Monday, May 28, 2012

Am I Pregnant?

Assalammualaikum.
hari Isnin yang terlantar dirumah dek flu virus.
Lepas kahwin, feeling nak pregnant dan ada anak tu sangat kuat. tak tahulah kenapa, mungkin rasa keibuan tu timbul kot lepas kahwin dan bersuami. sebelum ni siap plan nak planning kononnya. tapi lepas kahwin je, bila period lambat terus buat test. sungguh tak sabar, padahal tak sampai dua bulan pun bernikah. huhu.

My first ever UPT test 5hari pas first period lepas kahwin. sebab badan rasa tak sedap dan period tersebut tu sangat pelik. huhu. tapi negative. tak pe la. masih awal.
kemudian saya mengalami gejala kuat makan. dulu saya tak la lapar giler bila skip lunch ni tak dah breakfast pun bila lambat sikit lunch je perut dah berkeroncong tahap gaban. sampai dah malu sebab tak boleh control. aduhai. petang pun macam tu.
then craving yang pelik-pelik. pagi-pagi nak muntah tapi tahan sebab saya tak suka muntah nanti badan lunyai.
nak buat UPT tapi tahankan hati sebab takkan baru dua minggu dah boleh detect. lainlah Pasha. Advance. huhu. lagipun, doc takkan dapat sahkan kalau baru dua minggu. so far yang tahu, kalau pakai Clear Blue tu, tulis 2 weeks, sebenarnya doc dah boleh sahkan 4 weeks. ok, melalut plak.
ada banyak tanda-tanda yang saya baca dari bloggers M2B dan juga buku yang dihadiakan oleh my dear kak syam.
jadi, saya rasa, pregnantkan saya? even my bestfriend ada message satu pagi tu, tanya 'anis, ko pregnant ke?' tersenyum saya membalas tak la. se said, she dreamt that i'm pregnant. and her sister message me the same question in the evening. huhu. apala dua adik beradik ni.
minggu yang sama, 2, minggu pas first upt, saya buat lagi upt. untuk tengok macam mana. hasilnya?


-_- masih belum ada rezeki tak tahulah saya terawal check atau tidak, atau sememangnya belum ada rezeki.

p/s: macam ni rupannya perasaan bila tertunggu tungu next period ada tak. saya yang baru dua kali negative dalam masa tak sampai dua bulan pun agak kecewa, bagaimanalah perasaan orang yang dah bertahun menanti.. -_-

No comments: