Tuesday, April 24, 2012

Review ; Keseluruhan majlis part 2

Assalamualaikum. Sambung review majlis.
Dalam sesi pop quiz tu saya duk dalam bilik. Kemudian ayah dn jurunikah dtg. Pelik plak saya. Ain tak da plak proses mcm ni. Rupanya jurunikah nk tau sy ni sudi tak dinikahkan dengan si dia. Actually masa ayah tanya, hati ni agak sedih dn terharu. Tapi my besties duk sakat jawab 'mestilah nak'. Hampeh tul. Huhu. Jadi peristiwa yang menggelikan hati pula.
Kemudian saya dimimta keluar. Untuk dengar sendiri akad nikah dn lafaz takliq.


Dua kali lafaz. Ayah mentua yang minta sebab ada perkataan 'nya' dalam 'nikah'. Husband pun lafaz semula dengan kuat dn jelas. Semua meng sah kn dengan senyum. Jurunikah siap ckp, bagus jelas dan lantang. Macam dah lama praktis.
Saya yg dengar pun terasa berat bahu dn sebak sebab sudah 'terlepas' dari ayah saya. Myza adalah orang pertama tama ucap tahniah sambil usap kaki saya. *hugs*
Dan bacaan doa.


Lafaz takliq.


Usai akad, husband solat sunat. Time ni kelakar sebab makcik2 semua bising nape husband tak salam n cium saya. Eh eh. Terbatal nanti wuduk husband. Bila dia masuk solat barulah semua bilang ooooo... Hihi.
Dan kami bersalaman dengan semua. First saya salam mak sebab mak tiba tiba ada belakang saya. Saya cium tangan mak lama dan kuat. Saya tahan tangis. Mak pun. *sebak*.
Bila kami in control baru saya cium mak dan peluk.

Kemudian sesi peluk cium ahli keluarga.


Dan husband cium saya. Eh eh. *malu*
Nanti sambung lagi.. Tata.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

cha said...

mesti terharu dan lega giler kan lepas nikah :)

Hanys Jehari said...

A ah cha... Yelah 10 thn bcinta... Huhu