Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.
Ya Allah. Cepatnya masa berlalu. Setahun yang lalu, masih sibuk mengalat barang barang bertunang. Tahun ni dah menyediakan persiapan ramadhan untuk suami.
Esok dah start puasa. Kalau orang lain berebut nak balik puasa pertama mana, saya dah awal awal bilang tak kisah puasa pertama di rumah suami sebab tau ketiadaan maid buat mil huru hara sikit.
Namun, selepas tiga minggu berkampung di.rumah mil dan hospital, mil menyuruh balik jerantut. Namun masih bilang tak mengapa.
Tapi kuasa Allah. Uwan yang datang untuk check up mata terus dapat buat operate n sekarang stay di rumah kami ditemani mak tersayang sebab esok ada check up lagi. Justeru esok akan balik ke jerantut bersama bonda untuk berbuka di jerantt. Kuasa Allah kan. Dia bagi saya peluang berbuka dengan family saya di awal ramadhan. Tidak la terasa sangat mak dan engku akan ketiadaan kami yang dah berkahwin.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Petang ni usai asar terasa syahdu sangat. Sebab baru tersedar dah nak ramadhan. Ramadhan pertama as isteri.
Di opis baru tak macam di opis lama yang bersalaman dan meminta maaf sebelum ramadhan. Dont know who to hug.
*sigh*
Saya minta maaf kalau ada terkasar bahasa selama berblog ni. Atau ada terasa di hati. kisah mungkin sama. Tapi ceritanya tetap berbeza.

SALAM RAMADHAN. Semoga dapat puasa penuh. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

cha said...

Selamat berpuasa u. Samala kita 1st time puasa as a wife. I pn sedih je tak dpt berbuka dgn family. Tp maybe hujung2 nantila br dpt buka sama. Sbb raya kampung i tahun ni heee

Hanys Jehari said...

Selamat bpuasa juga cha... Seronok dpt raya kg sbdiri ye. Hihi..