Monday, December 24, 2012

Do's & Dont's on your big day

Assalamualaikum.
Hello lovelies.
Bulan 11 dan 12 ni penuh dengan wedding. Rasa tak cukup tangan dan kaki nak menjengah wedding. Tu pun bukan ke wedding kawan-kawan sangat. Mostly, wedding sedara mara belah hubby, kawan kawan mak mentuaku.
Bila pergi banyak banyak wedding ni, kita akan Nampak la apa yang kurang, apa yang best about that wedding. Yes, my wedding pun tak sempurna mana. Then, I tak tahu pun apa yang tak sepurna, sebab di awangan masa big day tu. Hik hik.
So, just a glance, bride to be, need to take serious in certain things.
1.       Mak Andam.
 Make sure mak andam punctual sepertima mana yang dia janjikan. Kalau nikah pukul 9 pagi, minta dia dating awal. Kalau dia kata, pukul 7.30 pagi dah kena make up, follow up since 7 pagi. Even dia lambat 5 minit, keep calling her.
2.       Barang hiasan
Make sure dah confirm dengan mak andam, apa yang kita nak dari dia. Kalau sebelum ni confirm dengan tokey bridal, confirmkan lagi dengan mak andam plak. Maybe the tokey lupa nak bagitahu apa yang kita minta saebelum ni. Shawl, veil, dokoh, bunga tangan, anak tudung.


3.       Runner
Ketika make up, pastikan pengantin ada runner. Untuk ambik ais, ambik kan minuman untuk pengantin dan mak andam, ironkan tudung, sarungkan stoking, pegangkan bunga tangan. Runner tak boleh duk lepak asik betulkan tudung. Tak boleh. Memang runner akan penat, tapi semuanya yang terbaik untuk pengantin. During my time, Ain, Ema, lutfi, Oyin dan my besti Myza adalah runner terbaik. oh, my adik ipar, my cusins.. Big thanx for them. And his side, our dearest Juju struggling as runner.
4.       Tentative majlis
Pastikan tentative majlis tak membuatkan keluarga lelaki/ perempuan kelaparan menunggu makan beradab. Seeloknya, lepas masuk terus makan beradab. Potong kek dan bersanding. Dan bergambar. Tak delah potong kek time orang semua dah balik.
Pastikan tentative tak mengganggu waktu zohor. Sangat tak best bila tetiba majlis kena stop; sunyi sehening sepi bagi menghormati azan. Seeloknya, masuk lepas azan.

5.       Pengapit
Saya tahu, sesetegah orang rasa pengapit ni tak perlu. Tapi sesungguhnya, pengapit amat penting. Or else, pengantin akan jadi macam bahan pameran. Tak de sape nak lap peluh; lap sendiri. Tak de saper nak betulkan kain terangkat; betulkan sendiri. Tak der saper nak buang beras tabur, buang sendiri. Seriously, pelik dan sedih.
Owh.. my pengapit.

6.       Deejay
Nampak lekeh, tapi good deejay should know how to handle event. Tahu tentative, nak panggil pengantin makan, orang bergambar, ajak family makan. Tahu siapa yang datang. Tahu lagu apa sesuai nak mainkan. Tak dela duk asik pasang lagu ‘Robek Hatiku’. During my big day, the deejay and the pa system cost only rm200 and he was my ustaz ajar ngaji. Walau dia tua, dia kenal siapa vip yang dating, he welcomed them. Walau lepas tu, ada announcement, ‘lepas kenduri rumah cikgu wan joe ni, jangan lupa kita ada gotong royong di surau’ ber kali kali, I don’t mind. Suka hati la ustaz.

Tu ajelah yang saya rasa kena pentingkan agar tak nampak canggung di mata orang yang datang. Just sharing is caring.

3 comments:

cha said...

haha i suka entry u ni. lg2 part dj. i dgn husband tak suka org karaoke kt wedding kitorg. biar dj je main peranan pasang lagu. xdela lagu robek hatiku bak kata u kan haha

tp bila dh kawen ni pg wedding org msti kita mcm compare gak kn even wedding kita xdela perfect mane hee

Hanys Jehari said...

Haha. Ada ke lagu robek hatiku kan? Org nk kawin... Agreed. Wedding kita pun tk perfect tp kita suka je kan..

mza said...

mak andam i dtg lewat sgt hari tu.mencii.tp bio lah dah lepas.