Tuesday, January 3, 2012

Pengantin Numerolog

Assalamualaikum.






mari berkongsi ilmu dan cerita. okey, untuk bakal pengantin, kalau korang ada duit lebih dan rajin membaca, sila beli Solusi, Isu no.39. bukak page 74, bab Munakahat.



isu nya kali ni, PENGANTIN NUMEROLOG. apa isinya?



its all about perihal pemilihan tarikh perkahwinan. dari segi Islamnya, tiada salah. cuma jangan sampai diunjangi syirik, khurafat, tahyu atau apa-apa unsur yang menganggu kestabilan iman.



"semua hari adalah baik, tiada malang atau sial. Cuma yang diajarkan oleh Rasululah, ada penentuan hari paling baik antara kesemua hari dan ada bulan paling baik antara kesemua bulan"



Perkara yang elok diberi perhatian untuk perkahwinan adalah:



1. Pastikan kesesuaian waktu jurunikah yang ingin melakukan akad nikah agar dia mempunyai kelapangan.



2. Digalakkan menjalankan akad nikah pada masa bakal isteri suci dari haid.



3. Pastikan nikah bukan dilakukan pada waktu solat, khususnya untuk yang bernikah di masjid.



4. Elok majlis pernikahan dilakukan ketika cuti umum agar ramai dapat menghadirinya.



5. Pastikan para jemputan tidak terdiri daripada orang kaya sahaja.






petikan dari Solusi. lets sharing :)

No comments: