Sunday, December 30, 2012

Bye 2012

Assalamualaikum.
Sudah hari akhir 2012. Pandang belakang sekejap..
Tahun ni meninggalkan bank islam dan move to cimb.
Tahun ni meninggalkan alam single dan menjadi isteri.
360degree change.
*fuh, penat*
Cabaran perkahwinan lain.
Cabaran tempat kerja baru lain.
Ada family baru. Ada kawan kawan baru.
Alhamdulillah. Tahun ni berpuasa dan beraya dengan suami. Dengan mentua. Sedih mulanya. Tapi insya allah will be better. Hubungan dengan mentua, for me gets better. Teman jalan. Shopping. Wedding. All without hubby.
Esok masuk 9 bulan perkahwinan kami. Kalau bunting pelamin dah tunggu hari je. Hihi. Tapi belum ada rezeki kami. Mungkin Allah nak bagi kami stabil semua.

anak buah hubby.
So itulah big thing happend on 2012. Skrang sedang melambai 2013. *lambai, lambai*
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 28, 2012

Kuasa Mutlak Suami

Assalamualaikum.
Hello lovelies..
Apabila si lelaki menyebut, ‘Aku terima nikahnya…’ maksud terselit adalah, ‘aku akan bertanggungjawab dan menanggung sepenuhnya ke atas dirinya (isteri), dosa dan pahala yang di buat, makan dan minumnya, perangai baik dan buruknya’.
Apabila seorang perempuan bernikah, tanggungjawab ayah terus lepas ke bahu suami. Means, suami ada kuasa mutlak sepenuhnya ke atas isteri.
Antara keluarga dan suami, kena dahulukan suami. Antara mak dan ayah, kena dahulukan suami. Kalau suami kata tak boleh balik ke rumah mak ayah, tak boleh la kita balik.
Tapi, tapi… si suami kena ingat, mak dan ayah mentua levelnya SAMA dengan mak ayah sendiri. Suami kena hormat mak ayah mentua, SAMA dengan hak hormat dengan mak dan ayah sendiri. Jadi, wajarkah suami tak bagi isteri pulang ke rumah mak ayah dia sendiri?
Adik beradik isteri adalah adik beradik suami. Baik buruk adik beradik isteri, suami kena terima.
Kadang kadang sedih bila tahu ada lelaki yang ambil kesempatan dengan kuasa mutlak ni. Fikir untuk kegunaan sendiri sahaja. Padahal Allah bagi supaya lelaki mampu kendalikan 3 buah keluarga dengan baik; keluarga sendiri, keluarga mak ayah dia, dan keluarga mak ayah mentua. Hanya kerana kecil hati dengan teguran, terus buat taklik kat isteri, andai pergi  jumpa mak dan ayah, jatuh talak. Dayus betul.
Begitu juga isteri, mak dan ayah mentua sama level dengan mak ayah sendiri. Of course la, tak boleh la nak melawak bodoh macam kita bergurau dengan mak ayah sendiri. Tapi level hormat, jaga diorang, jaga hati mereka, itu jadi tanggungjawab isteri juga.
Kenapa perlu ada rasa tak best bila mak mentua panggil suami bila diperlukan? Kenapa perlu ada rasa cemburu bila mak mentua asik mengadu kat suami?
Kata Dr Muhaya, sepatutnya kita ni; isteri, kena berterima kasih pada mak mentua kita. Sebab?
Sebab melahirkan suami kita. Sebab mendidik suami kita sehingga mampu menjadi suami (bukan semua lelaki mampu melafazkan ‘aku terima nikahnya’).
Jadi, jangan sesekali menjadi batu penghalang antara suami dan mak mentua. Antara ibu dan anak. Syurga suami kita di bawah tapak kaki ibunya, bukan bawah ketiak kita. Dah jadi macam pakar motivasi. Ok. Bye.

Wednesday, December 26, 2012

Isteri; Mudahnya buat Pahala

Assalamualaikum.
Hello lovelies..
Umum para isteri dan bakal isteri tahu, mudahnya seorang isteri tu dapat pahala.
Pandang suami dengan kasih sayang je dapat pahala.

Apatah lagi memegang dengan lemah lmbut, memasak, menyenangkan hati dia.
Mudah kan?
Tapi mudah tak nak aplikasi?
Sebenarnya mudah jika hati  REDHA. Redha bangun kul 6.00 pagi untuk masak breakfast, sebab menyediakan air minum suami, lebih baik dari berpuasa setahun.
Redha bangun 5.45 pagi untuk sediakan nasi goreng suami, sebab menyediakan makanan untuk suami, lagi besar ganjaran dari pergi haji.
Redha bila suami tetiba moody. Dan kita tetap redha merendahkan suara walau suara dia dah tinggi pitching nya.
Tak sangka semudah tu.
Tapi, kadang kadang tak mudah juga. Kita manusia, ada ego juga.  Bila kita Tanya elok elok, tapi di jawab kasar, kecik juga hati. Nak juga balas dengan kasar, tapi sabar. Itu Suami. Redha Allah terletak pada Redha suami pada kita.
Menitik juga air mata bila terbaca satu hadith,
”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
Ni yang rasa nak pegang tangan hubby setiap masa ni. Ok. Bye.

Monday, December 24, 2012

Do's & Dont's on your big day

Assalamualaikum.
Hello lovelies.
Bulan 11 dan 12 ni penuh dengan wedding. Rasa tak cukup tangan dan kaki nak menjengah wedding. Tu pun bukan ke wedding kawan-kawan sangat. Mostly, wedding sedara mara belah hubby, kawan kawan mak mentuaku.
Bila pergi banyak banyak wedding ni, kita akan Nampak la apa yang kurang, apa yang best about that wedding. Yes, my wedding pun tak sempurna mana. Then, I tak tahu pun apa yang tak sepurna, sebab di awangan masa big day tu. Hik hik.
So, just a glance, bride to be, need to take serious in certain things.
1.       Mak Andam.
 Make sure mak andam punctual sepertima mana yang dia janjikan. Kalau nikah pukul 9 pagi, minta dia dating awal. Kalau dia kata, pukul 7.30 pagi dah kena make up, follow up since 7 pagi. Even dia lambat 5 minit, keep calling her.
2.       Barang hiasan
Make sure dah confirm dengan mak andam, apa yang kita nak dari dia. Kalau sebelum ni confirm dengan tokey bridal, confirmkan lagi dengan mak andam plak. Maybe the tokey lupa nak bagitahu apa yang kita minta saebelum ni. Shawl, veil, dokoh, bunga tangan, anak tudung.


3.       Runner
Ketika make up, pastikan pengantin ada runner. Untuk ambik ais, ambik kan minuman untuk pengantin dan mak andam, ironkan tudung, sarungkan stoking, pegangkan bunga tangan. Runner tak boleh duk lepak asik betulkan tudung. Tak boleh. Memang runner akan penat, tapi semuanya yang terbaik untuk pengantin. During my time, Ain, Ema, lutfi, Oyin dan my besti Myza adalah runner terbaik. oh, my adik ipar, my cusins.. Big thanx for them. And his side, our dearest Juju struggling as runner.
4.       Tentative majlis
Pastikan tentative majlis tak membuatkan keluarga lelaki/ perempuan kelaparan menunggu makan beradab. Seeloknya, lepas masuk terus makan beradab. Potong kek dan bersanding. Dan bergambar. Tak delah potong kek time orang semua dah balik.
Pastikan tentative tak mengganggu waktu zohor. Sangat tak best bila tetiba majlis kena stop; sunyi sehening sepi bagi menghormati azan. Seeloknya, masuk lepas azan.

5.       Pengapit
Saya tahu, sesetegah orang rasa pengapit ni tak perlu. Tapi sesungguhnya, pengapit amat penting. Or else, pengantin akan jadi macam bahan pameran. Tak de sape nak lap peluh; lap sendiri. Tak de saper nak betulkan kain terangkat; betulkan sendiri. Tak der saper nak buang beras tabur, buang sendiri. Seriously, pelik dan sedih.
Owh.. my pengapit.

6.       Deejay
Nampak lekeh, tapi good deejay should know how to handle event. Tahu tentative, nak panggil pengantin makan, orang bergambar, ajak family makan. Tahu siapa yang datang. Tahu lagu apa sesuai nak mainkan. Tak dela duk asik pasang lagu ‘Robek Hatiku’. During my big day, the deejay and the pa system cost only rm200 and he was my ustaz ajar ngaji. Walau dia tua, dia kenal siapa vip yang dating, he welcomed them. Walau lepas tu, ada announcement, ‘lepas kenduri rumah cikgu wan joe ni, jangan lupa kita ada gotong royong di surau’ ber kali kali, I don’t mind. Suka hati la ustaz.

Tu ajelah yang saya rasa kena pentingkan agar tak nampak canggung di mata orang yang datang. Just sharing is caring.

Saturday, December 15, 2012

Give and Take

Assalamualaikum.
Hello lovelies..
Ok. Mari kita bercakap hal rumah tangga. Its kinda important essentials bila dah kahwin.
Dalam perkahwinan, rasanya belajar give and take ni sangat penting.
Kadang kadang kita terlalu banyak 'take' sampai lupa macam mana nak memberi.
Tu yang buat partner kita hangin. Asik dia aje kena give and tak da take.
Kadang kadang kita juga terlalu banyak give. Kompromi semua benda. Sampai part yabg kita deserve take pun kita abaikan. No. Tak boleh macam tu. Sampai satu masa, ia akan makan dalam. Sampai satu masa, bila dah tak tahan, tu yang burst out. And its over.
Bukan mudah sebenarnya nak give ni. Take senang.

Contoh. Ada rancangan tv kita punya yang menarik , yang memang tak bolrh nak lepas la, kalau lepas, rasa macam arrggghhh bila dapat tengok lagi ni. Dalam masa yang sama hubby nak juga tengok bola. Live.
So. Give? For me, I give la. Sebab live kan.
Next cerita kalau dia nak tengok.bola lagi, bagutau la dia. Hari tu dah bagi chance, this time kita punya la pula. So he will give.
Seriously, bukan mudah nak paksa orang tengok citer yang kita suka.
Contoh lagi. Balik kerja penat kan. Tapi kita still akan masak untuk family. We give. Dan partner kenalah bertolak ansur, tolong basuh pinggan ke. Kemas kan meja pas makan ke. Sejuk hati isteri.. hihi.

Bila bila kita nak minta hubby tolong, janganlah berkias kias. Cakap jelas dan terang. Perempuan dan laki ni cakap bahasa berbeza.
Cth. Abg, saya penat la - maksud orang peempuan, boleh tak malam ni kita makan luar je? Or, abg tolong saya kemas n basuh pinggan pas makan ye.
Orang lelaki fikir, - ok. Nanti abang urut kan. Or rehatlah pas dah makan, pas dah setel kemas nanti. Or, letaklah minyak.
Cakap je, abang saya penatla hari ni. Tolong saya kemas ye.
So, ok pengajaran rumahtangga hari ni. Lagi beberapa hari ni masuk 2013 dah.. :)

Sunday, December 9, 2012

Lain padang lain belalang

Asslamualaikum.
Wah dah ahad. Esok dah keje.
Tadi tengokla masterchef us season 3. David thought his mom's pudding rice is the best dessert he could serve to the judges. But no, no, no. Lucky him not eliminated. Almost. Then he asked himself, I love the taste n looks. Why don't they? Then I realize that food that we loved most and we adore and we crave for, doesnt mean taste good to others.
So goes to marriage. Contohla kan, I suka ayam goreng kicap bodo, serius goreng kunyit then tambah kicap n bawang banyak n minyak banyak. That's my ayam goreng kicap. N for me its delicious. I can even repeat again and again. But to him, what's that? His ayam goreng kicap, tak da kicap pun. Sikit kot la. Banyak herbs. Totally different with mine. See, lain padang lain belalang. Lain rumah lain caranya.
Another example, rumah kamu mungkin panggil lada; lada besar, lada kecik, lada hidup, lada kering. Bila ke rumah mentua panggil cili; cili hidup, cili kering. Terkujat? Yes.
Macam pahang kata, segan tu malu. Tapi kelantan cakap segan tu malas. Kan dah beza tu.
Kalau sekampung, speak same languange and jurgon, ok la kan.
Benda macam ni tak terbatas kat dapur je. Even cara mengemas juga mungkin berbeza. Cara melipat baju. Menyimpan pakaian. Atucara makan. Cara sediakan tempat makan. Semua berbeza sebab kita dididik oleh orang berbeza.
Jadi, bakal isteri sekalian, expect the unexpected. Yang baru jadi isteri pun mungkin ada gelabah juga. Macam I.. suami juga kenalah faham. Bukan isteri tak reti, tapi bukan mudah nak adapt perubahan 'cuaca'.

Saturday, December 8, 2012

Mommies

Assalamualaikum.
Ramainya exb2b dah jadi mommy... jelesnya.
Congrats to all of u..

Wednesday, December 5, 2012

Bila November bertemu Disember

Assalamualaikum.
Dah december pun. Cepatnya masa berlalu. Rasa sekejap je sabtu n ahad berlalu.
Recap dari hari khamis.
Khamis. 29.11.~ Mil's birthday. We wished. And bought her cake. Dinner made by his cousin. I cant afford to back early to cook.

sekali ngan hubby tiup lilin. Almaklumlah november babies.
30. Nov. Jumaat balik.jerantut. Nenda dah sangkut hati sebab buah dah banyak gugur kami belum pulang lagi.
Kami siap ke.bukit mengutip durian. Hasilnya?

dan juga ini


Hari sabtu kembali ke kl.
Dan ahad pagi zooom ke batu pahat tengok nenek belah hubby yang tak berapa sihat.
Melawat rumah sedara mara. Pukul 6 lebih gerak balik. Terus lelap. Sian hubby drive bertemankan ayah nya.
Penat tapi seronok. Asik makan je. Huhu.
Published with Blogger-droid v1.7.4