Sunday, December 30, 2012

Bye 2012

Assalamualaikum.
Sudah hari akhir 2012. Pandang belakang sekejap..
Tahun ni meninggalkan bank islam dan move to cimb.
Tahun ni meninggalkan alam single dan menjadi isteri.
360degree change.
*fuh, penat*
Cabaran perkahwinan lain.
Cabaran tempat kerja baru lain.
Ada family baru. Ada kawan kawan baru.
Alhamdulillah. Tahun ni berpuasa dan beraya dengan suami. Dengan mentua. Sedih mulanya. Tapi insya allah will be better. Hubungan dengan mentua, for me gets better. Teman jalan. Shopping. Wedding. All without hubby.
Esok masuk 9 bulan perkahwinan kami. Kalau bunting pelamin dah tunggu hari je. Hihi. Tapi belum ada rezeki kami. Mungkin Allah nak bagi kami stabil semua.

anak buah hubby.
So itulah big thing happend on 2012. Skrang sedang melambai 2013. *lambai, lambai*
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 28, 2012

Kuasa Mutlak Suami

Assalamualaikum.
Hello lovelies..
Apabila si lelaki menyebut, ‘Aku terima nikahnya…’ maksud terselit adalah, ‘aku akan bertanggungjawab dan menanggung sepenuhnya ke atas dirinya (isteri), dosa dan pahala yang di buat, makan dan minumnya, perangai baik dan buruknya’.
Apabila seorang perempuan bernikah, tanggungjawab ayah terus lepas ke bahu suami. Means, suami ada kuasa mutlak sepenuhnya ke atas isteri.
Antara keluarga dan suami, kena dahulukan suami. Antara mak dan ayah, kena dahulukan suami. Kalau suami kata tak boleh balik ke rumah mak ayah, tak boleh la kita balik.
Tapi, tapi… si suami kena ingat, mak dan ayah mentua levelnya SAMA dengan mak ayah sendiri. Suami kena hormat mak ayah mentua, SAMA dengan hak hormat dengan mak dan ayah sendiri. Jadi, wajarkah suami tak bagi isteri pulang ke rumah mak ayah dia sendiri?
Adik beradik isteri adalah adik beradik suami. Baik buruk adik beradik isteri, suami kena terima.
Kadang kadang sedih bila tahu ada lelaki yang ambil kesempatan dengan kuasa mutlak ni. Fikir untuk kegunaan sendiri sahaja. Padahal Allah bagi supaya lelaki mampu kendalikan 3 buah keluarga dengan baik; keluarga sendiri, keluarga mak ayah dia, dan keluarga mak ayah mentua. Hanya kerana kecil hati dengan teguran, terus buat taklik kat isteri, andai pergi  jumpa mak dan ayah, jatuh talak. Dayus betul.
Begitu juga isteri, mak dan ayah mentua sama level dengan mak ayah sendiri. Of course la, tak boleh la nak melawak bodoh macam kita bergurau dengan mak ayah sendiri. Tapi level hormat, jaga diorang, jaga hati mereka, itu jadi tanggungjawab isteri juga.
Kenapa perlu ada rasa tak best bila mak mentua panggil suami bila diperlukan? Kenapa perlu ada rasa cemburu bila mak mentua asik mengadu kat suami?
Kata Dr Muhaya, sepatutnya kita ni; isteri, kena berterima kasih pada mak mentua kita. Sebab?
Sebab melahirkan suami kita. Sebab mendidik suami kita sehingga mampu menjadi suami (bukan semua lelaki mampu melafazkan ‘aku terima nikahnya’).
Jadi, jangan sesekali menjadi batu penghalang antara suami dan mak mentua. Antara ibu dan anak. Syurga suami kita di bawah tapak kaki ibunya, bukan bawah ketiak kita. Dah jadi macam pakar motivasi. Ok. Bye.

Wednesday, December 26, 2012

Isteri; Mudahnya buat Pahala

Assalamualaikum.
Hello lovelies..
Umum para isteri dan bakal isteri tahu, mudahnya seorang isteri tu dapat pahala.
Pandang suami dengan kasih sayang je dapat pahala.

Apatah lagi memegang dengan lemah lmbut, memasak, menyenangkan hati dia.
Mudah kan?
Tapi mudah tak nak aplikasi?
Sebenarnya mudah jika hati  REDHA. Redha bangun kul 6.00 pagi untuk masak breakfast, sebab menyediakan air minum suami, lebih baik dari berpuasa setahun.
Redha bangun 5.45 pagi untuk sediakan nasi goreng suami, sebab menyediakan makanan untuk suami, lagi besar ganjaran dari pergi haji.
Redha bila suami tetiba moody. Dan kita tetap redha merendahkan suara walau suara dia dah tinggi pitching nya.
Tak sangka semudah tu.
Tapi, kadang kadang tak mudah juga. Kita manusia, ada ego juga.  Bila kita Tanya elok elok, tapi di jawab kasar, kecik juga hati. Nak juga balas dengan kasar, tapi sabar. Itu Suami. Redha Allah terletak pada Redha suami pada kita.
Menitik juga air mata bila terbaca satu hadith,
”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
Ni yang rasa nak pegang tangan hubby setiap masa ni. Ok. Bye.

Monday, December 24, 2012

Do's & Dont's on your big day

Assalamualaikum.
Hello lovelies.
Bulan 11 dan 12 ni penuh dengan wedding. Rasa tak cukup tangan dan kaki nak menjengah wedding. Tu pun bukan ke wedding kawan-kawan sangat. Mostly, wedding sedara mara belah hubby, kawan kawan mak mentuaku.
Bila pergi banyak banyak wedding ni, kita akan Nampak la apa yang kurang, apa yang best about that wedding. Yes, my wedding pun tak sempurna mana. Then, I tak tahu pun apa yang tak sepurna, sebab di awangan masa big day tu. Hik hik.
So, just a glance, bride to be, need to take serious in certain things.
1.       Mak Andam.
 Make sure mak andam punctual sepertima mana yang dia janjikan. Kalau nikah pukul 9 pagi, minta dia dating awal. Kalau dia kata, pukul 7.30 pagi dah kena make up, follow up since 7 pagi. Even dia lambat 5 minit, keep calling her.
2.       Barang hiasan
Make sure dah confirm dengan mak andam, apa yang kita nak dari dia. Kalau sebelum ni confirm dengan tokey bridal, confirmkan lagi dengan mak andam plak. Maybe the tokey lupa nak bagitahu apa yang kita minta saebelum ni. Shawl, veil, dokoh, bunga tangan, anak tudung.


3.       Runner
Ketika make up, pastikan pengantin ada runner. Untuk ambik ais, ambik kan minuman untuk pengantin dan mak andam, ironkan tudung, sarungkan stoking, pegangkan bunga tangan. Runner tak boleh duk lepak asik betulkan tudung. Tak boleh. Memang runner akan penat, tapi semuanya yang terbaik untuk pengantin. During my time, Ain, Ema, lutfi, Oyin dan my besti Myza adalah runner terbaik. oh, my adik ipar, my cusins.. Big thanx for them. And his side, our dearest Juju struggling as runner.
4.       Tentative majlis
Pastikan tentative majlis tak membuatkan keluarga lelaki/ perempuan kelaparan menunggu makan beradab. Seeloknya, lepas masuk terus makan beradab. Potong kek dan bersanding. Dan bergambar. Tak delah potong kek time orang semua dah balik.
Pastikan tentative tak mengganggu waktu zohor. Sangat tak best bila tetiba majlis kena stop; sunyi sehening sepi bagi menghormati azan. Seeloknya, masuk lepas azan.

5.       Pengapit
Saya tahu, sesetegah orang rasa pengapit ni tak perlu. Tapi sesungguhnya, pengapit amat penting. Or else, pengantin akan jadi macam bahan pameran. Tak de sape nak lap peluh; lap sendiri. Tak de saper nak betulkan kain terangkat; betulkan sendiri. Tak der saper nak buang beras tabur, buang sendiri. Seriously, pelik dan sedih.
Owh.. my pengapit.

6.       Deejay
Nampak lekeh, tapi good deejay should know how to handle event. Tahu tentative, nak panggil pengantin makan, orang bergambar, ajak family makan. Tahu siapa yang datang. Tahu lagu apa sesuai nak mainkan. Tak dela duk asik pasang lagu ‘Robek Hatiku’. During my big day, the deejay and the pa system cost only rm200 and he was my ustaz ajar ngaji. Walau dia tua, dia kenal siapa vip yang dating, he welcomed them. Walau lepas tu, ada announcement, ‘lepas kenduri rumah cikgu wan joe ni, jangan lupa kita ada gotong royong di surau’ ber kali kali, I don’t mind. Suka hati la ustaz.

Tu ajelah yang saya rasa kena pentingkan agar tak nampak canggung di mata orang yang datang. Just sharing is caring.

Saturday, December 15, 2012

Give and Take

Assalamualaikum.
Hello lovelies..
Ok. Mari kita bercakap hal rumah tangga. Its kinda important essentials bila dah kahwin.
Dalam perkahwinan, rasanya belajar give and take ni sangat penting.
Kadang kadang kita terlalu banyak 'take' sampai lupa macam mana nak memberi.
Tu yang buat partner kita hangin. Asik dia aje kena give and tak da take.
Kadang kadang kita juga terlalu banyak give. Kompromi semua benda. Sampai part yabg kita deserve take pun kita abaikan. No. Tak boleh macam tu. Sampai satu masa, ia akan makan dalam. Sampai satu masa, bila dah tak tahan, tu yang burst out. And its over.
Bukan mudah sebenarnya nak give ni. Take senang.

Contoh. Ada rancangan tv kita punya yang menarik , yang memang tak bolrh nak lepas la, kalau lepas, rasa macam arrggghhh bila dapat tengok lagi ni. Dalam masa yang sama hubby nak juga tengok bola. Live.
So. Give? For me, I give la. Sebab live kan.
Next cerita kalau dia nak tengok.bola lagi, bagutau la dia. Hari tu dah bagi chance, this time kita punya la pula. So he will give.
Seriously, bukan mudah nak paksa orang tengok citer yang kita suka.
Contoh lagi. Balik kerja penat kan. Tapi kita still akan masak untuk family. We give. Dan partner kenalah bertolak ansur, tolong basuh pinggan ke. Kemas kan meja pas makan ke. Sejuk hati isteri.. hihi.

Bila bila kita nak minta hubby tolong, janganlah berkias kias. Cakap jelas dan terang. Perempuan dan laki ni cakap bahasa berbeza.
Cth. Abg, saya penat la - maksud orang peempuan, boleh tak malam ni kita makan luar je? Or, abg tolong saya kemas n basuh pinggan pas makan ye.
Orang lelaki fikir, - ok. Nanti abang urut kan. Or rehatlah pas dah makan, pas dah setel kemas nanti. Or, letaklah minyak.
Cakap je, abang saya penatla hari ni. Tolong saya kemas ye.
So, ok pengajaran rumahtangga hari ni. Lagi beberapa hari ni masuk 2013 dah.. :)

Sunday, December 9, 2012

Lain padang lain belalang

Asslamualaikum.
Wah dah ahad. Esok dah keje.
Tadi tengokla masterchef us season 3. David thought his mom's pudding rice is the best dessert he could serve to the judges. But no, no, no. Lucky him not eliminated. Almost. Then he asked himself, I love the taste n looks. Why don't they? Then I realize that food that we loved most and we adore and we crave for, doesnt mean taste good to others.
So goes to marriage. Contohla kan, I suka ayam goreng kicap bodo, serius goreng kunyit then tambah kicap n bawang banyak n minyak banyak. That's my ayam goreng kicap. N for me its delicious. I can even repeat again and again. But to him, what's that? His ayam goreng kicap, tak da kicap pun. Sikit kot la. Banyak herbs. Totally different with mine. See, lain padang lain belalang. Lain rumah lain caranya.
Another example, rumah kamu mungkin panggil lada; lada besar, lada kecik, lada hidup, lada kering. Bila ke rumah mentua panggil cili; cili hidup, cili kering. Terkujat? Yes.
Macam pahang kata, segan tu malu. Tapi kelantan cakap segan tu malas. Kan dah beza tu.
Kalau sekampung, speak same languange and jurgon, ok la kan.
Benda macam ni tak terbatas kat dapur je. Even cara mengemas juga mungkin berbeza. Cara melipat baju. Menyimpan pakaian. Atucara makan. Cara sediakan tempat makan. Semua berbeza sebab kita dididik oleh orang berbeza.
Jadi, bakal isteri sekalian, expect the unexpected. Yang baru jadi isteri pun mungkin ada gelabah juga. Macam I.. suami juga kenalah faham. Bukan isteri tak reti, tapi bukan mudah nak adapt perubahan 'cuaca'.

Saturday, December 8, 2012

Mommies

Assalamualaikum.
Ramainya exb2b dah jadi mommy... jelesnya.
Congrats to all of u..

Wednesday, December 5, 2012

Bila November bertemu Disember

Assalamualaikum.
Dah december pun. Cepatnya masa berlalu. Rasa sekejap je sabtu n ahad berlalu.
Recap dari hari khamis.
Khamis. 29.11.~ Mil's birthday. We wished. And bought her cake. Dinner made by his cousin. I cant afford to back early to cook.

sekali ngan hubby tiup lilin. Almaklumlah november babies.
30. Nov. Jumaat balik.jerantut. Nenda dah sangkut hati sebab buah dah banyak gugur kami belum pulang lagi.
Kami siap ke.bukit mengutip durian. Hasilnya?

dan juga ini


Hari sabtu kembali ke kl.
Dan ahad pagi zooom ke batu pahat tengok nenek belah hubby yang tak berapa sihat.
Melawat rumah sedara mara. Pukul 6 lebih gerak balik. Terus lelap. Sian hubby drive bertemankan ayah nya.
Penat tapi seronok. Asik makan je. Huhu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 28, 2012

26 NOV 2012

Assalamualaikum.

its my hubby lovey dovey's birthday.

Im on mc yesterday. Collapsed due to migraine and kemuntahan. No. No. Muntah biasa saja. Bukan bawak budak. Bawak lemak je.
Hadiah tuk hubby, perfume Salvatore Ferragamo.
Celebration? Sekeping cheese tart chocolate kongsi berdua yang dibeli di kedai.
Im sorry to him since we are in a 'test' from Him. So bersabar la dengan ku sayang.
Bila Dia bagi test macam ni, i did cried over and over. Alhamdulillah i got his shoulder. Then i realize Allah bagi si dia untuk teman semua benda ni. Leganya. And now i dont what will happend. I have him n Him. And family. Not one. But two families now. Who prayed for us.
Sayang. Happy birthday. U dah tua. Hak hak. Glad u r here with me. Tq for everything. Lap u. Hihi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 23, 2012

Hectic November

Assalamualaikum.
Happy Friday..
November yang packed. yang hectic. Baik di office mahupun family.
Rasanya tiap minggu berjalan.
Ke zoo negara dengan mother in law, without hubby, bawak anak2 buah yang parents kursus and study.

budak budak ni behave. Kalau ada yang merengek pun i guess itu dah memang nature budak.
Then ke cameron highlands for 3 days 2 nite. Dengan hubby, his cousin, mother in law and dua anak buah. Hujan petang. So asik ke kea farm beli sayur and asik masak n makan la. Terus hilang mood nak diet. Haih.
Rehat 1 week, itupun dengan servis kete n kemas rumah. Tak.berhabisan. Dan juga persiapkan my bestie punya goodies. Pegi wedding. Dan juga balik johor satu hari melawat nenek hubby belah ayah mentua yang tetiba kena strok. Alhamdulillah getting better.
Then ke kelantan hari awal muharam for my bestie wedding.

Sneak peak klate
Hari esok? Mulanya nak ke johor lagi tapi keta kena extra check pulak. So duk umah la. Study for the upcoming monday. And rehat. And kemas rumah. And buat strawbeey crepe. And buat apam polkadot. Pergh. Dah tak jadi cuti..
Owh. Petang ni nak tengok Twillight. Bawak hubby yang tak penah tengok. Owh this nov juga penuh dengan birthday orang orang tersayang.
My bestie Nurul, my Omma, hubby and juga mother in law.
Bila tengok fb dua cousins my side and hubby side juga bulan November.
And now already looking forward for december.. ~_~
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 15, 2012

Waiting..

Assalamualaikum


Currently at Pasir Mas for my bestie. Good luck dear.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 8, 2012

Pengaruh Suami Isteri

Assalamualaikum.
"tidak penting apa jua sejarah lelaki-perempuan itu sebelum berkahwin.
Apa yang penting, siapa dia setelah berkahwin"
Pernah dengar? Tak sure mana saya dapat. Maybe Facebook kot.
Dalam quote tu mengatakan siapa kita setelah berkahwin. worst or better?
Mungkin sebelum berkahwin, dia seorang penyabar n lembut. Tapi perkahwinan menyebabkan dia jadi pemarah dan pendendam.
Mungkin juga sebelum berkahwin, dia seorang yang pemarah dan baran. Tapi perkahwinan menjadikan dia seorang penyabar dan caring.
Allah knows.
So do us.
I used to be tempered. But married to him make me a better person. Alhamdulillah.
Him? Glad he could be much much lovey dovey now. Haha. Alhamdulillah.
Suprise how we could influence each other. How could him make me watch The Pickers. Pawn star. All the History Channel. Huhu.


And so glad he could compromise when i want to watch 711. Jane By Design. Or 393,392; SBS n KBS. terharu jugak bila dia boleh humming my Sexy Love (T ara), Twinkle (TaeTiSeo). And few SNSD song, he already knew it. Hihi.

and he knew how much i love this!
Whenever we open our mind, we can accept his interest, no matter how weird it is.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 29, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.
Hari Isnin yang gloomy selepas cuti 3 hari.
Masih belum lambat untuk ucap Selamat Hari Raya Qurban buat semua. Amacam raya kali ni? Those yang baru kawin, ini pengalaman kecil beraya dengan suami n family baru. Those yang belum kawin, maybe kali terakhir raya as single. Pas ni, raya ikut turn la ye.
Mine, mulanya kena raya rumah hubby tapi sebab korban hari raya kedua, sabtu. So dapatla den raya kat umah den kali ni. Happy tak terkata kata. Hihi.
Bertolak dari kl hari khamis pas kerja, n alhamdulillah bos bagi.lepas kul 4. Kul 5 kuar dr tol gombak, ok la lagi. Dah dekat2 km29 tu, dah slow dah.
See..

then baru buka lalaun.kontra. Laju sekejap. Sampai lepas genting sepah je, jammed balik dengan hujan mencurah curah sampai la tol bentong. Pengalaman buat hubby pulang ke kg dengan jammed. Huhu.
Sampai la umah kul 8. Berbuka puasa sunat arafah dalam kete je.

Raya di Jerantut. Then balik umah uwan. Kumpul semua kat situ. Mengerjakan daging koban. Hubby n birasnya menolong kat dapur. Kitorang melepak. Pergh. Perangai.
Petang tu balik kl sebab esok nya nak qurban kat subang plak.

alhamdulillah. Kali ni dapt buat qurban. Mak mentua bermurah hati support. Thanx so much mama. Usap kepala lembu dengan bacaan bismillah. Tenang je dia. Tengok 5 ekor lembu tumbang buat rasa insaf datang. Ada lembu yang tenang. Ada yg cuak.
Kemudian buat agihan. Makan sup tulang. Penat. Tapi seronok.
Moga tahun depan dapat buat sendiri untuk bertiga plak. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 24, 2012

Di Hari Kejadian..

Assalamualaikum.
To all bride to be n lovely, just a simple tips.
Di hari kejadian, put no worries. Put all your trust to ur family n friends.

Ye saya tahu. Kita ada banyak kebimbangan dan kerunsingan.
Bimbang makanan tak cukup. Goodies salah bagi. Meja makan tak kemas. Tak ada org angkat pinggan. Make up tak lawa. Bunga tangan tak segar. Photographer tak snap apa yg kita nak. Lagu kawin yang kita sediakan tak di mainkan. Hujan lebat. Siapa pegang bunga manggar. Siapa nk pi letak signage. Inai tak merah. Lagi haru inai hitam.
Trust me, semuanya saya pening fikir.

Banyak benda kena fikir. Tapi jangan fikir sorang. Share it with ur sisters n brothers n family. And best friends.
Bagi tugasan siap2. Repeat tugasan especially utk yg kita rasa tak berapa nak ingat tu. Bagitau OP apa yg kita nak. Bagitau adik tentang lagu supaya dia boleh deal ngan dj.
Dan di hari kejadian, lepaskan semuanya dari bahu.
Its your big day. Its the day you became someone's wife. Its the day when you are no longer belongs to ur parents -_-.
Cry if you want it. I did. My mom did. My mother in law did. Biaralah make up habis skit. Pastu touch up la. Hihi.
Laugh whenever u want. I did. I laugh with my best friends n hubby. Relief whenever its done. Lega.
Enjoy the momments. Biaq pi la lagu apa dj nak putaq. Lagu dangdut ka, lagu arab ka. I dont care.



Smile to all the cameras. Smile as bright as u can. Show ur feeling.
Coz someday whenever u look at ur pics, u know how happy u are.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 19, 2012

Yiputta?

Assalamualaikum.

favors for kids. To keep them in place. Hehe.
I love doing kerja kawin. And this for my beloved friend.
Any orders? Suit for wedding, potong jambul, aqiqah. Email me.
P/s; sedih terpaksa let go orders untuk bunga pahar.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 11, 2012

My Bridemaid getting married

Assalamualaikum.


My bridemaid getting married this Nov. And awal awal lagi udah ku bilang sama suami untuk ke negeri cik siti wan kembang walau 7 jam perjalanan.
Apa yang mampu ku tolong memang akan ku tolong. Termasuk tolong membebel. Hehe..
P.s;. Mari berkumpul macam kahwin aku hari tu ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 10, 2012

WW

Assalamualaikum

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 9, 2012

Apa itu Subur (2)? ; Cervical fluid

Assalamualaikum.
Meh sambung...
Apa yang buatkan seseorang tu subur?

Cervical fluid yang sihat.
This fluid terhasil bila perempuan ber ovulasi. Atau kata lain nya bertelur. Biasa kalau ada keluar mucus jernih yang bila ditarik antara dua jari tak putus, itulah cecair yang menandakan ovulasi.



Itulah cervical fluid. Ciri sihat adalah jernih dan tak berapa tebal. Kalau kekuningan tu, better jumpa doctor. Maknanya tak sihat. Bila tak sihat, sperm agak sukar berenang ke telur kita. Bila tak sihat juga akan menyebabkan sperm hidup singkat je dalam badan. Jadi, kalaulah berhubungan tak kena time ovulasi, then fluid tak sihat, sperm akan mati before jumpa telur. Dahlah bila berhubungan time ovulasi, peluang pregnant cuma 25~30% je tau. Kalau sihat sperm boleh hidup sampai 5 hari. Huhu.
Apa pemakanan untuk fluid yang sihat?
I come across dr hamid arsyat'blog. Dia cakap perempuan kena hadkan pengambilan vitamin c. Kita kan sangat suka vita c. Ambik banyak.mana pun rasa semakin bagus kononnya. Tapi no no no. Overdose vita c boleh buat cervical fluid kering. Dah kering, camno sperm nak berenang kan? So watch out the consumption of vita c.
Tapi orang laki memang digalakkan ambik vita c. Untuk bagi sperm tidak bergumpal, especially untuk yang smoker { oh kena bagi vita c banyak2 kat hubby }. So, lets take care our cervical fluid.

Wah. Panjang entry ni. Dah macam doktor sakit puan. Sambung lagi next ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 8, 2012

Apa itu Subur?


Assalamualaikum.
Apa definasi subur bila orang asik cakap, suburnya dia. Senang lekat. Pakai iud pun lekat.
So far dari pemahaman saya, perempuan ni keluar telurnya sekali je sebulan. Dan telurnya boleh hidup 48 jam je. Kalau tak da hubungan intim, tak da la persenyawaan, tak da la baby. Dasarnya, semua perempuan subur sekali sebulan. Itu yg saya paham. Jadi apa yang buatkan orang lain tu senang je preggy?

ewww gambar censored.
Haaa.. Nak tau tunggu next entry okey...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 5, 2012

Barakallah Friday

Assalamualaikum.

moga sentiasa ceria bekerja. Amanah tu!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 4, 2012

Syawal 4&5; honeymoon

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, after 4 months of marriage dapat juga honeymoon. Yippi. Kemana kami bjalan?
Tadaa...!

Cherating je pun. Hihi. Tempat yang pegi berulang kali. I likeeee.
We ate sata n otak otak. Sadly its not that nice as per mu visit last year.


Then check in Holiday Villa. The room not as per in the website. Tapi layankan ajee.. Yang penting dapat bersama suami n main air. Yippi.


eastern village, si rumah panjang.

air air air. Masih ada sisa inai di kaki. Syahdu.

tatapla kami 20 tahun akan datang.. Hihi.
Rate bilik guna tnet rm150. Facilities memang cantik. Cuma tak da bath tub n blh orang sebelah karaoke. Apakah? Huhu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 3, 2012

WW ; rezeki

Assalamualaikum.

i won!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 2, 2012

Pekerja bank senang curang?

Assalamualaikum.
Betul tak tajuk atas?
Bagi saya yang memang pekerja bank sejak grad, agak terkejut dengar statment diatas. Atas dasar apa statment tu dikeluarkan.?
Lagi best yang buat statment tu orang bank juga. Konon alasan dia berhenti sebab orang bawah dia suka goda dia. Huh.
For me, my mum dah bilang awal awal untuk jauhkan diri dari lelaki yang dah kawin. Sebab?
Pada umur 23, alone di kl, we tend to be alone n need someone. This laki orang mestilah pandai ayat since tahu kat mana kelemahan perempuan.
Sebab tu saya elak betul betul makan dengan orang lelaki. Kecuali yang saya dah kenal family nya.
Sekarang lagi la. Saya takkan kuar makan dengan lelaki tanpa ada geng perempuan. Huhu. Dah jadi isteri ni, aduhai rasa dosa tu mengekori je. Cabaran sungguh menjadi ister yang kerja luar ni.
Tapi kan, lately memang tak dinafikan banyak gejala hubungan sulit dengan colleagues. Scary bila tau. Serioulsy tak expect.
Mohon dijauhkan. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 1, 2012

Setengah tahun

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Cukup 6 bulan usia perkahwinan kami.
Masih hijau.
Alhamdulillah. Masih seronok bersama. Tipulah kalau tak ada drama kan.
6 bulan, banyak belajar tentang hal family masing masing. We are getting know apa perangai family masing masing supaya tahu 'what to talk n to do with them'. Ingat senang nak buka cite? Huhu.
Family terdekat masih tak tanya 'ada isi belum?'. Yang tanya pun my mil's friends. Insya allah. Rezeki allah. Nanti Dia nak bagi, kun fa yakun je la.
Within 6 months, dah rasa all the hospital momments, jaga inlaws sakit, raya bersama inlaws, our honeymoon to cherating, juggle between works n family.
Alhamdulillah. I love him more n more everyday. Bersykur Allah beri hubby untuk saya. Hes not perfect, me neither. Its just we are meant for each other. Complete each other.
I almost asked him to marry me, everyday. Haha. Luv u sayang.

6bulan lalu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 25, 2012

After wed; Must have items

Assalamualaikum.
Saya jenis manusia yang nak semuanya in order.
Kalau pi holidays, or outstation, mesti ada checklist item. So do the after wed's checklist.
Tapi, yelah mn nak tau kan sebab belum kawin. Jadi pas kawin baru tau, oh i need that n that n that. Huhu.
So far, must have items in my list are;

1. Kain batik. Ni beli pas sedar diri kena ada atleast dua lepas balik kg hubby di pontian. Terpaksa den pinjam kain batik neneknya. Huhu.

2. Seluar panjang. Selalu collection mesti short ala ala Girls Generation. Tapi kalau balik umah in laws takkan nak pkai short, kan?

3. Large size tshirt. Udah bersuami takkan ler nak pkai tshirt hugging ngan seluar pnjng. Tak kena rasanya.

4. Hairdryer. Or cut ur hair short. Sebab? Err. Sendiri experience la ye. I got both. Mula2 hair dryer. Pastu hubby kata rambut panjang kacau muka dia, i potong la after 2 weeks of marriage. Then after 4 month potong lagi. Dah jadi amoi cam Gil Da Ran dalm BIG.

so far, these items la ya memang i really desperately needed. Lain orang lain pengalaman. Kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 23, 2012

Bestfriend

appreciate ur love one.
Percayalah,
Mungkin kawan yang kau tatang hari ini, sapukan ubat chicken pox dibelakangnya pagi tadi belum tentu akan ingat diri kau 10 thn akan datang.
Mungkin juga,
Kawan yang pernah kau rasa kau takkan ngam selamanya adalah kawan yang akan sedia ada disisi kau. Suka dan duka.
Mungkin juga,
Dia yang kau tak suka zaman sekolah adalah teman hidup kau 15 tahun akan datang.
Life is unexpected. So do us.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 18, 2012

Syawal 3

Assalamualaikum.
Biasa syawal 3 ni dah melepak terbongkang tgk tv.
Tapi no no no no untuk tahun ni. I raya katak. Haha.

recycle baju tunang last year. Baru kali ke3 pakai ni. Huhu. Both of us baju biru.

with my cousins. Pegi beraya makan macam2. Penat bgambar nak cover perut kenyang. Alhamdulillah.

* hubby suka benor wat muka*
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 12, 2012

Recall; a week before the wedding

Assalamualaikum.
The wedding must be the unforgetful moment in my life.
But a week before the wedding, before become someone's wife, i fulfill my encore dream this year; SNSD @ GIRLS GENERATION.
Im one of the hardcore fan, which called ourself as SONES. Tapi tahu last minute and the f1 concert ticket definetly sold out. So just grab the free zone one.

23march 2012; outside klcc at 6 pm.

big screen at the lake side. Indirectly with snsd. Tak kesahla. Asalkan dapat live.

picture dari sesape yg duk depan.
Memang nak runtuh jugak klcc tu dengan gemuruh dar sones.
I was with my sis ain ema n wani. N also my korean chinggu, young jin.
Its was awesome. We dance n sang togather. Dont care what others say. Huhu.
I just enjoy my day with SNSD and a week as single. I even cry see all of them, exclude yuri who cant present.
*malaysia, put it back on*
Oh, want it again!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 10, 2012

Busy zzzzzz

Assalamualaikum

Its been a week since my last login. For a week, ramainya dah bersalin.. Jelezzzz
Abaikan.
Abaikan.
Abaikan.

Baaanyak nak cite. Tapi bila 'hospital is my 2ndd home', inlaw house is my main house, kepenatan berganda ganda. Memang dimata orang akan cakap, tk yah masak, basuh baju, bil letrik n air tak bayar. Not as simple and easy like that.
BEHAVE n responsibility are such a big commitment.
Mood sekarang..

dengan sistem imunisasi badan yang tak stabil, rasa nak tumbang je dalam lrt. -_-

I want to watch 29 February damn so much. Tapi belum kesampaian. I wish i could watch resident evil 5. Never missed it. *wish*
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 3, 2012

Syawal 2

Assalamualaikum.
Anda masih beraya? Duit banyak lagi tak? Huhu.
As hubby promise, we will back to pahang on the 2nd raya.
Before balik, kitorang pastikan mil well equipped since she will be handle guests alone.

on the way to pahang membeli sundae lime kat mcd genting sempah.
Sampai umah dah siap nasi minyak. Makan dan makan. Dan layan orang datang rumah. Seronoknya kawin dekat raya macam ni i boleh tunjuk all the albums kawin. Hihi. Masih fresh kan.
Petang balik umah uwan. Sampai ke malam.
Kepenatan n tidor. And thats our end of 2nd syawal.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 30, 2012

Masa terbaik menghulur jemputan

Assalamualaikum.
Raya lama. Cuti berganti ganti. Ramai yang memilih untuk menyatu.
Alhamdulillah.
Masa saya nak kawin dulu ter wonder wonder bila patutnya saya layangkan kad jemputan.
Sebulan?
Seminggu lagi?
Mengikut pengalaman, kalau guna FB better sebulan setengah sebelum majlis.
Sebab?

Untuk book kawan kawan punya tarikh.
Untuk kawan kawan plan trip dorang.
Untuk daptakn alamat mereka.
Untuk pos kad buat mereka.

Barulah ikhlas menjemput.
Kalau lagi 3 hari nak kawin baru jemput { mungkin sebab lupa dan busy dan tidak terkejar} agak sukar la buat kawan kawan.
Then jangan lupa juga bagi kad by hand. U dont know how much happy the person receive it by hand.

Kita rasa jemput mulut ke mulut or di FB memadai. Tapi pihak yang menerima jemputan akan rasa tak bersungguh.
Alhamdulillah, kad yang saya bagi by hand tu, tulah yang datang dari kl ke jerantut tu.
Bila tengok muka kawan kawan rapat datang, i dont need those present.. Their presence is most appreciated.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 29, 2012

Syawal 1

Assalamualaikum.
Hari ni dah syawal 10, kan? baru start keje semula. Dua hari kerja then cuti lagi. Yieha. 11hari shutdown, camno la nak panas balik ni..
Okeh. Meh review my first ever syawal as a wifey.
Malam raya diumah mentua. Makan makan berbuka bersama dan bertakbir raya. Kemudian sesi bermaafan. Menariknya bukan sekadar say 'maaf zahir dan batin'. Tapi sebut semua. Ucapan terima kasih. Menegur dan memberi nasihat. I get a lot of welcoming greet. :-)
Raya pertama memang busy super duper. Nasib dah mandi siap2 kat umah sebelum datang rumah mentua. Tak sempat ambik gambar hubby siap bersampin -_-.
Orang datang tak putus. Alhamdulillah. Seronk walau penat. Bekerja keras dengan hubby n mil kat dapur since ketiadaan maid.
Sampai malam baru lega.

bersama biras dan anak buah buahan hubby.

sempat duduk bergambar dgn hubby dgn muka retard nya *sabar je la*
Well, its a wonderful hari raya with new family. Hari ni takda nangis dah sebab dah meraung sehari sebelum raya. Even my mum kat pahang pun sibuk. N my adinda ema yang banyak ambil alih tugas kami.
While my adinda ain betul betul buat 'lari ulang alik' dari jerantut-lipis-jerantut-lipis-jerantut. Bravo sis!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 26, 2012

Perihal Syawal

Assalamualaikum.
Dah 7 syawal. Sepatutnya di Pontian sekarang. Tapi tak jadi.
Tahun ni raya terbest dalam working life. Dapat cuti 5 hari. Raya katak.
Alhamdulillah dapat raya umah mentua n jadi assistant kitchen, raya pahang, melawat sedara mara, pegi honeymoon as per my dream.
Puas hati. Hubby layan je semua kerenah i. Nanti la i cite semua.


Gambar pagi raya di kala sibuk kat dapur.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 18, 2012

28th years old

Assalamualaikum.
18.08.2012.
Genap 28 tahun.
Pertama kali meraikan sebagai.isteri.
Di rumah mentua.
Sibuk menolong persiapan raya.
Di wish oleh.keluarga mentua.
Menangis bila di message adik adik.
Teresak bila bercakap dengan mak yang tak putus menangis.
Bertambah sebak bila pertama kali juga beraya jauh dari family tercinta.
Sesungguhnya, bahagia menyambut di samping hubby.
Untung dapat beraya di rumah mentua.
Namun masih sebak berjauhan.
Inilah dugaan perkahwinan.
Semoga.dengan peningkatan umur, saya menjadi mualim yang lebih baik. Isteri yang lebih baik. Kerna redha Allah adalah ats redha suami. Allah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.
Sebelum FB penuh dan jammed,
Sebelum message di hp pending delivery,
Sebelum jammed di jalanan,
Sebelum sibuk di dapuran,
Sebelum sampai kampung dah habis coverage


SELAMAT HARI RAYA.
MOHON MAAF ANDAI ADA TERSENTAP N MENYENTAP.
Drive safe. Eat well.
Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Malay women who wearing tudung: Please check incase we are one of them!

Assalamualaikum.
Urgent post. Energency n important.
Just found this sick blog which blogging about malay woman who wearing tudung.
Click here {http://tudung-candid.blogspot.com/search?updated-max=2012-07-16T06:30:00-07:00&max-results=7&start=7&by-date=false&m=1}.
This is so not right dedpite the initial intention was to critics the way we dressed. But it gets annoying n i can call it as sexual harrasment.
Please circulate.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 15, 2012

WW ; syurga bawah tapak kaki suami

Assalamualaikum.


Haih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 13, 2012

Biskut Choc Chip

Assalamualaikum.
Sempena bulan syawal yg bakal menjelang, saya decide nak buat kueh raya pertama. Jadi choc chip la mangsanya. Bahan dah beli lama. Cuma mencari masa sementelah berkampung hampir dua bulan dirumah in laws.
Mempersembahkan...

berjaya buat dua balang dari dua adunan. Satu untuk untuk kami. Satu lagi untuk emak di kampung. Sebab my lil sis sangat suka. She request dari sebelum puasa. Tapi ke busy an melampaui segalanya.
Bahan.
Setengah buttercup.
3/4 gula perang
3/4 gula biasa.di kisar halus.
2 biji telur.
2.cwn tepung naik sendiri.
Sedikit.baking soda.
Sedikit esen vanila.
Sedikit garam.
Almod cincang secawan.
Choc chip secawan. Dan another half cawan untuk hiasan.
Dua sudu koko masakan.
Mixed semua.
Letak atas ketas pembakar n letak dua biji choc chip atas biskut. Masak dalm suhu 180 degree, 20 minit.

adunan awal lembik dan jadi ala ala Subway's cookie. Yummy. Jadi i tambah tepung lagi.

sebalang.
Seronok pula dapat buat kueh raya ni. Feeling. N hubby asik masuk dapur. Ngap je. :-).
Published with Blogger-droid v1.7.4