Tuesday, January 17, 2012

Hunting session bermula

Assalamualaikum.




Hari Sabtu lepas mencuri masa untuk mencari serba sedikit persiapan.




Hasil?




Beg kertas untuk VIP & biasa di KLIM, Masjid Jamek. Suka kedai ni serbab beg kertasnya cantik dan tak buruk macam di Nilai. Plus, ada color hijau idaman hati. *wink* harga? Hehe. RM98 untuk 350pcs. Beli 350pcs, sebab sebelum ni dah beli 450pcs. J.









Baju dan seluar untuk hantaran si dia. Seronok tengok SOGO sale. Seronok juga membayar hasil tangkapan. Hihi.






Survey bekas telur di Sin Yin, Semua House di basement. Tiada yang menarik. Di Semua House juga, naik ke U5, ada juga store untuk barangan kahwin. Adalah yang menarik. Tapi kena tunggu green light dari mak. Huhu.









Survey juga cincin kahwin untuk si dia di Semua House. Cuba survey perak sebab itu kesukaan Rasulullah. Emas putih, platinum, berbagai cerita dan fatwa dikeluarkan. Haih. Cincin perak, tu dlam harga RM250 juga. Tapi nice la. Tak macam orang tua sangat.





Survey juga comforter kat SOGO. Ada yang berkenan, set King. Alahai. Nanti besar pulak cadarnya.





Survey perfume untuk hantaran. Tapi kamii ni banyak sangat collection perfume. Jadi rasa nak bagi si die skin care pulak. Loreal Man should be okey kan. Nanti survey lagi. Nak beli kat Jusco pulak. Boleh dapat point.





Kemudian ke kedai makanan ringan di belakang Hotel Grand Continental, di Jalan Raja Laut untuk beli sweets, lollipop dan cokelat untuk pack untuk budak-budak. Budget RM50, boleh dapat macam-macam untuk 200 packs. Seronok!

2 comments:

butterfly said...

seronoknye beli belah...:)

hanys said...

Sernok... Nk mbayar lg 'seronok' hihi