Thursday, January 19, 2012

JAIS Legal Documents

Assalamualaikum.




Its time for Legal Documents




Since HIV Test dah buat, so, En tunang, haruslah mengisi borang di JAIS secara online. Serius borang online ni tak menarik langsung dan menyusahkan.





Sebelum bukak borang online ni, siap-siap sedia la segala nama saksi, alamat dan juga phone number diorang. Tak la habis masa nak call diorang. Pastikan juga tahu maklumat pasangan. Dan pasangan tu juga kena tahu kariah masjid. Pastu baru boleh submit and print. Kalau borang print biasa, boleh KIV mana yang kita tak sure.





Jadi, kami terus ke Cyber Café je isi borang. Terus print. Tapi simpan juga yang PDF. Senang untuk rujukan nanti.




Untuk en Tunang yang beralamat KL, tapi tinggal di Selangor, dia isi juga borang pemastautin. Buat saja lah. Nanti jadi masalah pula. Kena bawak jumpa ketua kampong, sahkan. Kemudian bawa borang kebenaran kahwin ke Penolong Pendaftar Nikah deng segala borang yang di minta dengan saksi dua orang. Dah sah, baru hantar ke PAID – Pejabat Agama Islam Daerah. Kemudian kena tunggu borang 3B sebab en Tunang dengan orang luar Selangor.




Katanya, kalau dokumen lengkap, siap dalam satu hari. Kononnya. Tak pe, nanti kita tengok macam mana hasil ‘satu hari’ tu.




Sah laku borang 3B adalah dalam 3 bulan. Awal bulan 3 dah boleh hantar borang saya pula ke JAIP.




Mohon dipermudahkan segalanya.

2 comments:

dhiera said...

nama tok kadi perlu jugak x?

hanys said...

Tak perlu...