Monday, April 30, 2012

Review; keseluruhan majlis, final

Assalamualaikum.
Hopefully this is the last part. Hopefully...
Lepas santap yang habis beradap n tertib tu, adalah acara potong kek. Kalau ikut jadual potong kek.lepas sanding. Tak pe. Layan je.
Masa tu dah kul 1.45, jadi azan zohor dh masuk time tengah makan. Tak da la kes berkompanh time azan, alhamdulillah.


Potong kek. Kami siap main acah2 pisau sambil cucuk kek. Haha. Makcik i siap jeling pastu tengok hubby i join jugak geleng kepala dia. Sama je perangai nya budak dua orang ni.. Bebel dia.

Then ke acara bersanding dan bergambar bersama sesiapa yang nak ambil gambar dengan raja sehari ni.

the family..

the new family

kami di atas singgahsana *sila muntah* haha.
Then hantar family in law balik ke honestay and dorang gerak balik kl n johor.
About 4.30, kami buat outdoor photoshoot. Kawasan?

landasan keretapi. Ni kalau tetiba keretapi lalu camna la aku nak lari? Huhu..

kawasan resort.
Tak lama pun photoshootnya. Dalam sejam.
Balik umah, tukar outfit, sila la sambung kerja kerja mengemas..
Thats it.. One whole day dari make up 8.30pagi sehinggalah ke mengemas yang hari isninya baru habis.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, April 27, 2012

Review ; keseluruhan majlis part 3

Assalamualaikum.
Wahh.. Dah part 3. Gambar banyak, nak letak dlm satu entry nanti lambat pula publish nya.
So, lets continue.
Usai akad nikah, sesi serah mas kahwin bermula. Mas kahwin pahang cuma rm22.50. Tapi husband bagi lebih. Rm350. What should i do with that mas kahwin? Gold? Let it be in the gubahan form forever? Hmmm.
Then sarung cincin bermula. Unexpected gift from him, gelang tangan. Serius yang ni memang tak tau apa apa. Tapi sangat suka. Thanx dear...
Then sesi bergambar bermula.


With entire his rombongan.


With my beloved family.
Usai sesi bergambar, kul 11.30 panggil mak andam untuk touch up make up n bersiap untuk sanding pula.
Pukul 12.30, dah ready untuk sanding.


Ngan my parents.
Pukul 1 ketibaan pengantin.


Salam suami. Eceh...
Kemudian terus ke meja beradab untuk santap.


I makan sikit je tau. Gugup nak bersanding. Huhu.
Next part will be potong cake, sanding, sesi bergambar dan photoshoot... Tata.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, April 26, 2012

Review ; Guestbook from DuoPrinting

Assalamualaikum.
Review tetang Guestbook kami. Tak terfikir pun nak buat guestbook. Bayangkn punya sibuk masa ain kawin langsung tak ada kesempatan nak tulis.
Tapi kawan seuni yang ada company printing berbesar hati nak bagi guestbook percuma.
Tapi adalah syarat nya.. Syaratnya dia blh letak banyak mana logo company yang dia nak. Dan contact nya haruslah diletakkan di sebelah guestbook.
Mari memperkenalkan watak utama..

hijau untuk side saya. Temanya hijau kan.
Dan bila di terbalikkan,


Menariknya buku ni sebab both side dalam satu buku.
Hasil dari coretan..


Dan juga tampalan dari kad kad hadiah..



Ada yang bertanya kenapa ada garisan2? Dah macam attendance meeting... Haha. No comment. Dah i dapt free, i syukur je. Maybe duoprinting boleh improve interm of that. Buat paper kosong dgn waterwark logo company should be nice.
Untuk sesiapa yang nak tempah n tanya harga, bolehla ke DuoPrinting FB {cari sendiri la ek} or ke website dorang {http://www.duoprinting2u.com/}. Talk to the owner, Akrami, si kawan Anis. Hihi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, April 25, 2012

WW ; the Ring

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, April 24, 2012

Review ; Keseluruhan majlis part 2

Assalamualaikum. Sambung review majlis.
Dalam sesi pop quiz tu saya duk dalam bilik. Kemudian ayah dn jurunikah dtg. Pelik plak saya. Ain tak da plak proses mcm ni. Rupanya jurunikah nk tau sy ni sudi tak dinikahkan dengan si dia. Actually masa ayah tanya, hati ni agak sedih dn terharu. Tapi my besties duk sakat jawab 'mestilah nak'. Hampeh tul. Huhu. Jadi peristiwa yang menggelikan hati pula.
Kemudian saya dimimta keluar. Untuk dengar sendiri akad nikah dn lafaz takliq.


Dua kali lafaz. Ayah mentua yang minta sebab ada perkataan 'nya' dalam 'nikah'. Husband pun lafaz semula dengan kuat dn jelas. Semua meng sah kn dengan senyum. Jurunikah siap ckp, bagus jelas dan lantang. Macam dah lama praktis.
Saya yg dengar pun terasa berat bahu dn sebak sebab sudah 'terlepas' dari ayah saya. Myza adalah orang pertama tama ucap tahniah sambil usap kaki saya. *hugs*
Dan bacaan doa.


Lafaz takliq.


Usai akad, husband solat sunat. Time ni kelakar sebab makcik2 semua bising nape husband tak salam n cium saya. Eh eh. Terbatal nanti wuduk husband. Bila dia masuk solat barulah semua bilang ooooo... Hihi.
Dan kami bersalaman dengan semua. First saya salam mak sebab mak tiba tiba ada belakang saya. Saya cium tangan mak lama dan kuat. Saya tahan tangis. Mak pun. *sebak*.
Bila kami in control baru saya cium mak dan peluk.

Kemudian sesi peluk cium ahli keluarga.


Dan husband cium saya. Eh eh. *malu*
Nanti sambung lagi.. Tata.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, April 23, 2012

Life After Wedding

Assalamualaikum.
Selamat hari isnin. Liat sungguh nak bangun hari ni. My scond week at new place, my fourth week as a wife.
So far rutin bangun seawal 5.45am masih tak berubah. Bangun buat breakfast; berat or lite. Then mandi n solat. Bersiap, baru kejut hubby dlm kul 6.30. Dia senang.
Mandi n solat n pakai je baju n seluar yang disediakan.
Usai breakfast, dalam kul 7 gerak ke lrt. Balik dia ambil samada di pandan atau kelana jaya.
Apa yang berubah rutin saya? Saya dah pandai bawa bekal ke office.


*bukan bekal hari ini*
And of course sunggih rajin membuat breakfast. Sebab sian hubbyjdg2 saya balik lambat and hewillcooked fir us.so i wil defintely ensure he will eat breakfast that i made myself.
Breakfas hari ini...


He asked me, apa nama breakfast ni yg? I jawab ' from anis with love'. Haha.
Since semalam duk umah mentua, n tak masak mlm, tak ada lah lebihan nasi untuk di goreng.. *alasan*
By the way,
Whenver u are married, i guess, whatever happened at ur office, the pain, struggling, will defintely dissapear when u saw his/her face.
As soon as i got into car, salam, the tiredness flew away.
Ya allah, may this marriage lives forever. Amin.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, April 20, 2012

Review: The Cakes

Assalamualaikum.
Lets talk about The Cakes.
First cake adalah untuk hantaran. Muak dengan kek sebiji, saya pilih cupcakes. Sebab tahan lama sikit, cantik cute mute, and senang nak serve kalau family in law nak makan.



Second cake semestinya the big cake. Saya ambik dua tingkat saje. Sedap hingga menjilat plate. Hihi. Dua lapis, pandan dan coklat di tingat satu. Pandan dan vanilla di tingkat dua.



Harga untuk dua biji kek diatas adalah rm200. Tak tau murah ke mahal. Yang penting sedap, puas hati cantik n on tome delivered.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, April 19, 2012

Review ; Keseluruhan majlis part 1

Assalamualaikum.
Kali ni nak buat review perjalanan majlis di Jerantut, Pahang.
Seawal 8.30 pagi di make upkan oleh k.ana, MUA tang sama untuk tunang hari tu.


9.30 pagi, rombongan lelaki yang duk kat homestay area rumah pun sampai. Tapi jurunikah belum sampai, jadi lepak dulu kat luar.


10.00 pagi, sesi bermula dengan selawat dan pop quiz untuk pengantin lelaki.


Dalam bilik, pengantin perempuan dah berlibang libu. Che waah..


Padahal dok bersembang dengan besties..
Sambung part 2 la ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, April 18, 2012

WW : Butik Mas Kassim @ MARA


Pemakai pertama:-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, April 17, 2012

Review: Handboquet

Assalamualaikum.
Review kali ni tentang handboquet or bunga pegang.
As i told before, saya nak guna satu hb saje. Yang masuk untuk baju nikah putih dan sanding hijau.
Jadi, inilah hb saya.


Gambar saya guna hb ni pula.


Dengan baju putih, rasa macam naik sangat. Rasa nak pakai lagi baju putih ni. Hihi.


Dengan baju hijau. Amacam? Ok tak?

The bridal ada juga sediakan hb sendiri. Color putih. Tak tau la cocok tak. Tapi saya pegang juga. Saja nak bagi kelainan.


Apa pendapat korang?
Btw, the hb is from my own hand. Huhu. Buat bunga felt 60 kuntum. Gigih!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, April 14, 2012

Review: Bilik Pengantin

Banyak benda nak review sebenarnya. Bukan apa. Kalaulah dalam masa 30 tahun lagi, anak-anak dah berbunyi nak kahwin, lets this blog tell the stories about us. About the preparations. About the wedding.
So, nak juga letak gambar bilik pengantin yang simple ni.


Banyak recycle barang ain. Set katil, kain jurai tepi, cadar satin, dan cat.
I just change the curtain. I choose the color n my mum take care everything.
Masa balik cuti kahwin, terus jatuh hati dengan curtain tu.. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, April 11, 2012

WW; unexpected gift


i do expect all his gift. But this one is totally unexpected and i love it so much.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, April 10, 2012

Besties


Assalamualaikum.
Di saat saya dapat ujian besar dari Allah, kawan kawan ini adalah yang ywrbaik yang sentiasa berada di sisi saya.
Dan saya sangat bersyukur yang tak terhingga bila mereka bersama saya di majlis saya.


Dari kiri oyin yang sampai kul 10 lebih terus tolong mak saya buat sireh junjung dan tido ngan selepasa tgk concert snsd..komawo dongseng!.
Then, najma, kenalan noha.
My bridemaid, myza yang tekun menjalankan tanggungjawab nya. Tq so much dear.
Then noha yang asik duk menyakat aku. Yang tak makan makanan esotik. Hihi.
Dari kanan pula, my besties from 13 years old with her husband. Sedih her baby mahirah takda. Nurul adalah kakak si oyin. Both adik beradik sangat rajin dan baik hati.
Then unexpected guest, wina n husband..kenapa unexpected? Thought she will.come on sunday only, tapi kemunculan nya pd hari sabtu sungguh mengujakan kami.
Seriously, all of u make my day.
Okeh, another pic.


Oh myza, tangan tergeliat buat love sarangae.
Korang... TERIMA KASIH banyak banyak sebab datang dari kejauhan ye. Rasa nak hugs semua tapi ada laki orang. Hik hik.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, April 5, 2012

Suami & Isteri


Dah lima hari menjadi isteri. Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, April 3, 2012

Aku terima nikah..


Alhamdulillah. Menggunung kesyukuran kepada hadrat Ilahi.
Selamat bergelar isteri.


Suami saya buat solat sunat seusai akad nikah.


Antara teman terbaik yang datang.
Ni je yang sempat di ambil gambar guna hp. Yang lain sume kat camera. Tak sabar nk tunjuk.:-).


Saya dalam hijau grasshopper..
Published with Blogger-droid v1.7.4