Tuesday, January 10, 2012

HIV Test - 2

Lets story mory on HIV Test. Entry wajib B2B ek.



Okey, 5 Jan, berangkat juga ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya selepas confirm appointment pukul 2- 4 petang. Means, boleh datang dalam range waktu tu.



Actually kami dari KL, selepas hantar baju en tunang ke tailor kat Medan MARA. Sampai sana dah pukul 12.30pm. since en tunang dari Selangor, borang kebenaran HIV untuk JAIS boleh ambil di JAIS atau ada disediakan di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. KK lain, saya tak tahu. Borang dari JAIP saya print selai je. tapi kerani kat kaunter daftar suruh buat 3 salinan. Ala, tak tau pun sebelum ni. so, kami pun isi borang dan keluar pergi buat salinan borang JAIP tu.



Bila dah complete, serahkan kat kaunter pendaftaran tu. walau belum pukul 2.00, dan amsih waktu lunch, diorang masih terima borang pendaftaran dan bagi angka giliran. Pukul 2 lepas makan dan solat, kami datang semula. Nombor kami dipanggil serentak (so sweet, hik hik). Bayar RM1 seorang dan bawa borang kami ke bilik nombor 18.



Kat sana, kami tunggu lagi. Nama saya di panggil, tapi bukan unutk HIV Test, tapi jawab questionnaire untuk Program Pra Kehamilan. Please read this entry sebab semua berkait rapat dengan HIV test, urine test dan Thalassemia. Haih.



Kesian en tunang menunggu lama. Sebab sebenarnya HIV test sangat simple dan sekejap. Yang buat lama sebab saya kena program pra kehamilan tu. saya merungut juga, tapi en tunang kata, baguslah dapat benda free. Saper nak bagi ujian darah percuma macam tu tanpa ada sebarang reason.



Dekat pukul 4, baru semuanya settle. Kami pun bergerak pulang.





Eh eh. Hasil HIV test macam mana?



Okey, untuk orang Pahang macam saya, borangnya detail. Ada tulis reaktif atau tidak. Untuk JAIS, memang tak tulis apa-apa. Siap borang di stapler lagi. En tunang tak puas hati. Dia pun tanya, kenapa kat borang dia tak tulis apa-apa pasal HIV test dia. okey ke tak? Pastu dia kena sound dengan nurse, ayoo. Saya bagi itu borang kuning, maknanya awak okey la. Kalau awak ada HIV, saya tak bagi itu borang la. Hhuhu. O, itu macam kah. Mana la kami tau prosedur HIV test, kan?



Well, satu legal document dah settle. Alhamdulillah.

No comments: