Saturday, March 31, 2012

1 Day to Go

Assalamualaikum.
Lagi satu hari. Agak sibuk keadaan rumah sekarang. Yet i still can blogging. Hahaha... Pengantin tak perlu keluar..duk rumah pack goodies sahaja..
Update keje semalam, inai.
Inai di buat oleh emak tersayang.


Siap di selimutkan dengan kain pelikat ayahanda sebab angin malam.. Sejuk..
Hasilnya?


Tak la merah sangat. Tapi i just like it. Cumanya mani and pedicure tu menyebabkan kutikel kuku macam tak sekata. Menyesal plak.
Bilik pengantin pun dah siap.
Pelamin pun dah pasang semalam.
Baju pengantin dab aksesori dah di anta.
Khemah tengah di pasang.
Goodies tengah hangat di pack.
Okwy done. Orang dah bising kata pengantin duk main message..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, March 30, 2012

Nasi Manis untuk santapan

Assalamualaikum.
Lagi dua hari menjelang bertukar status. Update keje semalam.
Kenal nasi manis? Atau wajik?
Di tempat kami ni biasa orang buat nasi manis untuk santapan sambil buat kerja. Dan juga bekal untuk keluarga lelaki. Pagi pagi mak dah kukus pulut 10kg.
Kemudian kerah kami bangun untuk balik kampung buat nasi manis. Nak buatnya basically macam dodol juga. Cuma tak la selama mcm dodol yang dekat 7 jam mengacaunya.


Dah siap pack. Untuk keluarga lelaki kami pack lawa sikit la... Huhu.
Semalam juga men setelkan hal homestay. Stress! Dengan orang buat homestay ni, sesuka hati nak suruh orang keluar kul 1 siap bawak barang keluar time pengantin nak bersanding. Ko pehal?!. Nasib ada solution yang menyediakan homestay siap fully aircord cuma tambah rm50. Huh. Pastu meroyan call ajak bincang.. Sory naik lory.
Mak asik kata, sabar along. Ada penyelesaian nya...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, March 29, 2012

3 days to go

Assalamualaikum...
Update dari home sweet home. Kawan kawan bilang, lepas 1 april pasti lagi sweet.. Hihi.
Semalam buat basic mani & padicure di Olivia Nail Spa. Hasil rembatan di Groupon.


First time okey buat kuku. Dahla kuku kaki ku tak berapa nak lawa untuk dipersembahkan. Haih.
Seronok bila dimanjakan. Tak sakit pun...:-)
Jadi kuku ku dah ready untuk di inaikan.
Hari ni banyak pulak tugasan yang mak bagi. Badan tetiba rasa nak demam. Alahai...
Doakan majlis berjalan lancar ye. Terima kasih!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, March 28, 2012

Sponsored Guestbook - teaser

Assalamualaikum.
Lagi 5 hari. Nebes.
Semalam dapat first draft dari kawan yang nak sponsored guestbook. Alhamdulillah. Allah murahkan rezeki kami.
Jadi... Saya bagi tengok la draft yang dia buat...


As i said, itu first draft. Lepas bincang, kami tukar gambar kepada yg original. Hasilnya? Tunggu.....lepas majlis.
Menarik tentang guestbook ni, dibuat depan belakang untuk both side. Macam mana hasilnya? Tunggu.....lepas majlis. Hihi.
Yang penting, tengok hasil draft pun dah bikin hati cair.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, March 25, 2012

7 days to go..

Assalamualaikum.
Seminggu. 7 hari. Less than 168 hour. My last sunday as a 'cik', insya Allah.
Persiapan tak ada perlu risau sangat dah. Topup apa yg kurang nanti. Packing semua dibuat secara kerahan tenaga hari jumaat dan sabtu. Cousins and besties oun dtg hari sabtu..


7 hari.
Hari ni seharian di rumah bakal mentua menolong dorang siapkan barang barang kawin.and of course dah dpt tengok our bilik pengantin... Sweet coz fmil ikut his fevret color, hitam.. Siap kelambu lagi.

Perabot extra utk rumah pun dah sampai. Beli sofa 3+2+1, coffee table, bedroom siap almari 4 pintu (love it to the max!), katil pull out untuk bilik tetamu+tilam 2, towel rack. Total tk sampai rm2k. :-). Kenapa perabot extra? Ini rumah tunang saya yg dah complete sebenarnya. Saya cuma menokok tambah supaya family yg datang akan selesa nanti.
Lagi dua hari juga akan meninggalkan tempat kerja sekarang. Berdebarnya.
Mohon doakan semuanya berjalan lancar. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, March 22, 2012

Hadiah Kahwin Pertama

My wedding is about another 10 days.
And i already get my wedding gifts. Sebenarnya hari ni opis buat farewell saya yang akan pergi next week. Hadia farewell dapat. Wedding gift pun dapar. Patutla pelik kenapa siap ada dua hadiah.. Hadiahnya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Isi dalam? Set 6 pinggan makan + mangkuk nasi+6 bekas lauk.. And i love it so much! Bolehla datang makan rumah ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, March 19, 2012

Jodoh di tangan Tuhan

Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita di pagi isnin yang errr semakin tak best ni. Another 3 isnin, pasti seronok. Hihi.
Monday blues? Layaaaan..
Sebenarnya nak cite pasal besarnya kuasa tuhan kita yang satu ni, Allah. Bayangkan ye Allah tu dah set jodoh n date nikah kita ni dari awal lagi.
Contoh paling ketara, saya sendiri. Walau dah bercinta lovey dovey menangis berduka sweet sweet selama 9 tahun ( pada 2011), we barely think n talk about married. Ada kejap. Pastu diam. Yang buat kami bertunang sebab my sis nk sangat nikah n our parents insist us to engaged first klau tak ready lagi nk kawin. Yes, we are not ready yet. Banyak responsibility kena pegang n galas. Kami bukan ada orang nak sponsor from top to toe.
Then bertunang.
Tarikh belum tetap. Cuma cakap setahun dari tarikh. Tapi kami malas nak pikir lagi.
Then there goes around runah kna pecah, my housemate nk smbung study. And he badly worried about me n start thinking about marrying me asap. So asap, sampai nak buat bulan 2. Tapi macam yang saya bilang, tarikhnya Allah yang tetapkan walau kita sedaya upaya gigih nak juga tarikh tu, tapi kalau Dia cakap no, means no.
Kesimpulannya, jangan risau sangat pasal tarikh kahwin. Cuma kena lah ada sedikit effort berbincang. Janganlah so-i-dont-care.
Doakan akad nikah berjalan lancar. Hal hal majlis kahwin adalah buat syarat saja. Bonus kalau semuanya lancar. Amin.


us @ 15 years knowing each other and almost 10 years in love.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, March 18, 2012

14 days to go

Assalamualaikum.



Diam tak diam lagi 14 hari rupanya. Dua minggu.
Insya allah semua preparations dlm keadaan lancar. Cuma kadang kala mood bridezilla turns ON. hihi.
Quick update.
1. Baju bertandang bertukar. Butik mass kassim (have i ever told about the boutique?) rupanya menyediakan baju baru untuk menantu my fmil. Eh. Saya la tu. Dari lite purple jadi pinkish purple. I likeeeeee sangat. Yelah baju fresh. Orang tak.pakai lagi kan. Sape tak nak. Cuma im getting kurus (haha), so baju n kain kena kecik kan sikit.
2. Barang hantaran dah ambik and dah siap. Overall puas hati. Its look refershing. Barang hantaran his side pun dah ambik smalam. Tak suprise langsung sbb kami dah tgk masing masing. Haha. Tapi isi tak letak lagi. Sempat singgung tangan tunang, kata 7 bls 9? Dia kata, memangla. Tapi nape dulang u 11? Hadiah, jawab tunang. Eiii. Btw, Sayang You kat Semua House tu buat hantaran cantik gila. Tak la semahal nilai.
3. Kek kahwin n kek hantaran dah tempah dari kawan ayah di jerantut. Hantaran ambik cup cake dari fondant. Senang nak bawak balik. Kek kawin ambik dua tingkat je. Tak kuasa nak banyak tingkat. Bila sebut hijau, makcik tu senyum. Katanya dah lama orang tak buat hijau.
4. Homestay untuk his side tak buat payment lagi. Tapi dah booking mulut.
5. Biskut askrim dah berjaya dipack kan oleh adik adiku dan adik ipar ku. Ada drama disitu...tetttt.


Merata cari biskut ni. Rupanya belakang rumah tunang ada kedai borong makanan ringan. Rm12 sekilo. Mahal or murah? Tapi ambik se tin dapat rm36. 5kg sekali ngan tin.
6. Plan nak letak drinking water 230ml yang dalam cup tu untuk guest dari kejauhan. Survey survey, ada kedai borong kat subang ni jual rm4 je utuk 24cups. Kat tesco ada juga, untuk jenama Kooler. Tapi limited stock. Skarang tengah berkira kira larat tak saga tu angkut untuk 16box yang mengandungi 400pcs cups tu pulang ke jerantut. Huhu.
7. Jemputan dah selamat di edarkan. By hand. By emel. By pos. By facebook. Alhamdulillah. Rupanya baru sedar, ramainya kenal saya kat opis tu. Tak jemput nnt kecik hati. Jemput nanti terlebih jemputan tak cukup makanan. Camno? Ayah pulak suruh print kad lagi. Katanya saya anak sulung lain jemputannya. Adik hari tu walau first wedding, bukan anak sulung. Haih. Ayahanda.


8. Ada kawan nak spnsor guestbook. Wajar tak lagi 2 weeks, and i havent look at the guesbook yet. Dah wobder girls ni. Jadi ke tudak. Kalau jadi saya ada idea untuk meja guestbook tu.. Sobs.

Lain lain update, ermm lupa dah. Nanti ingat update lagi. Doakan majlis kami berjalan lancar. Doakan saya tak jadi bridezilla.. Hihi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, March 16, 2012

Cupcakes from TeaRoom

Assalamualaikum. Barakallah Friday.
Minggu ni sungguh busy. Walau keje 4 hari je sebab hari rabu cuti, tapi mood bekwrja dah tak ada. Yang buat pegi keje hanyalah sebab i want halal salary. Insya allah. And also sebab my girls kat opis yang happening.
Jadi sebagai menghargai mereka yang i can call as adik adik, i bought the the mini cup cakes from TeaRoom. I bought it through Groupon (love groupon till the max!)
First box.


Curious how it looks inside?


Its garden theme..geram kan?

Second box.


And inside is...


With blue-pink party theme. Abaikan yang rompong satu tu sebab tak sabar nak rasa.. Hehe

All flavors are mixed choc and butter. Its taste yummy.
TeaRoom located at Wisma Volkswagen kat jalan maarof yang susah nak parking tu. I drove over about 5 times to get parking. Last last just park kat tmpat no parking sebab nak pick up je. Its such a lovely cafe. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, March 12, 2012

Yeay dah boleh kahwin!

Assalamualaikum frens. Selamat hari isnin.
Jangan monday blues. Ceria ceria kan hari anda. Pkai baju terang terang color.striking agar mood ceria terhasil.
Wah. Balik kampung dua hari satu malam.sangat berharga buat diriku. Banyak benda boleh buat and its so valued.
Mood happy bila tengok borang kebenaran kahwin dari jabatan agama islam daerah jerantut telah diperolehi. Hihi.
Taddaaaa...


Legaa sangat. Jadi borang kebenaran kahwin ni valid untuk 90 hari.. :-).
Doakan dipermudahkan segalanya buat kami. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, March 11, 2012

21 days to go!

21 days to go.
3 weeks to go.
Tetiba rasa macam bulan mac ni cepat gila masa berlalu.


Hari ni bangun pagi di home sweet home jerantut. Sibuk berbincang dengan family tentang hal hal yang masih pending..
Semoga di permudahkan segalanya nuat kami. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, March 9, 2012

Spa Review

Assalamualaikum.
Tiga hari menyepi. Huhu.
Oh. Semalam ke spa untuk sesi manja manja. Serius nasib baik pergi sorang. Haha. Kalau pegi bawak tunang, memang ermm. Ish ish. Bahaya betul.
Overall, it an awesome experience. Saya beli groupon spa berharga rm58 inatead rm252. Merangkumi foot soak, full body massage, and choice of sauna or detox spa or hot blanket. Mine is detox spa. Actually tak pilih pun. Macam dah ditetapkan je. Tak pe la. Yang penting best kan.
First of all haruslah buat appointment sebab sangat pack almaklumlah murah kan. Dapat pukul 3.30 di hari yang memang saya nak cuti, hari rabu.
Tempatnya di kota damansara. I kind a hate this the strand sebab sangat pack dan susah parking. Tapi dekat ngan rumah kan. Nak cari Lizkhan Spa Beauty & Soul ni agak tricky. Takder signange rasanya. Saya cari guna nombor bangunan dan jalan. Ish ish. Sebenarnya ia terletak under Emperor Spa. Terus disambut mesra. Best.
Buat foot soak dulu. Nyaman gila rasa sebab kaki di rendam dalam minyak aeromatheraphy. Dlm 15 minit ke bilik massage. Tukar baju kepada kain biasa. Bermula urutan kampung dr kakak indon tu. Memang best walau sakit. Dia jumpa semua urat yang bersimpul. 60minit di situ.
Kemudian buat scrub badan. Ini part memang agak censored. Adeih kakak spa oi. I ni tak biasa tau. Tapi boleh akak tu buat lawak ala nak malu apa nanti bila sudah kahwin mau bersalin itu doc lelaki pegang semua juga. Adeih. Malu i.
Lepas scrub dalam 15 minit ada mandi buble dalam tab. Best best. Dalam 30minit.
So total 2 jam.
Last.lepas bersiap sebelum balik diberi minum air halia campur i forgot. Huhu. Sedap tapi pahit.
Overall, i love this spa. So privacy. I dun ever meet other customer. Its kind a i'm the only customer like puteri puteri. Hihi.
Natijahnya, khamis mc sebab sakit badan + err sakit yang lain. Hihi.
P/s; sori tak der gambar sebab hp mati takder bateri + time bermanja takkan nak.amek gambar kan..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, March 6, 2012

Hantaran; done!


Alhamdulillah. Hantaran deco dah siap. Hantar kat kawan ain.
Saya beli bungasendiri. Dan bahan sendiri. Kemudian upah kawan ain buat deco. Its so nice and fresh.
Ye. Color hijau juga hantaran saya. And it looks so fresh.
Hari ni bagi gambar sephia je la ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, March 4, 2012

Lolipop

Lolipop Bunga

Lolipop Ikan. Yum yum.

Lolipop Bulat bulat.

Lolipop Lovey dovey

Well, i love lolipop. Dan thats one of favors for the kids.. Kids only okey.. Hihi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, March 2, 2012

Time for Manja manja

Okey. Berjaya beli groupon untuk spa. Dulu dah pernah beli tapi sebab saaaaaaaangat busy terpaksa burned macam tu. Jadi sebelum kahwin ni nak manja manja kat spa. Tapi bukanlah spa khas untuk kahwin. Spa khas untuk kahwin tunang nak uruskan sebab dia ada kawan yang mana wife nya bukak spa jugak.
Ni saje gatal nak massage2. Kata internet, bila kita cuba diet pastu berat dah agak.susah nak turun lagi, pegi massage n buat sauna bg lemak pecah dan angin dalam badan keluar. Then insya allah boleh turun lagi.
Ini terbukti tau. Ain my sis tak penah pi spa n massage. Dia diet gile tapi dapat turun sikit je. Pastu dia pi spa untuk urut n manja manja. Lepas tu dia balik kg, mkn mcm biasa, cuma sikit la. Makan nasi. Tapi boleh turun dari 64 to 59kg dalam seminggu. Amazing kan? Tu yang dia slim time kahwin. tapi skang dh naik semula. Huhu...
Okey. My appointment kat Lizkhan at kota damansara will be next wednesday. Susah nak buat appointment spa ni. Kalau weekdays at least 3 hari sebelum. Tu pun ingat dapat pagi. Rupanya petang punya. Haih. Kalau weekend lagi la. Tu yang sampai kena burn groupon sebab asik penuh je..
Nanti saya cite pengalaman ye. Sebenarnya i'm not so into massage ni. Geli..nanti menjerit. Tu yang pegi sorang sebab malu.. Pengalaman massage sekali je tu pun terpaksa sebab bahu dah sakit tiap kali gerak. Itupun dari sejam ke setengah jam je. Dari whole body, amek upper je. Tu pun minta jgn bukak baju. Pastu aaik kata, jangan. Kak sakut..kak geli. Hik hik. Sah sah la massager tu buta. Huhu.
So kali ni berdebar jugak.. -_-

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, March 1, 2012

another 1 month to go!

Subhanallah, lagi sebulan untuk bergelar isteri dan menggalas tanggungjawab baru. Cuak!




Update checklist time!







Bride’s side.




Akad nikah




Date – confirm



Venue – home sweet home



Masa – confirm



Baju Nikah – done



Aksesori Nikah – Butik Ratu Sehari to help







Majlis Bersanding



Date – confirm



Venue – home sweet home



Masa – confirm







Pakej Butik Ratu Sehari – all done here.




Baju Sanding– done fitting



Aksesori – all provide by BRS



Make up Nikah + Sanding



Gambar Nikah + Sanding – ada apa-apa perlu check ke?



Pelamin Sanding– done pilih and finalize



Walkway



Pending balance payment – time pasang pelamin







Bag of Favor forAkad Nikah – done pack



Woven bag – done



Yassin - done







Bag of Favor for Sanding – pending to pack



Beg kertas – all done



VVIP door gift untuk His side – all done



VIP door gift untuk YB’s and friends – all done



Door gift lain – all done



Bahulu – ain and rauf to settle.



Telur 1000 biji– order done, payment belum (eh, ada orang nak sponsor kan? hihi)



Air mineal half cup untuk VVIP+VIP – masih tak jumpa -_-



Biskut askrim – pending, perlu ke tak eh?







Hantaran for Him – Ain’s friend (pending ambik)




Sireh junjung – mak + makcik



Jam + cincin - done



Kek – pending design



Coklat – done



Buah – pending, beli nak dekat



Skincare – done



Belt + wallet+ pen – done



Kasut – done



Baju + seluar – done







Uncategorized



Meja beradap – done book.



Khemah – 7 khemah, dad to handle



Catering – done book, downpayment a week before.



Kerusi+Meja – surau



Baju Family – all done, tapi kena tukar baju melayu, oversize.



Baju Pengapit - done



Kad Kahwin – done, pending edar



Bunting - done



Rosette – erm, perlu ke tak ye? Nak beli berapa? Untuk yang buat keje atau semua ahli keluarga?







DIY stuff



Bunga Pahar – done



Hand bouquet - done







Groom’s side.




Majlis Bersanding



Date – confirm



Venue – confirm



Masa – confirm





Baju Sanding– done fitting



Aksesori – all provide by butik



Make up Sanding - tak test pun. huhu



Gambar Sanding – pending



Pelamin Sanding– done pilih and finalize



Walkway










Favor for Sanding



Deco of jar – otw. Another 600 pcs to go



Isi jar - pending










Hantaran for Her – send for deco



Sireh junjung



Mas kahwin + cincin – done



Duit hantaran



Kek



Coklat



Handbag + kasut - done



Kain - done







Uncategorized



Meja beradap – done book.



Dewan – done



Catering



Baju Family – all done



Baju Pengapit lelaki - pending



Kad Kahwin – done, pending edar



Bunting - pending







Mohon doakan majlis kami selamat semuanya.







p/s: dah dekat-dekat ni makin banyak pulak layan emo.. nasib la dia kental. Sorry dear.