Thursday, July 26, 2012

Facebook & Marriage

Assalamualaikum.
Apa kaitan facebook dan perkahwinan? {wah. Ayat skema}.
Bila we all decide to get married, nasihat pertama emak adalah bila dah kahwin nanti, jangan sesedap rasa post semua benda di facebook.
Actually agak terkezut ngan nasihat mak. Sebab mak mana ada facebook. Tengok facebook pun kalau kitorang tunjuk gambar sedara mara di fb.
Kalau ikutkan mak manalah tau apa yang berlaku di fb. Tapi mak banyak membaca akhbar, majalah dan dengar ceramah kat tv. Jadi dia mesti biasa dengar pasal orang asik duk update status yang kurang enak di fb.
Ada yang sweet..cth.
Hubby belanja rantai diamond di Tomoi.
Candle lite dinner di restoren berpusing Menara KL.
Ada yang merenyam. Cth..
Malam jumaat. :-)
Hujan lebat ni. Tapi hubby tak da.
Ada yang negative..cth..
Sakit hati. Kita penat2, mcm2 minta.
In laws datang lagi. Urgh.

Ok. Sorry kalau ada yang tersentap. Tapi status2 di atas boleh bikin macam2 hal. Orang tau apa berlaku dalam rumah tangga kita. Nak share biarlah benda yang general. Pasal dah pregnant ke. Hal2 masak pun boleh cuma janganlah tambah 'hubby kata tak sedap..sedih'. Yang benci kita memang akan bersorak la.
Bila kecik hati ngan hubby, sentap ngan in laws, keep it to urself. Dont open it to fb. Later bila dah berbaik, u'll ashamed to urself. Kalau orang yang dimaksudkan tahu, kan payah nak berdepan nanti.
Biasa dengar juga, sebab fb lah orang bercerai berai. Ironik sungguh.


Hari ni juga baru sedar, status fb semakin kurang di update. Risau terguris hati pihak2 lain. Bila kita berkahwin dengan suami, kita juga 'berkahwin' dengan seluruh family nya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 comments:

izzah said...

seriuosly,dh berkahwin mcm2 nk kena jaga....baik buruk dlm umahtgga better kita share dgnn husband jer....=)

Hanys Jehari said...

Hi izzah.. Betul. Byk kena jaga... Tak blh lepas je..

Suria said...

betul tu!
kekadang annoy. rasa baca status rumahtangga, geram dgn husband sendiri pn maki² kt fb, subhanallah!
mintak simpang

Qyla Aqilah said...

setuju..yes, ada yg bercerai berai kerana FB.saya pun jrg sgt dah update status di FB ..

Hanys Jehari said...

Suria. Agreed. Takut bc status mcm tu. Nauzubillah.

Hanys Jehari said...

Qyla... Byk kes cerai kn. Mcm2 fb ni.