Tuesday, January 31, 2012

DIY Bunga Pahar hijau



Finally bunga pahar ir bunga telur siap juga untuk 80pcs.
Gabung color hijau gelap dan kuning cair. My inspiration?
Dress SANTANA dari GLEE.. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Period Tracker & making baby

Assalamualaikum.
Okey period tracker bukan wedding stuffs.
tapi ada banyaaaaak hal tentang marriage.
If koranng dah pakai smart phone which only smart if you are smart enough.. Hihi. Okey korang boleh la download application period tracker kat android market, kalau pakai android la..
Apa function?
U can track ur own period.
Boleh jote down apa simpton pms meroyan yang melanda diri. Which happens to me a lot.
Boleh tau bila time subur.
So bolehla merancang untuk making babies plak.. Wah aku letak babies okey.
Banyak gunanya okey. Kita ni mudah lupa. Jadi this apps could help us a lot. Plus doc masa buat hiv test hari tu pun suruh track period first day n ladt day. Senang nak buat due bersalin katanya..
Sharing is caring!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, January 30, 2012

Rose merah dari felt



New addiction.
Rose dari kain felt. Satu opis geram nak makan. Hehe. Tak sabar nak buat hand bouquet
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kad Kahwin - done


Bertarik tali betul nak buat kad kahwin ni. Nak buat sekali atau asing?
Fmil nak design mcm mana?
Kalau buat sekali nnt ramai kawan serbu kl, susah plak
Nak buat yg harga berapa?
Haaih.
Ada jugak tak buat2 kad nanti.
Last last kami buat decision untuk asingkan kad. Phewww.
Senang.
So me n tunang ke puchong untuk ke kad kahwin Dinda &Kanda. First time masuk bandar puteri ni. Sesat sampai ke tempat perindustrian..
So here we are. Orang tak de. Maybe sebab hari jumaat. Eh migraine2 pun sempat kuar cari kad kahwin. Hik hik.
Make a choice. Nak amek hijau mulanya. Tapi takut tak lawa sebab tak ada sample hijau lumut. Yg ada hijau lite yang kureng lawa outcomenye.
So untuk safe, plus kami tak creative enough untuk be that creative, kami pilih hitam n putih.
Sampul kosong sebab mengenangkan kos setem bertambah kalau ada tulisan kat sampul. Bengong betul POS MALAYSIA. apa berat bertambah ke kalau ada tulisan. Heeeih.
Harganya rm0.29 1000pcs untk ketas yg tebal siiikit je dr a4. N rm0.50 500pcs. Tapi saya pilih yang rm0.45 1000pcs, which jadi rm0.55 500pcs. Ketas keras ala berlaminate. So tak la lembik..
Design artwork, kata2 syahdu n doa. Untuk design artwork sebelah pihak rm30 ye.
Bayar habis. Senang. Malas nak ber deposit bagai nanti duit habis guna.
Cuma pending peta sebab lupa bawak. Yes, anis memang cuai.
Tapi dah emel sebaik sampai rumah.
So akan ambil masa 5-7 hari untuk dorang hantar first draft. Kena check n agreed untk proceed.
Harap-harap hujung bulan 2 dah siap. N dah boleh edar... Amin. Seronok berdeal dengan kanda dinda ni. Cepat je. Kita pun senang. :-)
So KAD KAHWIN DONE!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, January 27, 2012

Pakej All in One - cuci tangan

Assalamualaikum all B2B yang rajin jenguk.. all silent readers..


Mari citer tentang his preparation towards our big day.


jujurnya, saya terasa beban orang lelaki ni sangat berat rupanya.. sigh..~ yalah, mana nak bagi hantaran rm rm kat kita. Paling murah sekarang RM8k. ye, saya lah tu. Pastu kat sebelah dia msti mahu kuar duit kira-kira paling busuk rm15k untuk majlis kan. Tu tak termasuk dengan bayaran tol, gubahan hantaran yang lagi mahal dari isi hantaran, homestay atau hotel, belanja makan malam atau tengahari (ni kalau pengiring sedar diri, boleh lah bayar sendiri), cincin dan gelang yang sekarang bukan berates, tapi beribu semuanya.


Tunang saya anak bongsu dan the only anak yang mama nya akan buat urusan kahwin. Jadi, segala impian perkahwinan akan dihimpunkan di wedding kami. Walau orang tua mahu belanja, kami tak sedap untuk membiarkan orang tua yang membayar semua, kan.


Eh, ni dah masuk cite lain.


Ok his preparations.


Since his side, a.k.a our bertandang akan buat di dewan kami jumpa beberapa wedding planner yang sediakan all in one. All in one tu termasuk:


· Catering


· Meja makan beradap


· Pelamin


· Meja vip


· Meja dan kerusi semua jemputan


· Make up+baju


· Fotografi


· Dj+pa system


· Kek


· Meja hadiah


· Dan semuanya..



Kita Cuma bagi duit ikut rm per pax. Ada yang murah, ada yang mahal gia-gila.


Cuma, kad kita buat lah sendiri dan juga goodies.. semuanya cuci tangan. Hal-hal macam ni ada pros and cons.


Baiknya, memang cuci tangan. From top to toe.


Buruknya, kita maybe tak berkenan dengan make up atau gambar atau apa-apa part dari pakej yang diberi.


Come across majalah Pesona Pengantin dan web site, kami jumpa beberapa vendors yang offer dari Rm12.80 sehingga RM22 per pax, minimum 1000pax:



Seri Mempelai


Eiman Caterings

Thursday, January 26, 2012

Checklist my Big Day

Assalamualaikum.





Its time for checklist. dah balik dari CNY. his family dah datang secara formal untuk tarikh dan aturcara. alhamdulillah, everything when so well. praying for everything will always went well.. amin.






Akad Nikah



· Date - done



· Venue – done



· Theme – Hijau +putih, silver







Legal Documents




· HIV Test - done



· His Document – Process Done



· Her Document – pending




Outfit




· Akad nikah’s ; off white - done - kena collect je



· Accessories – done



· Resepsi; Bukit Ratu Sehari – booked, pending deposit



· Families – half done




Favors




Akad Nikah



· Yassin – done



· Woven Bag – done



· Kek – pending



Tq tag done, pending tampal kat Yassin je. thanx my dear opismate rajin tolong.. huhu




Resepsi



· Paper bag – done



· Bahulu; ain+rauf’s sponsor – done



· Puding for VIP – survey, pending beli



· Bekas Telur VIP – survey, pending beli



· Bekas telur biasa - survey, pending beli



· Biskut asikrim - survey, pending beli



· Air mineral – survey, pending beli



· Gula-gula+bunjut – done, pending pack



tq tag done juga.. tagging je blum. sayang my dearies opismates.. huhu




Catering – booked, pending deposit




Khemah – pending




Audio system+ DJ - pending




Pelamin; Butik Ratu Sehari – booked, pending deposit



Make up; Butik Ratu Sehari – Booked, pending deposit




Hantaran




For him (7):




· Sireh



· Kek



· Coklat



· Cincin+jam



· Quran+ buku



· Baju+seluar - done



· Skincare - done




For her (5):




· Sireh



· Kek



· Cincin+jam



· Handbag + kasut - done



· Skincare - done




DIY




· Bunga Pahar – processing



· Hand bouquet - pending







Apa lagi ye? Rasanya itu semua yang harus ada. Berapa hari lagi tinggal ni? *_*

hanyslovett gonna be private

Assalamualaikum.

Saya decide untuk delete blog hanyslovett. Pada mulanya. Tapi bila tkenang kan semua cite yang penah saya lalui saya coretkan di sana, syg pulak rasanya... Banyak jugak pics yang saya dah terhilang lepas episod pecah rumah ada kat blog picisan tu.
Jadi saya nak privatekan. Sebab -sebabnya ialah;
1. Saya rasa tak ada orang baca pun. Tapi stats naik juga. Hehe. Pelik.
2. Ada orang suka putar belitkan apa yang saya cerita mengikut sedap rasa hati dia. Contoh, sy cite hal saya beli handbag yang boleh guna untuk 4 kegunaan, tp orang kata saya menunjuk handbag baru. Huhu. Aku cite beli tv flat 42 inch kang nangis!
3. Orang-orang juga suka andai dia adalah topik utama. Wah, sungguh glamer kamu kan? Mestilah TIDAK!

jadi jadi jadi, sesapa yang masih nak baca pasal saya, pasal opis baru nanti, pasal wedding boleh jenguk blog b2b ni ok, pasal korea, pasal tips2 and nasihat yang sungguh 2cents tu, TOLONG saya dengan emelkan emel anda. Senang saya buat invitation hanya orang tertentu saja boleh view n baca n whatever u want to do..
Emelkan ke wnorhanis@gmail.com okey...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, January 25, 2012

Hand Bouquet

I think red roses hand bouquet will be suit most with baju nikah off white and baju sanding greeny, kan?
And i'm thinking for diy using felt. Hopefully it turs out well..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, January 19, 2012

JAIS Legal Documents

Assalamualaikum.




Its time for Legal Documents




Since HIV Test dah buat, so, En tunang, haruslah mengisi borang di JAIS secara online. Serius borang online ni tak menarik langsung dan menyusahkan.





Sebelum bukak borang online ni, siap-siap sedia la segala nama saksi, alamat dan juga phone number diorang. Tak la habis masa nak call diorang. Pastikan juga tahu maklumat pasangan. Dan pasangan tu juga kena tahu kariah masjid. Pastu baru boleh submit and print. Kalau borang print biasa, boleh KIV mana yang kita tak sure.





Jadi, kami terus ke Cyber Café je isi borang. Terus print. Tapi simpan juga yang PDF. Senang untuk rujukan nanti.




Untuk en Tunang yang beralamat KL, tapi tinggal di Selangor, dia isi juga borang pemastautin. Buat saja lah. Nanti jadi masalah pula. Kena bawak jumpa ketua kampong, sahkan. Kemudian bawa borang kebenaran kahwin ke Penolong Pendaftar Nikah deng segala borang yang di minta dengan saksi dua orang. Dah sah, baru hantar ke PAID – Pejabat Agama Islam Daerah. Kemudian kena tunggu borang 3B sebab en Tunang dengan orang luar Selangor.




Katanya, kalau dokumen lengkap, siap dalam satu hari. Kononnya. Tak pe, nanti kita tengok macam mana hasil ‘satu hari’ tu.




Sah laku borang 3B adalah dalam 3 bulan. Awal bulan 3 dah boleh hantar borang saya pula ke JAIP.




Mohon dipermudahkan segalanya.

Tuesday, January 17, 2012

Hunting session bermula

Assalamualaikum.




Hari Sabtu lepas mencuri masa untuk mencari serba sedikit persiapan.




Hasil?




Beg kertas untuk VIP & biasa di KLIM, Masjid Jamek. Suka kedai ni serbab beg kertasnya cantik dan tak buruk macam di Nilai. Plus, ada color hijau idaman hati. *wink* harga? Hehe. RM98 untuk 350pcs. Beli 350pcs, sebab sebelum ni dah beli 450pcs. J.









Baju dan seluar untuk hantaran si dia. Seronok tengok SOGO sale. Seronok juga membayar hasil tangkapan. Hihi.






Survey bekas telur di Sin Yin, Semua House di basement. Tiada yang menarik. Di Semua House juga, naik ke U5, ada juga store untuk barangan kahwin. Adalah yang menarik. Tapi kena tunggu green light dari mak. Huhu.









Survey juga cincin kahwin untuk si dia di Semua House. Cuba survey perak sebab itu kesukaan Rasulullah. Emas putih, platinum, berbagai cerita dan fatwa dikeluarkan. Haih. Cincin perak, tu dlam harga RM250 juga. Tapi nice la. Tak macam orang tua sangat.





Survey juga comforter kat SOGO. Ada yang berkenan, set King. Alahai. Nanti besar pulak cadarnya.





Survey perfume untuk hantaran. Tapi kamii ni banyak sangat collection perfume. Jadi rasa nak bagi si die skin care pulak. Loreal Man should be okey kan. Nanti survey lagi. Nak beli kat Jusco pulak. Boleh dapat point.





Kemudian ke kedai makanan ringan di belakang Hotel Grand Continental, di Jalan Raja Laut untuk beli sweets, lollipop dan cokelat untuk pack untuk budak-budak. Budget RM50, boleh dapat macam-macam untuk 200 packs. Seronok!

Monday, January 16, 2012

Save the Date


Alhamdulillah. Tarikh pernikahan dan majlis resepsi telah dibincangkan.



Banyak timbang tara harus dilakukan. Majlis nak buat terus. Belah lelaki seminggu selepas belah perempuan. Semakin lama majlis drag, semakin bahaya saya tinggal bersendirian. Kemudian, dengan episode mahu memulakan kerja baru di tempat baru, juga harus diambil kira sebab enam bulan tidak dapat menikmati cuti panjang.



Jadinya,



Majlis Nikah dan Resepi: 1 April 2012, 9 Jamadilawal 1433, Jerantut Pahang



Majlis Bertandang: 7 April 2012, 15 Jamadilawal 1433, KL tempat jatuh keringat.



Mohon semuanya dipermudahkan. Kad belum buat, haha masih mencari design yang menepati keendak FMIL. Huhu. Nanti akan dijemput secara formal ya. Doakan kami!

Thursday, January 12, 2012

80 hari..

Hah. Smalam baru decide date. N guess what?
Its another 80 days.!!
Kad?
Goodies?
Baju?
Legal documents?
Mkan?
Ermm.... Mn nk start dulu ni. *sambil garu kepala*
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bekas Telur Vantage - need help

Dear all,
ada sesapa tau kat maba blh dpt bekas telur vantage yang macam pic kat atas tu dgn harga murah? So far paling murah rm1.50 kat nilai. Klau dpt rm1.20 pun okey. Perlukan dlm 350pcs.. Tolong ye.!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday; acid folic

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, January 10, 2012

HIV Test - 2

Lets story mory on HIV Test. Entry wajib B2B ek.



Okey, 5 Jan, berangkat juga ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya selepas confirm appointment pukul 2- 4 petang. Means, boleh datang dalam range waktu tu.



Actually kami dari KL, selepas hantar baju en tunang ke tailor kat Medan MARA. Sampai sana dah pukul 12.30pm. since en tunang dari Selangor, borang kebenaran HIV untuk JAIS boleh ambil di JAIS atau ada disediakan di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. KK lain, saya tak tahu. Borang dari JAIP saya print selai je. tapi kerani kat kaunter daftar suruh buat 3 salinan. Ala, tak tau pun sebelum ni. so, kami pun isi borang dan keluar pergi buat salinan borang JAIP tu.



Bila dah complete, serahkan kat kaunter pendaftaran tu. walau belum pukul 2.00, dan amsih waktu lunch, diorang masih terima borang pendaftaran dan bagi angka giliran. Pukul 2 lepas makan dan solat, kami datang semula. Nombor kami dipanggil serentak (so sweet, hik hik). Bayar RM1 seorang dan bawa borang kami ke bilik nombor 18.



Kat sana, kami tunggu lagi. Nama saya di panggil, tapi bukan unutk HIV Test, tapi jawab questionnaire untuk Program Pra Kehamilan. Please read this entry sebab semua berkait rapat dengan HIV test, urine test dan Thalassemia. Haih.



Kesian en tunang menunggu lama. Sebab sebenarnya HIV test sangat simple dan sekejap. Yang buat lama sebab saya kena program pra kehamilan tu. saya merungut juga, tapi en tunang kata, baguslah dapat benda free. Saper nak bagi ujian darah percuma macam tu tanpa ada sebarang reason.



Dekat pukul 4, baru semuanya settle. Kami pun bergerak pulang.





Eh eh. Hasil HIV test macam mana?



Okey, untuk orang Pahang macam saya, borangnya detail. Ada tulis reaktif atau tidak. Untuk JAIS, memang tak tulis apa-apa. Siap borang di stapler lagi. En tunang tak puas hati. Dia pun tanya, kenapa kat borang dia tak tulis apa-apa pasal HIV test dia. okey ke tak? Pastu dia kena sound dengan nurse, ayoo. Saya bagi itu borang kuning, maknanya awak okey la. Kalau awak ada HIV, saya tak bagi itu borang la. Hhuhu. O, itu macam kah. Mana la kami tau prosedur HIV test, kan?



Well, satu legal document dah settle. Alhamdulillah.

Monday, January 9, 2012

Berdebar – episod jawapan

Its been a while. Huk huk. Ada sesiapa yang rindu? Huhu.




Dari hari Selasa, ke tidakbest an melanda diri secara berterusan. Menyebabkan air mata berterusan tak kering. Sampai kena tekanan darah rendah. Hate it~




Ingat tak hal berdebar? Sometimes, bila bukan rezeki kita, makanan tu dah dekat dengan lidah, dah nama bukan rezeki kita, tetap boleh terkeluar dari tangan yang besar gedabak cuba memegang makanan tersebut. Eh. Paham? Means, walau dah 80% yakin FMIL agreed, rupanya ada 20% yang membataskan segalanya.




So?




Mama totally not agreed with you all’s punya decision. Mama nak semuanya macam biasa, nikah majlis di Jerantut, next week di KL.




Okey. Air mata dah banjir, walau en tunang masih berkeras nak juga memujuk lagi. Dan dia keep cuba pujuk. Dan mama keep juga cuba pujuk kami nikah lambat sikit supaya ada masa dia buat persiapan. Yes, I understood. He is the only child that she has for the big wedding ceremony. All her wedding dreams will be on him, only. So, kami tak boleh mamandai dah. Bagitau my mom, she actually tak berapa berkenan juga dengan plan untuk akad dulu. Tapi sebab anak dia ni dah guna psikologi terlebih, yang tak lut kat FMIL, nak wat cam ne kan.




saya dah jadi macam bunga ni. layu. dah malas nak kembang balik. huh.



Actually, saya dah memang tak nak buat HIV test hari Khamis tu. dah merajuk. Dah berjauh hati. Dah frust. Rasa nak calling off je. Tapi en tunang nak jugak. Dia nak jugak hantar baju dia pergi tailor. Dia semangat ajak saya pergi wedding festival dan jelajah clearance sale Parkson untuk cari barang hantaran. Saya TAK NAK. Tapi pergi juga akhirnya. Huhu. Sebab dia nak belanja. Tapi dia tak berkenan dengan handbag kat situ. Dia nak cari lain. Heih, cerewet pulak.




FMIL sanggup nak teman kat rumah malam-malam kalau rasa insecure atau takut. Adoi, nak tido dengan FMIL? Kot termimpi nak kahwin kang, tak ke haru? Last, semalam terpaksa juga bermalam di rumah diorang. Segan okey. Tapi dah malas nak bertekak dengan en tunang. Tapi bestnya, saya dapat tengok muka dia sebelum tidor. Pastu nak pergi kerja pun dapat jumpa dia. hihi. Gatal! Dan hari ni dapat bekal sandwich walau saya bangun kul 6.30, mama nya dah pergi kerja pun. Failed! Huk huk.







p/s: sesape rasa nak shopping, Parkson KLANG Parade ada buat ekstrem clearance sale. Tapi, SOGO punya Sale lagi murah. Set comforter mahal. Huh.

Friday, January 6, 2012

Thalassemia

Assalamualaikum.




Jan 5, saya dan tunang pergi buat HIV test di Klinik Kesihatan Kelan jaya. sampai sana puku 12.30. tapi appointment kan pukul 2, so isi borang. baru tahu, kalau luar dari selangor or KL, borang kebenaran kena photostate 3 salinan. haih. nasib baik en tunang arif tentang jalan area situ. dapatlah cari kedai untuk buat copy


pukul 2, nombor dipanggil untuk buat HIV test. bila dipanngil, saya diberitahu saya dipilih untuk menjalani ujian/ program pra-kehamilan. erk. blush gila masa nurse soal macam-macam pasal hal kehamilan. eii. kahwin pun belum. tapi tabah je dengar dan jawab soalan dari nurse.


so, ada extra check air kencing. untuk tengok ada penyakit tak. kemudian ujian darah. ni termasuk HIV sekali. tapi ada extra check pasal darah. kalau tunang hanya di ambil darah di jari, saya diambil di pelipat. banyak plak tu. adoi.


HIV test okey. tapi ujian darah belum keluar. sementara tunggu resullt, doktor pun bagi consultation. she asked about period cycle. ada problem tak dengan period. dia check keadaan dalaman perut. blush gile bila doc tanya, lepas kahwin terus nak ada anak ke. adoi soalan.


bila dapat result, doc dah kerut-kerut.


D: awak punya hemoglobin darah merah okey..


S: okey.. (sambil kerut juga)


D: tapi patern darah merah awak ni pelik dan saya risau awak ni pembawa Thalassemia.


S: erk..


D: keluarga awak ada Thalassemia ke?


S: tak ada (confident gile)


D: tak ada atau tak pernah buat screening?


S: hehee. tak ada sebab tak pernah tau sebab tak pernah buat screening.


D: so, saya akan hantar darah awak ke hospital besar untuk buat details screening untuk sahkan awak pembawa Thalassemia atau tak ye. benda ni penting, sebab kalau awak pembawa Thalassemia kita kena check pasangan awak juga. dan kita tak boleh bagi ubat tambah darah sebab nanti darah merah awak bergumpal dan effect jantung.


S: (terkelip-kelip pandang doctor).. err. bila boleh tau result.?


D: dalam sebulan setengah. nanti kita contact untuk bagitau result.




oo. masih terpinga-pinga. dan keluar jumpa tunang sebab kena pergi pharmacy ambil acid folic. eh, lupa nak bagitau doc bagi acid folic untuk persediaan sebelum pregnant. katanya better ambil awal untuk mengelakkan kecacatan otak pada baby. benda free, ambik saja.




check internet pasal Thalassemia ni. oh, pembawanya senang penat, senang sesak nafas (erm. biasa berlaku).


masa kat uia, saya pernah derma darah. pas derma, saya ter pitam atas katil nya. pastu saya ter muntah dalam pitam tu. pelik tak? doctor pun pelik. dia suruh saya buat extra check kat pusat dara negara. tapi tak pegi pun.


so bila nak kahwin, baru sedar darah memang tak normal. huk huk. risau pula kot-kot en tunang pembawa Thalassemia juga. haih.




Thursday, January 5, 2012

aduhai..

Too much to handle.. Haih.
Arguement.
Program pra kehamilan.
Thalasemia.
Nanti la cerita.
Haih.
Tolong doa dipermudahkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, January 4, 2012

Hiv test

Alhamdulillah.
Appointment untuk hiv test dah dibuat. Mula-mula call KK shah alam. Paling awal boleh buat 10 jan. Ok. Book saja.
Then call KK kelana jaya plak. Paling awal 5 jan. Hah. Rezeki. Mestilah book juga. Siap diingatkan untuk bawa borang dari jaip. N tunang punya dah disediakan siap-siap kat sana. Eh, kena call untuk confirm semula. Risau pulak kot tersalah dengar penerangan.
Berdebar jugak bab hiv test ni. Dah ulang kali cakap kat tunang jangan lupa hiv test.
Esok nak anta baju nikah en. Tunang plak. Saya punya dah antar. Hihi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Berdebar

Hari ni hari penentuan. Penentuan tarikh. Moga semyanya berjalan lancar. Moga dilembutkan hati mereka.
Kami tengah fill up legal documents. Dokumen dari JAIS guna online sungguh macam tak berapa membantu. Susah la guna online. Hurm.. Time macam ni lagi prefer guna cara tradisional.
Haih..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, January 3, 2012

Pengantin Numerolog

Assalamualaikum.






mari berkongsi ilmu dan cerita. okey, untuk bakal pengantin, kalau korang ada duit lebih dan rajin membaca, sila beli Solusi, Isu no.39. bukak page 74, bab Munakahat.



isu nya kali ni, PENGANTIN NUMEROLOG. apa isinya?



its all about perihal pemilihan tarikh perkahwinan. dari segi Islamnya, tiada salah. cuma jangan sampai diunjangi syirik, khurafat, tahyu atau apa-apa unsur yang menganggu kestabilan iman.



"semua hari adalah baik, tiada malang atau sial. Cuma yang diajarkan oleh Rasululah, ada penentuan hari paling baik antara kesemua hari dan ada bulan paling baik antara kesemua bulan"



Perkara yang elok diberi perhatian untuk perkahwinan adalah:



1. Pastikan kesesuaian waktu jurunikah yang ingin melakukan akad nikah agar dia mempunyai kelapangan.



2. Digalakkan menjalankan akad nikah pada masa bakal isteri suci dari haid.



3. Pastikan nikah bukan dilakukan pada waktu solat, khususnya untuk yang bernikah di masjid.



4. Elok majlis pernikahan dilakukan ketika cuti umum agar ramai dapat menghadirinya.



5. Pastikan para jemputan tidak terdiri daripada orang kaya sahaja.






petikan dari Solusi. lets sharing :)

Monday, January 2, 2012

Fesyen Tudung Nikah


Erm. Mulanya tak ada masalah ngan tudung nikah ni.. Just nak pakai tudung bawal n veil je. Tapi tapi tapi, FMIL sungguh baik hati menghadiahkan satu eh sehelai selendang or shawl dari kain chiffon dengan heavy bead. Panjang gila kot. Kalau pakai kat kepala, sebelah sahaja dah cecah peha. So, pnjangnya mahu lebih 2 meter kot.
Masalahnya, bagaimana mahu saya pakai shawl tu? Saya tak reti.. Help...
Adalah jumpa orang pakai shawl beaded tu. Tapi cari tutorial tak jumpa pulak.. B2b n kengkawan yang terer, kalau ada sebarang link or tutorial, please share boleh?... :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4