz. tapi sungguh amazing, ayahanda dan new member, Rauf both of them cuma sekali lafaz. sentak sekejap bila di sahkan; adik aku dah kahwin. bergenang air mata. sekejap je. nanti habis make up DIY i ok. hak hak.




ada banyak gambar nak upload n nak cite. do's and dont's. tapi nanti la ek. skang nak berehat selepas ke merlimau hantar adik daftar belajar. :)

Friday, December 9, 2011

bridemaid attire


Ni baju bridemaid a.k.a baju family utk majlis nikah adik jumaat depan (16.12).
Baju ni plain sangat. Jadi saya jahitkan manik dan sedikit labuci buat penaik seri di hujung lengan. Baju saya dan mak dah siap. Gigih siapkan tadi sementara menunggu tunang datang jemput dari kerja. Haihhh.. Hari jumaat memah meletihkan dan menjem kan.
Baju ema belum siap. Huhu. Kena buat next week hari senin sebab esok dan ahad nak pergi Team Building. So happy nak enjoy2 kat Lumut secara percuma.. Annyong!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 7, 2011

Hasilnya..

Hari ahad pagi cuba-cubalah ckp kt mak pasal hal nikah dulu tu.
Hasilnya?
Tak memberangsangkan pun.
Alasan?
Tak lawa la. Nanti dh pregnant la.
Tetiba sentap pulak sbb macam tak hiraukan keselamatan saya. Isk.
Taulah tengah sebok dengan prep untuk adik kawin. Tapi, tapi hal saya pun berat juga.. Ironik, bila saya tak berapa nak kahwin mak duk suh kahwin. Bila nak kahwin mak suh tunggu dulu.
Tak cukup mak, saya ngadu kat ayah. Hehe anak kesayangan.. So, dorang akan berbincang.
Dan semalam mak suh cari borang nikah. Haha... Mak kata leceh sebab kena ambik kat jaip, hiv n bla bla. Haih. Rupanya ada kat tnet je sume borang tu. Hahaha~ ketawa jahat.
Okey. Back to waras. Betul ke decision ni? Tak rasa menyesal ke nanti.?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, December 4, 2011

Nikah dulu.. majlis kemudian. apa pendapat korang?

Assalamualaikum....


Sooooooooooo sorry for long idle. huhu. macamlah ada yang tertunggu-tunggu. hehe


Gila tajuk agak panjang. tapi really seeking for advice B2B lain.. tapi kena ada mukadimah dulu okey..


2 december 2012, pukul 3.30 pagi berlaku satu tragedi yang menggeletarkan lutut saya, housemate dan seisi keluarga saya dan FFIL. scarynya bila kita experience sendiri ada cubaan pecah rumah. yang memisahkan hanya sekeping pintu kayu yang tunggu masa untuk di berjaya pecahkan. kuatkan hati saya ambik kayu dan sergah perompak tersebut. semua orang cakap, jangan lah berani sangat. saya tak berani sangat. sebab saya lagi takut perompak tu masuk dengan bawak parang apa-apakan saya dan housemate. itu lagi trauma.

dengan layanan Polis macam haaaaaaaiiiiih. buat macam pecah rumah tu perkara biasa. yang tak biasa, kalau saya ditemui mati dibunuh, kot. sangat nasib baik en tunang ada di rumah FMIL. dia datang temankan kami selepas kejadian sebab kunci rumah hilang satu set. dia yang tukarkan tombol pintu dan segala padlock. buat lagi extra report ke IPD shah alam atas 'layanan' kurang ajar dari Sarjan yang seharusnya datang buat siasatan dan menyindir saya dengan sewenangnya. mengalir air mata bila sarjan tu cakap sesedap rasa. agaknya kalau anak perempuan dia yang kena, mahu dia cari sampai ke lubang cacing.


ekoran kejadian tu, en tunang berkira-kira mahu bernikah dulu. secepat mungkin. dan majlisnya ditangguhkan sampai prepration siap; mungkin 2 atau 3 bulan selepas akad. tapi saya kena berbincang dengan keluarga saya. iye, bukan mudah untuk mengadakan majlis nikah tetiba. mesti berbagai umpatan bakal di dengar.

erm.. kalau orang lain letak guestbook, saya kena letak disclaimer berbunyi:

This akad nikah was held not because of the baby boom, khalwat or whatever something bad between the bride and groom. its for the bride safey.

hahaha.. kena pelangkung ngan mak ada kot.

seriously, apa pendapat korang dalam hal ni?