Thursday, May 31, 2012

Review; Make Up

Assalamualaikum.
Tak sure la dah review make up ke belum. Ehmm. Untuk my side dah rasanya. Tapi tak pe, saya nak letak both make up kat sini.

saya dengan makeup biasa ke opis.
Untuk majlis jerantut yang make up kan saya adalah Kak Ana which comes along with Butik Ratu Sehari Jerantut. Dia make up kan saya time bertunang juga. I love her sebab dia baik. Saya tak suka dgn mua yang kekwat n demand. I dont care how good u r, tapi kalau kekwat tak ke mana. Eh melalut.
Ok, let see make up dari kak ana.

makeup nikah is more innocent n light. Kak ana bagi saya double eyelashes untuk nampak mata besar. Mata saya kecik. Kalau senyum hilang terus macam mata Rain. Walau Rain tu penah jadi buah hati tapi saya tak nak la mata kecik cam dia walau dia comel. Oh mengarut. Huhu.

make up untuk sanding. Kak ana nak make up semula. Tapi saya suruh dia touch up n upgrade je. Huhu. Sian dia. Actually touch up lagi susah.
Untuk bertandang, honestly saya memang berserah 100% pada mother in law. Saya pun kagum dengan diri sebab langsung tak bossy dengan mil choice. Maybe coz i put my trust on her that she will choose the best.
Yang make up adalah dari butik Mass Kassim. Namanya kak Ain. Tapi bukan kakak pun. Hentam je lah labu.

lepas make up. Belum pakai tudung proper pun.

ni gambar paling close yang ada dalam hp. Ni pun dah petang masa buat photoshoot. Makeupnya style manja sikit. Bulu mata satu je. Jadi mata saya kecik sikit. Macam cina pun ye. Huhu.
Overall i love all the make ups. Both mua really make my day. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, May 30, 2012

WW; Mas Kahwin

Assalamualaikum.


Sudah selamat dalam akaun
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, May 28, 2012

Am I Pregnant?

Assalammualaikum.
hari Isnin yang terlantar dirumah dek flu virus.
Lepas kahwin, feeling nak pregnant dan ada anak tu sangat kuat. tak tahulah kenapa, mungkin rasa keibuan tu timbul kot lepas kahwin dan bersuami. sebelum ni siap plan nak planning kononnya. tapi lepas kahwin je, bila period lambat terus buat test. sungguh tak sabar, padahal tak sampai dua bulan pun bernikah. huhu.

My first ever UPT test 5hari pas first period lepas kahwin. sebab badan rasa tak sedap dan period tersebut tu sangat pelik. huhu. tapi negative. tak pe la. masih awal.
kemudian saya mengalami gejala kuat makan. dulu saya tak la lapar giler bila skip lunch ni tak dah breakfast pun bila lambat sikit lunch je perut dah berkeroncong tahap gaban. sampai dah malu sebab tak boleh control. aduhai. petang pun macam tu.
then craving yang pelik-pelik. pagi-pagi nak muntah tapi tahan sebab saya tak suka muntah nanti badan lunyai.
nak buat UPT tapi tahankan hati sebab takkan baru dua minggu dah boleh detect. lainlah Pasha. Advance. huhu. lagipun, doc takkan dapat sahkan kalau baru dua minggu. so far yang tahu, kalau pakai Clear Blue tu, tulis 2 weeks, sebenarnya doc dah boleh sahkan 4 weeks. ok, melalut plak.
ada banyak tanda-tanda yang saya baca dari bloggers M2B dan juga buku yang dihadiakan oleh my dear kak syam.
jadi, saya rasa, pregnantkan saya? even my bestfriend ada message satu pagi tu, tanya 'anis, ko pregnant ke?' tersenyum saya membalas tak la. se said, she dreamt that i'm pregnant. and her sister message me the same question in the evening. huhu. apala dua adik beradik ni.
minggu yang sama, 2, minggu pas first upt, saya buat lagi upt. untuk tengok macam mana. hasilnya?


-_- masih belum ada rezeki tak tahulah saya terawal check atau tidak, atau sememangnya belum ada rezeki.

p/s: macam ni rupannya perasaan bila tertunggu tungu next period ada tak. saya yang baru dua kali negative dalam masa tak sampai dua bulan pun agak kecewa, bagaimanalah perasaan orang yang dah bertahun menanti.. -_-

Friday, May 25, 2012

Barakallah Friday 1

Assalamualaikum.
Word of wisdom for my ever Barakallah Friday.
"nikahi dia yang mampu menjadi sahabat yang baik, abang yang melindungi, ketua yang tegas, pelawak yang bukan suka buat lawak lucah, romeo yang hanya untuk kamu kerna kamu pasti akan memerlukannya nanti"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, May 23, 2012

Handbouquet; Rose biru

Assalamualaikum.
Wordless wednesday? Nope.


Khas untuk bestie ku. Pusang hati tak dapat hadir ke majlis nya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, May 21, 2012

Tanjung Piai: Penguhujung Benua Asia

Honeymoon
Actually cant called it as honeymoon. But its our first ever trip together. We never been to somewhere together during our dating period. Huhu.
Jadi, ini adalah short trip to Johor, to his father side. Melawat ke Daerah Pontian, ke rumah sanak saudara dn diraikan, its awesome.
Layan la gambar kami ke Tanjung Piai, penghujung benua Asia. Weekdays, orang tak ada. Nak posing peluk cium pun tak ada orang nak tengok. Huhu. Halal dah kan..:)







Friday, May 18, 2012

Review: Adat Nasi Temuan

Assalamualaikum.
I never heard of Adat Nasi Temuan. Tahu pun sebab terbaca ada dalam tentative majlis and my MIL ada terlepas cakap. I asked him, he just smile. So, google la apa lagi kan.
So, Adat Nasi Temuan, adalaha adat dari Sarawak. Family in Laws bukan orang Sarawak, tapi dek kerna mereka lama di sana, dan mereka ada dua keluarga yang menetap disana, jadi adat ni dilaksanakan masa majlis kami.
Caranya, pengantin akan berlumba untuk suap makanan kedalam mulut pasangan. Kat sini keliru skit. Mualanya ingatkan kena suap mulut masing-masing. Rupanya kena suap mulut pasangan.
Siapa yang Berjaya suap dulu, di percayai akan lead rumah tangga. Ada 3 kali percubaan.
Cubaan pertama.


Saya menang. Those yang tahu pasal adat ni semua bersorak. Yalah, seolah mengatakan, I will dominant in this marriage.
Cubaan kedua.

He won.

So, seri.
And last one, he cheated. Hubby tangkis tangan saya dan terus sumbat masuk mulut. Huhu.

Jadi, hubby menang secara keseluruhan. Dan dialah yang akan lead rumahtangga kami, insya Allah. Huhu.



Thursday, May 17, 2012

Pengantin Lepas Laku

Assalamualaikum.
Bila godek godek gambar dari OP untuk MARA ni, baru perasaan betapa lepas lakunya saya untuk majlis bertandang ni. Hahaa.
Saya tak reti duduk diam. Tak reti nak control ayu langsung.


See. Few pictures masa makan beradab. I guess I miss my family a lot. So, whenever I had opportunity to sit beside my dad, we chat a lot.
My dad siap ambikkan lauk ayam part yang dia suka and letak dalam pinggan saya. Bila saya tengok pinggan, saya cakap, eh, nape engku letak sini. Engku kan suka. My dad cakap, untuk awak, makan la. *I guess he miss me a lot after the wedding* sobs. Knowing him, dia takkan bagi part ayam yang dia suka kat sesapa. Haha. So, bila dia buat macam tu, I’m so touched.
*Ema, if u read this “sah la along anak kesayangan” hahahaha…*
Actually, lega bila dah sampai part majlis bertandang. Walau banyak tetamu VVIP, I’m having fun.

Wednesday, May 16, 2012

WW; The Gift


P/s; love the book so much. Very usefull. Thanx a lot my dear k.Syam. Mmuah!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, May 14, 2012

Review: Pelamin Bertandang

Assalamualaikum.
Mari, mari dengar citer review lagi.. I guess bila dah setel review semua, I can rest this blog for a while. Sampai sudah berisi, nanti boleh review pasal ‘isi’ pula. Huhu.
Hari tentang pelamin.
My MIL cari dalam majalah pengantin, and mama roy made it for us.
I love the color. I love the design. My comments Cuma pada kerusi yang kami duduk bersanding. Terlalu rendah menyebabkan kami macam terperosok ke bawah. Kalau nampak kami sangat cantik atas tu, please.. kami cuba menegakkan badan agar sentiasa Nampak menewan dan elegen.
Harga? Saya tak tahu sebab everything my MIL yang uruskan. She might get lower price, I don’t know. Talk to Mama Roy okey. Huhu.

Mama Roy juga provide semua fesh flower untuk majlis kami tu. But the Hand Bouquet quite disappoint me. Dah tak fresh sangat. Sampai habis majis habis luruh. Hmm.. one of the reason why I’m not so into fresh flowers..

Tuesday, May 8, 2012

Review; Bertandang's Dress

Assalamualaikum.
Majlis bertandang selamat pada 7.4.2012 di Ruang Legar MARA.. Its kinda 'atas jemputan' only to ensure my mother in law's guests been treaten well.
Minta maaf tak dapat jemput warga KL.
I love the dress which is solely new from Butik Mass Kassim, Medan Mara.

i cakap kat abg op tu, nak bergaya ala model majalah pengantin boleh? Hihi.

i LOVE overall of the dress. The long button at the back. The beads. A lot of beads. The cut. The veil. The long dress. The veil again..
Tercapai hajat my MIL to see me as the princess. Hihi.
I just no so into the HB. hurm berat n bunga fresh flower dah macam tak fresh. Sampai hujung majlis half dah luruh. Huhu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, May 7, 2012

Masalah kekeringan

Assalamualaikum.
Hari isnin yang sejuk. For the first time in my career life, i felt the monday blues. Huhu.
Back to the topic.
After the wedding, saya menghadapi perubahan lifestyle yang agak mendadak. Berhenti kerja dan bercuti lama. Biasa di office saya akan minum air dari botol 1.5liter sebanyak dua botol which is total 3liter. Tiada air manis. Kalau nescafe o punya yang kaw n pahit punya. Tiada gula.
Jadi bila bercuti lama, susah nk consume air putih dirumah in law sebab lupa bawak botol air. N its look so weird to hold my big bottle wherever i go.
Tambah lagi dengan lupa bawa pencuci muka sendiri jadi tibai husband punya *pakai mens punya, sangat kuat kesannya okey*. Tambah lagi dengan lupa krim pelembab dan kesukaan hubby bukak aircond malam2. Haih. Seminggu sahaja. Tapi kesannya?
So muka mengalami kekeringan yang agak ngeri. MUA majlis bertandang pun bertanya. Hmm.
Kemudian baru teringat ada beli krim pelembap dari Clinique.


Namanya pun extended exhaust. Memang betul betul untuk kering yang ngeri dan melampau. Alhamdulillah kulit kembali tenang dan nyaman seperti sebelumnnya.
Untuk yang berada di office yang suhunya boleh bikin lutut kejang pun boleh amalkan pakai usai zohor dan asar.
Nak beli sample pack pun boleh di Best Buy Malaysia, dapat yang 15ml dengan harga murah.
P/s; i love sample pack sebab kecik dan boleh bawa kemana sahaja.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, May 1, 2012

Usai sebulan

Assalamualaikum.

Sudah sebulan menjana rumah tangga. Phewwwww.
Seronok. Berat. Happy. Geram. Bahagia. Sabar je la.
All the feelings bercampur baur bak ABC sedap di seksyen 2 shah alam*tetiba*.
Tahniah buat kami berdua.
Maaih jauh perjalanan kami. Perjalanan yang baru bermula. Perjalanan yang tiada hujung, insya Allah.


2 budak makin bulat.
P/s; selamat hari pekerja.
Published with Blogger-droid v1.7.4