Saturday, June 30, 2012

90 Hari. 3 Bulan.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, June 29, 2012

BFriday

Assalamualaikum.
Thanx Allah, its Friday!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, June 28, 2012

Must read ; Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum.

pernah baca?
Saya dapat buku ni hadiah dari ex bos. Mulanya pandang enteng. Tapi bila dah start baca, tak boleh berhenti. Bila terpikir sesuatu, saya akan bercerita ngan hubby. Share with him. Asked him.
Honestly, ustaz hasrizal a.k.a saifulislam ni pesan
'JANGAN BERNIKAH HANYA KERANA TAKUT MAKSIAT DAN ZINA. WALHAL HAL LAIN TAK TERURUS'.
Hal zina dan maksiat boleh elak. Macam yang ustaz cite bila ada student di london mendesak dinikahkan sebab takut terzina dengan pasangan di ireland. Ustaz kata, untuk berzina kena naik train, flight dan bayar hotel, itu dah memang nak sangat berzina.



Dan


'BILA FIKIR NAK KAHWIN, MASUKKAN SEKALI HAL LAMPIN'.

saya setuju. Bila kahwin, rezeki pregnant bila bila Allah bagi. Andai masih meraba nak menyediakan tilam untuk tidur, makan pun bersukat, mampu susukam anak dengan keadaan begitu?
Kos bersalin di swasta paling murah pun 8k. Kalau ada kes, kena tahan 10 hari bayarlah rm15k. Tapi kalau tak mengidam private, gomen pun dah bagus sekarang.
Susu dan pampers, banyak yg murah. Kalau anak sihat, okeylah. Kalau anak ruam pakai pampers murah?
Bila nak kahwin, kita terlalu layankan nak kek gah, OP 3-4k, pelamin 8k. Benda tu cuma sehari. Tapi nak tanggung beban hutang tu, sampai bongkok.
B2b, ex b2b, cubalah cari masa dan baca.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, June 27, 2012

Dapur; Sotong masak Paprik

Assalamualaikum.
lets masak masak.
Bahan.
Bawang besar dihpotong kasar.
Serai di potong kasar.
Cili padi di tumbuk sikit.
Bawang putih di ketuk.
Kacang panjng, lobak, bunga kobis.
Sotong 2-3 ekor dipotong bolat.
Daun limau purut.
Cili sos, sos tiram, tomato sos.

Cara;
Panaskn minyak. Masukkn cili, bawang putih, serai. Then semua sos tu dlm dua sudu je. Kacau. Letak air sesuka hati sesedap pekat or cair.
Masukkn sayur yg susah nk lembut mcm lobak n bunga kobis. Masukkn sayur lain. Dan sotong. Dan bawang. Dan daun limau purut. Rasa. Agak2 kurang rasa tambah la garam atau gula atau sos tomato.
Bila dah menggelegak n aroma paprik dah kuar, boleh hidang.
.
.
.
.
.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, June 22, 2012

TTC ; asid folik

Assalamualaikum.
Usaha itu tangga kejayaan. Ingat lagi entry i penah dapt asid folik dari KK Kelana Jaya masa hiv test?
Alhamdulillah beguna sekarang.
Menyedari badan ni walau comel, tapi kita tak tau cukup nutrien ke tak untuk.menerima bakalh khalifah di dalam nya.
Justeru itu... Sudah sepuluh hari {eh cube kira lobang ubat yang dah bolos} i ambek sekali sehari asid folik ni. Benda free kan. Insya allah stock cukup untuk 2 bulan.


Kecik rupanya benda ni. Rasa macam.lekat kat tekak je bila telan. Terpaksa minum air banyak supaya pastikan betul betul trun ke.perut dan badan menerima nutrien sepenuhnya.
Actuallu asid folik bukan jaminan untuk dapat anak. Ia cuma berfungsi menyediakan badan dengan nutrien yang bagus. Plus bila dah conceive doc memang akan bagi asid folik supaya baby dapat nutrien cukup. Ia juga untuk halang brain damage dan masalah lelangit mulut.
Arasso.
Jadi, tolobg doakan kami supaya ada khabar berita yang best awal bulan july ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

BFriday

Assalamualaikum. Bertemu kagi kita di hari jumaat yang mulia. Thanx Allah, its friday, esok boleh rehat&rawat.


Mohon kepada Yang Esa agar ditetapkan hati suami kita walau bagaimana di longgokkan dengan rezeki. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, June 19, 2012

Review ; Photobook Kahwin

Assalamualaikum
Untuk wedding belah jerantut saya memang plan nak buat sendiri photobook.
Saya request dari OP untuk gambar sahaja. Bukan apa, saya nak pilih pic yg saya rasa cantik dan nak tatap pic tu dalam photobook. Kadang kdang pandangan mata op dan kita berbeza.
So, bila macam tu my OP pulangkan duit rm250. 150 untuk album dan 100 untuk editing katanya.
Sehari lepas wedding, OP terus bagi pic. U know what, for me good OP doesnt need all the software photoshop to make the pic look awesome. Yang penting dia tau guna camera yg canggih tu, dengan lighting dan venue. Good op, even railway station pun boleh jadi cantik.
Dan my OP, dengan upah gambar dalm 250, gambar tanpa edit nya cantik sungguh. My atok inlaw pun cakap halus kerja jurugambar ni.
Untuk photobook, i sempat grab groupon, dari Lolliartz rm50 each. I bought two. So jadi seratus.
Hasilnya?

untuk both side. {actually belah laki pon ada. Tapi tak berapa puas sebab pic sikit}
I buat yang 40pages, saize 8.5x11inch.
Hasil kerja Lolliartz?
Pic gelap sikit dari asal. Tapi syukur la tak segelap dari Vprint. Service? Erm. Better than vprint sebab dia akan jawab semua emel. Tapi dapat agak lambat. Sebulan lebih juga. Sebab banyak technical problem.
Then finally i beli juga dari Pixajoy pun dari Groupon sebab for me i have very good experince dari Pixajoy.
Hasilnya?

rm78 lepaa diskaun, i choose 20pages witg larger size, 11x15 inch.
Pics superb. Puas hati. Service bagus. Dalam 6 hari or less u can have ur photobook. I likeee! Semua cuma rm 178.

Total i have 4 photobook untuk wedding:-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, June 18, 2012

Dapur ; Gulai Lemak Ikan Salai

Assalamualaikum.
Lets masak masak.

Bahan tumbuk;
Bawang merah 2 ulas
Lengkuas seinci
Cili padi 10 biji
Kunyit hidup 2 inci
Garam
{tumbuk semua}
Tumbuk hujung serai bersama bahan di atas.
Santan.
Ikan salai of course.

Cara;
Bahan tumbuk bersama serai dikacau bersama santan. Campur air untuk cairkan gulai. Letak atas dapur dengan api perlahan. Tambah garam jika perlu. Kacau sehingga menggelegak dan masukkan ikan. Biar hingga mendidih.
Siap. Angkat. Hidang.
.
.
.
.
.


Makan dengan nasi panas. Yum. Yum.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cute Baby Coat

Assalamualaikum.


If i were expecting, omg, i definetely will grab this portable cute baby coat.
Click here to buy {http://www.milkadeal.com/deals/mme-cot?utm_source=MilkADeal+All+Subscribers&utm_campaign=231911daf4-Newsletter_KL_MoneyTree_Sat_16_6_2012&utm_medium=email}
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, June 15, 2012

Barakallah Friday

Assalamualaikum.
Salam hari jumaat.


P/s; buat renungan bersama. Nasihat saya, janganlah letak pic pegang tangan atau laga pipi as ur bunting before halal. Bayangkan betapa banyak mata yang datang hari perkhwinan kami akan jadi saksi nanti. Lagi manis jika gambar pegang tangan itu diambil usai akad nikah. Jangan ambil hati. Sekadar sharing.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, June 13, 2012

Dapur ; Spagethi bolognese

Assalamualaikum.
Lets masak masak.
Bahan.
1. Spageti { tebal or kurus ikut selera korang}. Rebus dan letak minyak bila dah tos supaya tak melekat.
2. Satu tin prego traditional.
3. Bawang putih 2 ulas blend dgn bawang merah besar sebijik.
4. Lada kisar/ boh { i suka pakai Puteri}.
5. Daging cincang, tak per lu banyak. Kalau yang empat segi tu, ambik 1/5 sahaja. Basuh dulu bg kembang sikit.
6. Tambah secret resepi iaitu rempah kari daging dalam dua sudu makan.
7. Lada benggala/ cameron/ capsicum sebiji dipotong dadu.

How to;
Panaskan minyak. Tumis cili boh dan bawang yang dah blender. Letak rempah kari. Letak air sikit dan masukkan prego. Masukkan daging dan kacau. Masukkan lada cameron dan kacau. Letak la garam kalau belum rasa. Tapi biasanya tak perlu sebab kari sudah bagi rasa ummmph.
Kacau sampai menggelegak {jangan sampai cili boh tak masak, sakit perut nanti} dan siap.
Letak atas spageti.
Dan....


Alhamdulillah hubby sampai tak boleh bangun sebab kekenyangan.
Sekian dari dapur saya.
Annyong!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, June 12, 2012

Feeling helpless

Assalamualaikum.
U know, i get married at the age of 27 {dalam surat nikah tulis umur tu ok}. And im kind of independent since 13 years old sbab duk asrama 5 jam dari rumah.
Bila belajar di kl n kerja di kl, total duk kl secara independent adalah 10 tahun.
Semua sendiri. Bila berkereta pun semua handle sendiri walau ada bf {hubby skarang}.
Bila dah bernikah dan punya suami, at first i feel so awkward to let him in my business n life. Huhu. But now, im so get used into him sampai i rasa so helpless without him. Buktinya?
My first ever drive lepas kahwin n alone ke lrt, i almost hit viva. His fault. Tapi i tak penah se close itu sampai i honk kuat gila. Ketar kaki.
Next nya, i drive malam pun almost hit motorcycle. Cuak gila.
Bula hubby kena keje balik lambat, so sad. Rasa takutnya duk umah sensorang ada hantu nak culik*mengada*. Padahal sebelum ni duk sorang kental je.
I parked reclessly. Dont know why.
And i tak sedar lesen dah mati rupanya sejak april. Baru sedar hari selasa lepas itupun bilang hubby tipu.

penangan sungguh. Dah ke hulu hilir ke rembau dengan lesen dah mati.
Apply semalam.

nah dah sedia yang baru hari ni. Yeay. Lesen dah hidup semula. Dengan next renew date adalah birtday i. Dengan harapan JPJ, kita tak lupa lagi~harapan ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, June 11, 2012

Kenduri Akikah anak Bestie

Assalamualaikum.
Dalam busy dan hectic pun i sempat menunaikan tanggungjawab as BFF to my bestie from 13yrs old, Nurul. Plus i want to see the lovely Mahirah. Huhu.
Bertolak tarik juga nak ke Rembau ni. Since mil tak bagi pergi sendiri, hubby kena teman. Tapi hubby tak larat sebab dah jaga atok semalaman. So i go with my sis, cik ema.
Dari bangi sampai seremban jammed gila sampai berhenti kete kat highway macam ada traffic lite. Hurm. Sampai dah kul 1. Hubby dah call ingatkan dah gerak balik. Hihi.

senyum walau jammed.

eh mahirah ni tak nak xoxo plak ngan aunty.

dengan omma mahirah.

gambar solo mahirah fazlin dengan mata bolat nya. Geram!
Cepat besar mahirah! Be a good daughter to ur omma n appa. And to aunty too. Ur omma nak kawinkan mahirah dengan anak aunty. Mahu? Huhu..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Update Pukal

Assalamualaikum.
Huhu.. Mari update..
Stay di rumah mentua.
- mula mula stay dalam 4 hari sebab mil pegi kuching for hubby's cousin engagement. So dissapointed tak dapat pegi her e-day sebab tuntutan kerja. She was one of the core person for our eday until the big day. We owe her a lot. Baru berangan nak berjalan ngan honeymoon kat kuching. Sobs. Happy for her. Alhamdulillah sempat juga tolong dia cari barang untuk goodie bags n buat keje kreatif sket. Get married soon dear. Nanti boleh sharing is caring hik hik.
- once mil pulang kami pun pulang ke kediaman satu malam then kembali ke umah mil since she will.fly to kuala terengganu for 4 days. Within that time his atok warded. Hubby ambik giliran jaga. Jadi we extend our stay sampai ahad. So its been almost 2 weeks kami kat sana.

Bestie engagement.
- his cousin i dah anggap bestie juga sebab we all banyak bersama before me n hubby get engage sampai skarang. Kami hampir sebaya {oh i lagi tua actually}. So banyak benda yang sekepala n sealiran ngan kami. Me n hubby tak dapat hadir her eday dan dapat doa dari jauh je semoga semua.berjalan dengan baik. Kawin kami mahu datang, hopefully dengan baby..hihi.
- my bestie dari zaman uia, myza pun dah bertunang. Sedih juga tak dapat datang since her eday is on working day. Her hubby-to-be is cikgu, so cuti sekolah kan... Sempat buatkan dia bunga tangan. And bagi tips. Huhu. Oh we hunting the tudung bersama juga. I love the color. Huhu. Mahu datang ke kawin nya hopefully dah concieve. Huhu.

Ok, ada citer lagi. Nanti nak citer lagi. Annyong!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, June 8, 2012

Barakallah Friday

Assalamualaikum

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, June 7, 2012

Ready your Body

Assalamualaikum.
Its been 2 months and im so eager to get pregnant. Tapi tapi tapi... Kenalah readykan badan dulu.
I admit that my body not ready yet. Sebab? I minum coffee bukan sekali dalam sehari. Boleh capai 3 kali sehari ok.
Pagi breakfast ngan hubby. Otw pi keje i minum black coffee dengan tujuan takkan ngantuk di opis. Dan another waktu petang since ada nescafe free. Itu coffee baru. Another caffeine? Choclate, tea, coke.. Semua ada caffeine.
Dan caffeine sunguh la tidak elok untuk badan jika nak conceive.
Walau tiada bukti kukuh, tapi kadar keguguran untuk yang consume caffeine agak tinggi.
Jadi saya perlahan lahan, tidak secara drastik cut my caffeine consuming. Tengok nescafe free di opis jeling jeling je. Huhu

makan cheese cake dgn black coffee sangat yummy kan? Urgghhh...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, June 1, 2012

2 bulan

Assalamualaikum.
Dah dua bulan usia rumahtangga.
Kadang kadang ada rasa tak percaya sudah bersuami, masih bersikap lo'la'. Huhu.
Rupanya tengok movie bersama suami lagi sweet.
Rupanya pergi wedding bersama suami lagi sweet.
Rupanya pergi kerja dihantar dan diambil suami lagi sweet.
Dibelakang 'sweet' tu boleh tambah 'afdal' dan 'berkat'. Huhu.
Walau dah kenal dari kecik, dan bersama 10 tahun, masih baaaaanyak benda baru tahu tentang suami. Masih baaaanyak kena belajar tentang each other.

Moga masjid ini terus diberkati. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4