Monday, January 30, 2012

Kad Kahwin - done


Bertarik tali betul nak buat kad kahwin ni. Nak buat sekali atau asing?
Fmil nak design mcm mana?
Kalau buat sekali nnt ramai kawan serbu kl, susah plak
Nak buat yg harga berapa?
Haaih.
Ada jugak tak buat2 kad nanti.
Last last kami buat decision untuk asingkan kad. Phewww.
Senang.
So me n tunang ke puchong untuk ke kad kahwin Dinda &Kanda. First time masuk bandar puteri ni. Sesat sampai ke tempat perindustrian..
So here we are. Orang tak de. Maybe sebab hari jumaat. Eh migraine2 pun sempat kuar cari kad kahwin. Hik hik.
Make a choice. Nak amek hijau mulanya. Tapi takut tak lawa sebab tak ada sample hijau lumut. Yg ada hijau lite yang kureng lawa outcomenye.
So untuk safe, plus kami tak creative enough untuk be that creative, kami pilih hitam n putih.
Sampul kosong sebab mengenangkan kos setem bertambah kalau ada tulisan kat sampul. Bengong betul POS MALAYSIA. apa berat bertambah ke kalau ada tulisan. Heeeih.
Harganya rm0.29 1000pcs untk ketas yg tebal siiikit je dr a4. N rm0.50 500pcs. Tapi saya pilih yang rm0.45 1000pcs, which jadi rm0.55 500pcs. Ketas keras ala berlaminate. So tak la lembik..
Design artwork, kata2 syahdu n doa. Untuk design artwork sebelah pihak rm30 ye.
Bayar habis. Senang. Malas nak ber deposit bagai nanti duit habis guna.
Cuma pending peta sebab lupa bawak. Yes, anis memang cuai.
Tapi dah emel sebaik sampai rumah.
So akan ambil masa 5-7 hari untuk dorang hantar first draft. Kena check n agreed untk proceed.
Harap-harap hujung bulan 2 dah siap. N dah boleh edar... Amin. Seronok berdeal dengan kanda dinda ni. Cepat je. Kita pun senang. :-)
So KAD KAHWIN DONE!
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: