Friday, January 6, 2012

Thalassemia

Assalamualaikum.




Jan 5, saya dan tunang pergi buat HIV test di Klinik Kesihatan Kelan jaya. sampai sana puku 12.30. tapi appointment kan pukul 2, so isi borang. baru tahu, kalau luar dari selangor or KL, borang kebenaran kena photostate 3 salinan. haih. nasib baik en tunang arif tentang jalan area situ. dapatlah cari kedai untuk buat copy


pukul 2, nombor dipanggil untuk buat HIV test. bila dipanngil, saya diberitahu saya dipilih untuk menjalani ujian/ program pra-kehamilan. erk. blush gila masa nurse soal macam-macam pasal hal kehamilan. eii. kahwin pun belum. tapi tabah je dengar dan jawab soalan dari nurse.


so, ada extra check air kencing. untuk tengok ada penyakit tak. kemudian ujian darah. ni termasuk HIV sekali. tapi ada extra check pasal darah. kalau tunang hanya di ambil darah di jari, saya diambil di pelipat. banyak plak tu. adoi.


HIV test okey. tapi ujian darah belum keluar. sementara tunggu resullt, doktor pun bagi consultation. she asked about period cycle. ada problem tak dengan period. dia check keadaan dalaman perut. blush gile bila doc tanya, lepas kahwin terus nak ada anak ke. adoi soalan.


bila dapat result, doc dah kerut-kerut.


D: awak punya hemoglobin darah merah okey..


S: okey.. (sambil kerut juga)


D: tapi patern darah merah awak ni pelik dan saya risau awak ni pembawa Thalassemia.


S: erk..


D: keluarga awak ada Thalassemia ke?


S: tak ada (confident gile)


D: tak ada atau tak pernah buat screening?


S: hehee. tak ada sebab tak pernah tau sebab tak pernah buat screening.


D: so, saya akan hantar darah awak ke hospital besar untuk buat details screening untuk sahkan awak pembawa Thalassemia atau tak ye. benda ni penting, sebab kalau awak pembawa Thalassemia kita kena check pasangan awak juga. dan kita tak boleh bagi ubat tambah darah sebab nanti darah merah awak bergumpal dan effect jantung.


S: (terkelip-kelip pandang doctor).. err. bila boleh tau result.?


D: dalam sebulan setengah. nanti kita contact untuk bagitau result.




oo. masih terpinga-pinga. dan keluar jumpa tunang sebab kena pergi pharmacy ambil acid folic. eh, lupa nak bagitau doc bagi acid folic untuk persediaan sebelum pregnant. katanya better ambil awal untuk mengelakkan kecacatan otak pada baby. benda free, ambik saja.




check internet pasal Thalassemia ni. oh, pembawanya senang penat, senang sesak nafas (erm. biasa berlaku).


masa kat uia, saya pernah derma darah. pas derma, saya ter pitam atas katil nya. pastu saya ter muntah dalam pitam tu. pelik tak? doctor pun pelik. dia suruh saya buat extra check kat pusat dara negara. tapi tak pegi pun.


so bila nak kahwin, baru sedar darah memang tak normal. huk huk. risau pula kot-kot en tunang pembawa Thalassemia juga. haih.




2 comments:

Kikin Amer said...

xpela dear,check awal2...i plak yg takut rasa mcm nak pegi check je...acid folic tu boleh beli kat normal pharmacy ke? utk persediaan sebelum preggy? i taktau sgt bab2 ni... btw nanti yg HIV test tu u booked tru fone je ke? aritu i call KK bdr tun razak tapi diorg suruh dtg klinik buat booking cuz dorg nak bg borang isi sana. xleh booked on the fone :(

hanys said...

Acidfolic tu bagus. Tp kkak opis ckp jgn mkn b4 kawin. Nnt gemuk. Huhu
Setiap KK berlainan prosedur. Kelana jya strictly no walk in.. Cuba je call few kk.